Pelancar (atau Pelontar) Grenad M79 adalah sejenis senjata yang menjadi masyhur semasa mula digunakan di dalam Perang Vietnam. Tentera Amerika Syarikat menggelarkannya sebagai Thump Gun, Blooper ataupun Thumper. Di kalangan tentera Australia, ia dipanggil Wombat Gun.

Pelancar bom tangan M79
JenisPelancar bom tangan
Tempat asal Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1961-present
Digunakan olehAustralia, Chad, Colombia, Costa Rica, Dominican Republic, El Salvador, Ethiopia, Fiji, Greece, Guatemala, Honduras, Iran, Israel, Jordan, Kenya, Korea Selatan, Lebanon, Malaysia, Mexico, Myanmar, New Zealand, Nicaragua, Oman, Paraguay, Filipina, Portugal, Arab Saudi, Somalia, Sepanyol, Thailand, Turki, dan Yaman.
Sejarah pengeluaran
PerekaSpringfield Armory
Direka1953-1960
PengeluarSpringfield Armory, Action Manufacturing Company, Exotic Metal Products, Kanarr Corporation, and Thompson-Ramo-Woolridge
Dihasilkan1961-1971
Jumlah dibina350,000 (di Amerika sendiri)
Spesifikasi
Berat2.93 kg (6.45 lbs) berisi peluru
2.7 kg (5.95 lbs) kosong
Panjang73.1 cm (28.78 in)
Panjang laras35.7 cm (14 in)

Kartrij40 mm
Aksibuka patah
Kadar tembakan6 butir/min
Halaju muncung76 m/s (247 fps)
Jarak tembakan efektif350 m (383 yds)
Jarak tembakan maksimum400 m (437 yds)
Sistem suapanIsian semula
PenglihatanBlade and leaf type

Senjata ini kelihatan seperti senapang patah dengan laras yang besar yang dipotong pendek. Larasnya dipatahkan ke bawah untuk mengisi grenad. Senjata ini boleh menembakkan grenad tabur, damak ataupun insidiari. M79 membolehkan askar infantri melontar grenad 40mm sejauh 375 meter dan boleh melontar grenad asap ataupun letupan. Untuk tempur jarak dekat, grenad jenis flechette yang meledakkan sejumlah damak besi kecil digunakan. Grenad yang meledakkan peluru penabur juga diperkenalkan untuk kegunaan tempur jarak dekat.

Dalam tahun-tahun 1960-an dan 1970-an, tentera Amerika Syarikat mencuba memasang beberapa jenis pelontar grenad kepada senapang tempur M16. Satu versi senapang ini XM148 dihantar untuk kegunaan semasa Perang Vietnam.

Kini, pelontar grenad ini digantikan dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat dengan pelontar grenad M203. Namun demikian, pelontar grenad M79 masih digunakan dalam beberapa peranan khusus dalam perkhidmatan polis dan tentera, seperti dalam ketenteraman awam.

Senjata ini pernah digunakan oleh pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja misalnya Kapten Hamid Awang dari Kompeni D RAMD semasa operasi melawan komunis.

Pada 7 April 1973, Kapten Hamid dan pasukannya mengesan perkhemahan musuh. Kapten Hamid yang bersenjatakan M79 tersebut menembakkan grened ke perkhemahan musuh dan mara ke situ. Semasa pertempuran, salah seorang daripada pihak komunis cuba hendak menembak salah seorang anggota tentera pimpinan Kapten Hamid. Tetapi Kapten Hamid menerkam ke arah musuh tersebut dan menghentak leher musuh dengan udi senjata M79 yang dipegangnya.

Rujukan sunting

Pautan luar dan sumber sunting

Senarai senjata api  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.