M. Osman

Penyanyi dan pelakon veteran lelaki Malaysia

M. Osman (27 Ogos 1940 – 28 Julai 2001) merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Mempunyai lebih dari 24 EP (album lagu nyanyian dan ciptaan)

M. Osman
Kulit album piring hitam penyanyi M. Osman.
Kelahiran
Othman @ Yusof bin Mohamed

(1940-08-27)27 Ogos 1940
Meninggal dunia28 Julai 2001(2001-07-28) (umur 60)
Gombak, Selangor, Malaysia
PasanganAfidah Es (k. 1961–2001)
Anak-anak4 (termasuk Aziz dan Zulkifli M. Osman)
Kerjaya muzik
Genrepop rock n roll
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, penulis, pelakon, pengarah, penerbit
Tahun aktif1964–2001

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

M. Osman sering membuat persembahan dengan diiringi oleh Kumpulan Les Fentones & kumpulan The Siglap Boys, Kugiran Nirwana, kugiran The Clan, kugiran The Mods, Kugiran Le Dreamers. Beliau mencipta nama dengan lagu Suzana. Seiring dengan itu, M. Osman telah diberi gelaran Raja Pop Yeh Yeh semasa Konsert Nostalgia Pop Yeh Yeh dipentaskan di Stadium Negara pada tahun 1985.

M. Osman merupakan antara penyanyi tempatan yang pertama merakamkan lagu dalam bentuk Pop Yeh-yeh dengan lagunya Suzanna pada 1964. Beliau berkahwin dengan Afidah Es yang juga merupakan seorang penyanyi, dan merupakan bapa kepada Aziz M. Osman dan Zulkifli M. Osman.[1]

Antara filem lakonannya ialah Chuchu Datok Merah, Cinta Kasih Sayang, Fajar Menyingsing, Ibu Ayam dan Anak Manja. Allahyarham juga pernah mengarah filem dan drama. Antara filem arahannya ialah Pasung Puaka, Anak Tunggal dan Ilmu Saka. M. Osman bersama anaknya Aziz M. Osman dan Zulkifli M. Osman menguruskan Paradigm Pictures yang aktif menerbitkan filem dan drama.

Kematian

sunting

Beliau meninggal dunia pada 28 Julai 2001 pada usia 60 tahun. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh.[2]

Diskografi

sunting

Lagu-lagu

sunting
  • Gelombang Rindu
  • Dara
  • Dimana Gerangan
  • Kisah Disimpang
  • Suzana
  • Kasih Berduka
  • Desa Suchi
  • Mimpiku
  • Selamat Tinggal Pujaan
  • Melati
  • Hanchor Harapan
  • Mawarku Pergi
  • Dendang Patah Hati
  • Madah Harapan
  • Keluhan Hiba
  • Kahwin Paksa
  • Pesona
  • Bisekan Malam

Kugiran pengiring

sunting

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1963 Chuchu Datok Merah Wan Embong Filem pertama
1979 Pasung Puaka Sebagai pengarah
1980 Anak Tunggal
1984 Ilmu Saka
1992 Rimba Malam Pak Udin
1993 Fantasi
1996 Scoop Maarof
2000 Leftenan Adnan Pak Saidi
2001 Seri Dewi Malam Pesakit Filem terakhir

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1993 Perang Mertua Ayah Azean

Rujukan

sunting
  1. ^ "Si kecil pengkritik tak bertauliah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-10. Dicapai pada 2018-11-10.
  2. ^ Pelakon M. Osman meninggal diserang angin ahmar Diarkibkan 2017-11-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia (28 Julai 2001). Diperoleh pada 17 November 2011.

Pautan luar

sunting