MD3-160 Aerotiga merupakan pesawat udara buatan swiss yang digunakan khusus bagi latihan penerbangan. Pesawat udara aerobatik sepenuhnya ini sebenarnya berasal daripada variasi Datwyler Ag MD3-160 yang direka oleh Max Datwyler dan telah dihasilkan oleh sebuah syarikat iaitu MDC Max Dätwyler AG sejak tahun 1960-an tetapi mula terbang pada tahun 1983. Pada tahun 1994, usaha niaga antara SME Aviation Sdn. Bhd. dengan MDC Max Dätwyler AG tercapai, seterusnya hak reka cipta dan pengeluarannya telah diserahkan sepenuhnya kepada SME Aviation Sdn. Bhd.

MD3-160 Aerotiga
Penerangan
Jenis Pesawat pelatih udara ringan
Pengeluar SME Aviation Sdn. Bhd.
Kos seunit AS$ 200,000 (sekitar RM 640,160)
Penerbangan sulung 1995
Pengguna pertama Tentera Udara Diraja Malaysia
Tentera Udara Indonesia
Krew 1
Jumlah dibina Malaysia: 20 (1995)
Indonesia: 20 (1995)
Dimensi
Panjang 7.10 m (23 kaki 3 in)
Tinggi 2.92 m (9 kaki 6 in)
Luas sayap 15 m² (161.5 kaki²)
Berat
Berat tanpa muatan 640 kg (1,411 paun)
Berat muatan penuh 920 kg (2,028 paun)
Janakuasa
Enjin 1x PD Lycoming O-320-D2A
Persenjataan
Meriam Tiada
Bom Tiada
Prestasi
Kelajuan maksimum 324 km/j (90 m/s)
Kelajuan biasa 241 km/j (66.9 m/s)
Jarak pemanduan 1,090 km (677 batu)
Altitud tertinggi 6,500 m (2,133 kaki)

Penerbangan sulungnya berjaya dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada tahun 1995.

Penerangan sunting

MD3-160 Aerotiga merupakan pesawat bersayap tunggal rendah konvensional dengan pemasangan gear pendaratan beroda tiga. Pesawat udara ini pada asalnya dilengkapi dengan tempat duduk berkembar sebelum diubah kepada 4 sejak dikendalikan oleh SME Aviation Sdn. Bhd.[1] Bahagian kanopi berbentuk seperti buih dan sayap aluminium indung lebah terdiri daripada 5 modul utama di mana boleh diubah antara sebelah kiri dan kanan.[2] Enjin omboh empat-silinder melintang digerakkan dengan 2 bilah kipas. Kesemua 9 kawalan luaran (2 aileron, 4 segmen flap, 2 lif dan sebuah kemudi) merupakan bahagian yang sama di mana boleh dimuatkan kepada mana-mana lokasi tersebut dengan pengubahsuaian yang minimum.

Tempahan sunting

MD3-160 Aerotiga mula dipesan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia pada tahun 1995 iaitu sebanyak 20 buah. Pesawat udara ini juga telah ditempah oleh pusat latihan penerbangan kerajaan Indonesia di Curug sebagai sebahagian jual beli pesawat pengangkutan udara, CASA CN-235 oleh kerajaan Malaysia.

Rujukan sunting

  1. ^ "SME akan bina empat tempat duduk MD3". Dicapai pada 2008-05-11.
  2. ^ "Matlamat Aero Tiga di Amerika Utara". Dicapai pada 2008-05-11.

Pautan luar sunting