Maktab Rendah Sains MARA Gerik

(Dilencongkan dari MRSM Gerik)

Koordinat: 5°23′04″N 101°03′25″E / 5.38451°N 101.05687°E / 5.38451; 101.05687

Maktab Rendah Sains MARA Gerik (singkatan: MRSM Gerik) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Gerik, Perak.

Maktab Rendah Sains MARA Gerik
مكتب رنده ساءين س مارا ڬريق
Alamat
Bukit Nasah
Jalan Baling - Kuala Kangsar
Gerik, 33300, Perak
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Gerik
Jenis sekolahPendidikan menengah
Ditubuhkan1993
StatusBeroperasi
PengetuaTuan Hj. Muhamad Abu Bakar bin Ismail
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
En. Rahizad bin Hashim
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Hamzah bin Hawari
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Md Kahruddin bin Ismail
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganOur Excellence, Our Responsibility
Nama alumniANSARA Gerik
Laman sesawang
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022


Sejarah sunting

Penubuhan maktab sunting

MRSM Gerik beroperasi sepenuhnya pada Januari 1994, dengan kemasukan 98 orang pelajar Tingkatan 2 dan 146 orang pelajar Tingkatan 1. Sehingga Mei 1995 bilangan pelajar MRSM Gerik ialah seramai 336 orang. Di awal pengoperasian MRSM Gerik, terdapat kekurangan dan gangguan dalam operasi. Paling ketara, dalam peringkat awal adalah gangguan bekalan air dan elektrik akibat kerja - kerja melebar dan meluaskan jalan antara Gerik dan Lawin.

Senarai pengetua sunting

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tuan Hj. Zakaria bin Mohd Noor Oktober 1993 Mac 2001
Tuan Hj. Shafie bin Teh April 2001 Disember 2003
Tuan Hj. Arshad bin Omar Januari 2004 Disember 2006
En. Sa’imin bin Jumari Disember 2006 Jun 2010
Tuan Hj. Md Noh bin Jani Julai 2010 Januari 2018
En. Ammar bin Ab Rahman Januari 2018 Disember 2019
Tuan Hj. Muhamad Abu Bakar bin Ismail Januari 2020


Lagu rasmi sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan sunting


Lihat juga sunting