MMC-Gamuda merujuk kepada beberapa usahasama antara dua kumpulan pembinaan terbesar di Malaysia iaitu MMC Corporation Berhad dan Gamuda Berhad.[1][2] Semenjak tahun 2001, ketika Kerajaan Malaysia memulakan projek Terowong SMART, MMC dan Gamuda telah mewujudkan beberapa syarikat usahasama di bawah payung MMC-Gamuda dan telah berjaya melengkapkan/menjalankan empat projek berikut:

MMC Gamuda
Jenis/bentuk sahSyarikat usahasama
IndustriPrasarana
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Syarikat induk
Tapak webmmcgamudamrt.com.my// smarttunnel.com.my//
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Syarikat-syarikat MMC-Gamuda sunting

Anak-anak syarikat MMC-Gamuda ditubuhkan untuk fungsi atau projek khusus dan kesemuanya dimiliki secara 50:50 oleh MMC dan Gamuda.

  • Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd, juga dikenali sebagai SMART Co, merupakan syarikat pemegang konsesi 40 tahun bagi operasi dan penyelenggaraan Terowong SMART.
  • MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd atau MGJV adalah syarikat pembinaan yang telah berjaya menyiapkan landasan kereta api berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar.
  • MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd adalah rakan pelaksana projek (PDP) bagi MRT Laluan Kajang.
  • MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd adalah PDP bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.
  • MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd, juga dikenali sebagai MGKT, ialah sebuah syarikat pakar penerowongan yang ditubuhkan untuk menjalankan kerja-kerja penerowongan bagi projek KVMRT. Ia telah menyiapkan penerowongan sepanjang 9km bagi MRT Laluan Kajang dan kini sedang menjalankan penerowongan sepanjang 13km untuk MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Rujukan sunting

  1. ^ Daniel Khoo (10 September 2018). MMC-Gamuda holds out for solution The Star Online. Dicapai pada 10 September 2018.
  2. ^ Gamuda, MMC rise in early trade New Straits Times (11 Oktober 2018). Dicapai pada 30 Oktober 2018.

Pautan luar sunting