MF Ajif

merupakan seorang pelukis komik, ilustrator, storyboard artis

MF Ajif merupakan seorang pelukis komik, ilustrator, storyboard artis, pelukis latarbelakang animasi, conceptual artist dan juga kaleris digital. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Tangkak, Johor (SPM) 1994 dan melanjutkan di peringkat sijil Seni Catan di Akademi Seni Melaka 1995. Penglibatan awal di medan seni adalah sebagai kaleris batik di industry tekstil sebelum melangkah ke produksi TV siri animasi pertama Usop Sontorian 1996.

KelahiranMuar, Johor
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranMF Ajif
Karya terkenal
Alyridura, Pusaka Angkasa
Anugerahtiada


Seterusnya terlibat dengan produksi animasi Anak-anak Sidek di dalam filem animasi Sidek Bersaudara 1997-1998, KeluangMan 1998. Tak lama kemudian melibatkan diri bersama penerbitan buku Siri Anbiya’ terbitan Pustaka Yamien Sdn Bhd / Dewan Bahasa dan

Pustaka DBP, DeMC Anzagain dalam penerbitan CD Interaktif Telekom SmartSchool dan beberapa syarikat CD Interactive dan multimedia serta game.

Pada tahun 2005, MF Ajif mula melangkah kaki ke arena penerbitan komik antarabangsa (KLP Entertainment) yang berpusat di Subang, Selangor, Malaysia. Bermula sebagai colorist seterusnya inker (Senior Comic Artist) dan mengambil tampuk pengurusan penerbitan komik pada tahun 2007 setelah Fythullah Hamzah a.k.a Kromosom mengundurkan diri.

KLP Entertainment berjaya mengumpulkan bakat-bakat baru (hampir 30 orang) yang sangat berpotensi duduk di bawah satu bumbung menjayakan matlamat yang sama. Lengkap dengan semua peringkat produksi sebuah komik dari penulis, penciller, inker, colorist serta post-production. Kami menghasilkan komik yang bertajuk;

  1. Eden Factor
  2. Fetus in Fetu
  3. Chronicles Prophecy


Sehingga kini. MF Ajif masih aktif menerima tempahan karikatur / potret kartun digital dan ilustrasi kulit cover buku ilmiah dan novel serta menghasilkan komik setiap tahun dengan judul yang baru.


Senarai karya komik

1.   Alyridura : ToonAge Studio 2002

2.   Dendam Pesaka siri 1, 2 dan 3 : Majalah Mato-Mato 2004-2005

3.   DinoTempe : Majalah Mato-Mato 2005

4.   Eden Factor sebagai kaleris : KLP Productions Sdn Bhd 2005-2006

5.   Fetus in Fetu sebagai penciller/inker : KLP Productions Sdn Bhd 2007

6.   Baran : Utusan Malaysia 2007

7.   Pusaka Angkasa : KOSMO! 2008

8.   Jiwa Pedang : Komikajif.com 2009

9.   Bara Pesaka komik MMS Celcom/Maxis : MMODE Sdn Bhd 2009 - 2011

10. Axaria komik MMS Celcom/Maxis : MMODE Sdn Bhd 2009 hingga 2015

11. Duta Galaksi Prima Kejora : KOSMO! 2009

12. Yuriena : KOSMO! 2010

13. Barcode : KOSMO! 2010

14. Penunggu : Utusan Malaysia 2011

15. Amuk Sang Bentara : KOSMO! 2011

16. Cindai Aksara : KOSMO! 2011

17. Eksplorasi Cinta Angkasa : Utusan Malaysia 2012 - 2013

18. Misi Mustahil siri 1 dan siri 2 : Majalah Lawak Bumper 2012

19. Embrio : Harian Metro edisi apps iPad 2012

20. Yuriena Kembali : KOSMO! 2013

21. OPS 3000 : Utusan Malaysia 2014 - 2015

22. Cinta Bidadari : Utusan Malaysia 2014 – 2015

23. Dragania – komik MMS Celcom/Maxis : MMODE Sdn Bhd 2014-2015

24. Penunggu – komik MMS Celcom/Maxis : MMODE Sdn Bhd 2014-2015

25. Supercode – komik MMS Celcom/Maxis : MMODE Sdn Bhd 2014-2015

26. Duta Galaksi Imigrasi : Utusan Malaysia 2015

27. Dunia Pendekar - Warisan Pendekar Gelap : KOMIKAJIF 2014

28. Dunia Pendekar - Api Di Dalam Air : KOMIKAJIF 2015

29. Pusaka Angkasa - Nusantara Berdaulat : KOMIKAJIF 2015

30. Pusaka Angkasa - Laksamana Terbilang : KOMIKAJIF 2015

31. Pusaka Angkasa - Srikandi : KOMIKAJIF 2015

32. Dunia Pendekar - Nilam Kesakti Biru : KOMIKAJIF 2016

33. Pusaka Angkasa - Panji Laksamana : KOMIKAJIF 2016

34. Pusaka Angkasa - Terakhir : KOMIKAJIF 2016

35. Badang : Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Johor 2017

36. Keluang Man - Komik Superhero Bermaruah : KOMIKAJIF 2017

37. Dragania – Kerajaan Naga :KOMIKAJIF 2018

38. Dragania – Ratu Naga : KOMIKAJIF 2019

39. Dragania – Lagenda Terakhir KOMIKAJIF 2019

40. Paradise Zero 2020

41. Bentara Angkasa : KOSMO 2022

42. Wirawan - Hilal Asyraf Resources 2023 - 2024


Kini, semua karya seni MF Ajif boleh dibeli di dalam shopee. Hanya dengan menaip tagline KOMIKAJIF.


Lihat juga sunting

Pautan luar sunting