ML Studios (Matluthfi Studios) adalah sebuah platform video maklumat hibur dan didik hibur yang diasaskan oleh Mat Luthfi pada 2018.[2] Video pertama yang dikeluarkan adalah pada 21 Februari 2018 yang disumbangkan oleh jurucakap Ezzah Mahmud yang berkisarkan isu kontroversi salah seorang usahawan terkemuka pada ketika itu.

ML Studios
Logo ML Studios
Laman webhttps://mlstudios.my
Maklumat YouTube
Saluran
Dicipta olehMat Luthfi
GenrePendidikan
Hiburan
Pelanggan1 juta
Kegiatan berkaitanML Community
100,000 pelanggan 2019[1]
1,000,000 pelanggan 2021

Pada peringkat awalnya, jurucakap di ML Studios merupakan jurucakap jemputan yang mana rata-ratanya adalah kenalan kepada Mat Luthfi sendiri antaranya Ezzah Mahmud, Aina Wafi, Siti Hawa, Zulfadhli Talib, Arif Haikal (juga dikenali sebagai Hekalium) dan Aisha Tan Adam. Pada masa yang sama, ML Studios mula menerima video daripada masyarakat awam untuk berkongsikan pelbagai maklumat hibur, didik hibur mahupun pandangan terbuka dan antara penyampai terawalnya termasuklah Haris Cheng, Afif Sani dan Wan Fayhsal. Jurucakap di ML Studios juga terdiri daripada golongan professional seperti Guru, Peguam, Pengulas Sukan, Pegawai Perubatan, Usahawan dan lain-lain.

Kini, ML Studios bertindak sebagai penyunting dan penerbit video kepada sesiapa sahaja yang ingin membuat perkongsian di platform ML Studios. Jurucakap yang menyumbang video mahupun jurucakap yang dijemput melakukan perkongsian ini secara sukarela. Kesemua cerita dan hujah yang dilontarkan dalam video-video yang diterbitkan oleh ML Studios adalah hasil renungan dan pandangan peribadi setiap jurucakap semata-mata dan tidak mencerminkan pendirian ML Studios dalam apa-apa isu. ML Studios memuatnaik video-video yang bukan sahaja berbeza, tetapi juga berkontradik dari segi pandangan antara satu sama lain.

Setakat 5 Ogos 2021, ML Studios telah menerbitkan sebanyak 5,650 video dengan jumlah melebihi 410 juta tontonan video di platform Youtube mereka.

Kategori sunting

  • Agama
  • Alam Sekitar
  • Borneo
  • Ekonomi
  • Feminisme
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Kemanusiaan
  • Keluarga
  • Kerjaya
  • Kesihatan
  • Keusahawanan
  • Kewangan
  • Makanan
  • Moraliti
  • Media
  • Motivasi
  • Paranormal
  • Pendidikan
  • Politik
  • Relationship
  • Sains
  • Sejarah
  • Sukan
  • Tip
  • Undang-undang

Sumber sunting

Pautan Luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.