Kharisma Pictures

(Dilencongkan dari MOY Productions Sdn Bhd)

Kharisma Pictures Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan televisyen Malaysia, mengkhususkan dalam penerbitan siri animasi dan rancangan TV kanak-kanak. Ditubuhkan pada September 1993 dan diterajui oleh Md Othman Yusof, Kamn Ismail dan Michael Lum, syarikat ini terkenal dengan menerbitkan siri animasi TV pertama negara, Usop Sontorian, yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1996 hingga 1998.[1]

Kharisma Pictures Sdn. Bhd.
IndustriAnimasi
Ditubuhkan1 September 1993
Dibubarkan31 Mac 1997
Ibu pejabatSubang Jaya, Selangor
Tokoh penting
Syarikat indukKumpulan Syarikat Kharisma
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kharisma Pictures pernah merancang untuk menerbitkan sebuah filem adaptasi siri animasi ini, namun tidak menjadi kenyataan. Syarikat ini ditutup pada Mac 1997 susulan tamatnya Usop Sontorian dan kebanyakan wargakerjanya menjadi kartunis sepenuh masa di majalah Ujang dan Apo? terbitan Kharisma Publications (kemudian dinamakan MOY Publications) dan selebih lagi bekerja di syarikat animasi lain.[1]

Logo Kharisma Pictures memaparkan seekor ayam jantan bernama Selebet yang kelihatan menjeling memikirkan sesuatu, yang mana logo ini sering kelihatan pada permulaan setiap episod Usop Sontorian. Manakala, satu lagi logo syarikat ini memaparkan lakaran stensil seekor ayam yang mana ia sering kelihatan pada penghujung setiap episod siri animasi ini. Kedua-dua logo Kharisma Pictures direkabentuk oleh salah seorang animator Usop Sontorian, Ameir Hamzah Hashim.

Filemografi sunting

Siri animasi sunting

Tahun Tajuk Catatan
1994–1997 Usop Sontorian Siri animasi pertama negara. Satu-satunya produk terbitan Kharisma Pictures.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Usop Sontorian siri animasi TV pertama negara". Berita Harian. 9 Februari 2014. Dicapai pada 13 April 2018.