Datuk Asojan Muniyandy merupakan seorang ahli politik di Malaysia yang berbangsa India.

Yang Berbahagia Datuk

M. Asojan Muniyandy

DPSM (Melaka); AMN
Naib Presiden
Kongres India Malaysia
Memegang jawatan
27 November 2021
Didahului olehDato' Sivarraajh Chandran
Pengerusi Badan Perhubungan
MIC Negeri Johor
Memegang jawatan
22 November 2016
Didahului olehTan Sri S. Balakhrishnan
Setiausaha Agung
Kongres India Malaysia
Dalam jawatan
20 Oktober 2018 – 27 November 2021
Didahului olehDatuk A. Sakthivel
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Gambir
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 9 Mei 2018
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Majoriti310 (2013)
Butiran peribadi
LahirAsojan a/l Muniandy
(1965-12-20) 20 Disember 1965 (umur 58)
Melaka
Parti politik Kongres India Malaysia (MIC)
PasanganDatin M. Manimala
Kediaman Tangkak

Kerjaya Politik sunting

M.Asojan merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Gambir bagi kawasan Parlimen Ledang, Johor. Beliau mengambil alih sebagai Pengerusi MIC negeri Johor secara rasminya pada 22 November 2016. Sebagai ketua pemimpin kaum India di dalam MIC Johor beliau telah menyumbang pelbagai sumbangan yang membantu kemajuan kaum India di Johor. Terdapat perjumpaan awam pada setiap hari kecuali hari pelepasan am. Perjumpaan awam tersebut berlangsung pada sesi pagi sahaja. Di dalam perjumpaan tersebut, Ketua Biro Kebajikan MIC Johor merangkap Ketua Bahagian MIC Pasir Gudang, Encik R. Sabapathy merangkap Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor akan mempengerusikan perjumpaan awam tersebut. [1]

Pengalaman sunting

Pilihan raya umum Malaysia sunting

Pilihan raya umum Malaysia ke-11 sunting

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya, membuat persepadanan baharu bahagian Parlimen Ledang. ADUN Gambir telah diwujudkan. Beliau merupakan calon yang sesuai untuk bertanding bagi memperkuatkan pengaruh Barisan Nasional bagi negeri Johor. Pada pilihan raya tersebut, beliau menewaskan calon dari parti PAS.

Kerusi N9 Gambir

  1. Aripin Bin Haji Dahalan (PAS) 3,581 undi
  2. M. Asojan Muniyandy (BN) 9,690 undi
  • Majoriti: 6,109 undi.


Pilihan raya umum Malaysia ke-12 sunting

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau mempertahankan kerusi ADUN Gambir. Pada pilihan raya tersebut, beliau menewaskan calon dari parti PAS.

Kerusi N9 Gambir

  1. Kassim Bin Ibrahim (PAS) 5,727 undi
  2. M. Asojan Muniyandy (BN) 8,190 undi
  • Majoriti: 2,463 undi.


Pilihan raya umum Malaysia ke-13 sunting

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi Dewan Negeri Gambir untuk penggal ketiga berturut-turut. Pada pilihan raya tersebut, persaingan empat (4) penjuru dengan menyaksikan dua (2) calon bebas berbangsa melayu turut bersaing bersama-sama dengan Pesuruhjaya PAS negeri Johor, Datuk Mahfodz Bin Mohamed. Datuk M. Asojan berjaya menewaskan kesemua calon tersebut dengan majoriti tipis. Beliau merupakan wakil rakyat paling lama berkhidmat di Dewan Undangan Negeri Johor selama tiga penggal berturut-turut sebelum ini Datuk S. Krishnasamy mewakili ADUN Tenggaroh, Johor.

Kerusi N9 Gambir

  1. Tuan Guru Datuk Dr. Mahfodz Bin Mohammed (PAS) 8,395 undi
  2. M. Asojan Muniyandy (BN) 8,705 undi
  3. Mohd Zan Bin Abu (Bebas) 837 undi
  4. Yunus Bin Mustakim (Bebas) 261 undi
  • Majoriti: 310 undi.

Pilihan raya umum Malaysia ke-14 sunting

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (PKR)

Kerusi N9 Gambir[2]

  1. Datuk M Asojan (BN) 7,192 undi
  2. Tan Sri Muhyiddin Yassin (PKR) 10,280 undi
  3. Datuk Dr Mahfodz Mohamed (PAS) 1,806 undi
  • Majoriti: 3,088 undi.
Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 N09 Gambir
Calon Parti Jumlah Undian Keputusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin   10,280 Menang
Datuk Asojan Muniandy   7,192 Tercalon
Dato' Dr Mahfodz Mohamed   1,806 Tercalon

Alamat sunting

Tingkat 5, Bangunan MIC Johor,

49, Jalan Segget,

80000 Johor Bahru, Johor.

Anugerah sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting