Maktab Rendah Sains MARA Langkawi

(Dilencongkan dari MRSM Langkawi)

Koordinat: 6°20′27″N 99°52′06″E / 6.34081°N 99.86835°E / 6.34081; 99.86835

Maktab Rendah Sains MARA Langkawi (singkatan: MRSM Langkawi) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di pulau Langkawi, Kedah. MRSM Langkawi merupakan MRSM yang ke-25 ditubuhkan di Malaysia. Pembinaan MRSM ini telah dilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kedudukan MRSM Langkawi yang terletak di pinggir hilir bukit, memberikan susana yang aman, selesa, damai dan kondusif kepada para pelajar untuk belajar. MRSM ini terletak di Jalan Ayer Hangat dan juga hanya beberapa kilometer daripada pekan Kuah (bandar utama di Langkawi) meletakkan MRSM Langkawi di kedudukan yang strategik di Pulau Langkawi ini.

Maktab Rendah Sains MARA Langkawi
مكتب رنده ساءين س مارا لڠكاوي
Alamat
KM 4
Jalan Ayer Hangat
Langkawi, 07000, Kedah
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Langkawi
Jenis sekolahPendidikan menengah
DitubuhkanFebruari 1999
StatusBeroperasi
PengetuaTuan Hj. Fazli bin Abu Bakar
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Annies Yus Umaimah binti Yusof
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Mohd Syuhairi bin Md Isa
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Mohd Rasdi bin Muda
Sistem pendidikanSPMRSM Program IGCSE
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganBe One to be Number One
Nama alumniANSARA Langkawi
Laman sesawang

Pintu depan MRSM Langkawi
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022


Sejarah sunting

Penubuhan maktab sunting

MRSM Bitara Langkawi merupakan antara MRSM yang terbesar dan termahal di Malaysia dengan kos pembinaannya sebanyak RM 60 juta. MRSM ini dirancang dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7).

MRSM Langkawi telah mula beroperasi pada bulan Februari 1999. Sesi pertama bermula pada 14 Mac 1999 dengan 350 pelajar dalam Tingkatan 1 (154 orang) dan Tingkatan 4 (198 orang). Program Minggu Suai Kenal pelajar pertama ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Mustapa bin Mohamed. Perasmian MRSM Langkawi pula disempurnakan oleh DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 7 Oktober 2000 bersamaan dengan 9 Rejab 1421 H.

Pada tahun 2008, taraf BITARA yang dipegang oleh MRSM Langkawi telahpun ditarik semula. Namun, pada tahun 2010, taraf berkenaan telahpun diberikan semula. Untuk keputusan SPM 2009 yang mana calon merupakan pelajar bukan BITARA, MRSM Langkawi berjaya merangkul tempat ke-7 antara MRSM dan juga tempat ke-13 bagi sekolah-sekolah seluruh Malaysia.


Kemudahan sunting

Akademik dan pentadbiran sunting

Maktab ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk pelajar dan juga staf. Antaranya adalah

  • Dewan Kuliah dengan kapasiti melebihi 150 pelajar
  • Bilik Tayangan
  • Bilik Kaunseling
  • Bilik Bakawali
  • Bilik Bincang
  • Bilik Muzik
  • Pusat sumber pembelajaran
  • Blok akademik (terdiri daripada blok tiga tingkat yang menempatkan 30 buah kelas, makmal sains, makmal matematik dan makmal bahasa)

Penginapan pelajar sunting

Bagi menampung penginapan pelajar-pelajar sepanjang sesi persekolahan, terdapat kemudahan yang disediakan.

  • Tiga buah banglo untuk kediaman Senat
  • Kediaman guru (Intan, Berlian, Kristal, Nilam, Zamrud, Delima, Mutiara)
  • Lima blok asrama (Tanjung Cincin, Tanjung Rhu, Tanjung Malai, Tanjung Lembung, Tanjung Tempuling)
  • Dewan selera
  • Surau (terbahagi kepada dua tingkat dan penghawa dingin)
  • Bilik Badan Wakil Pelajar
  • Bilik Lembaga Disiplin Pelajar
  • Bilik Sedang Redaksi
  • Koperasi (terbahagi kepada empat seksyen ; Pejabat pentadbiran, runcit, dobi dan bahagian aktiviti pelajar)
  • Kafeteria
  • Kafe Rupert by Rupit

Sukan dan rekreasi sunting

Bagi menampung aktiviti berkaitan program pembangunan bakat[1], kokurikulum dan jasmani, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pelajar-pelajar dan staf menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

  • Gelanggang Tennis
  • Gelanggang bola keranjang
  • Padang bola sepak
  • Padang hoki
  • Gelanggang futsal
  • Gelanggang Bola Jaring
  • Gimnasium
  • Padang Ragbi
 
Blok Akademik MRSM Langkawi

Kejayaan sunting

Akademik sunting

MRSM Langkawi telah berjaya mencatat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2007 yang cemerlang. MRSM Langkawi telah menempah nama sebagai yang terbaik seluruh Malaysia dengan GPS 1.446 dengan sebanyak 156 pelajar mendapat keputusan semua A dan 59 pelajar mendapat semua 1A. Manakala kejayaan diteruskan pada tahun 2008 yang mana, MRSM Langkawi, sekali lagi mendapat tempat pertama dalam Malaysia dengan keputusan GPS dengan keputusan 1.4041. MRSM Langkawi mencatatkan Gred Purata Maktab (GPM) sebanyak 1.7077 bagi peperiksaan SPM tahun 2009, merupakan salah satu daripada sembilan buah MRSM yang mencatatkan GPM di bawah 1.75[2].

Pada tahun 2022, MRSM Langkawi merupakan salah satu daripada empat buah MRSM yang merekodkan GPM di bawah 2.00 bagi keputusan peperiksaan SPM tahun 2021[3]. Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2021 ini merupakan kohort pertama yang menggunakan sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), dan juga kohort pertama yang terkesan dengan pandemik COVID-19[3][4], di mana mereka perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran dari rumah.

Menjelang tahun 2023, MRSM Langkawi berjaya mendapat tempat kedua di antara MRSM Se-Malaysia dengan GPM 1.657 bagi peperiksaan SPM tahun 2022[5].Namun, setelah calon SPM 2022 membuat penyemakan semula, MRSM Langkawi melakar sejarah semula dengan mendapat tempat pertama MRSM Se-Malaysia dengan GPM 1.643 serta melahirkan pelajar 9A+ seramai 4 orang.

Lagu Maktab sunting

Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera


Rujukan sunting

  1. ^ "MAKTAB RENDAH SAINS MARA". MARA. Dicapai pada 24 November 2022.
  2. ^ "SPM 2009: MRSM TETAP UNGGUL". eWarta MARA. 10 Mac 2010. Dicapai pada 21 November 2022.
  3. ^ a b "SPM: 4 MRSM rekod prestasi cemerlang". Malaysia Gazette. 17 Jun 2022. Dicapai pada 21 November 2022.
  4. ^ "Pencapaian pelajar MRSM dalam SPM memberangsangkan: Mahdzir". Sinar Harian. 16 Jun 2022. Dicapai pada 21 November 2022.
  5. ^ "Senarai MRSM Terbaik Result SPM 2022 (Ranking)". Permohonan.my. Dicapai pada 2023-11-07.


Lihat juga sunting