Maktab Rendah Sains MARA Muar

(Dilencongkan dari MRSM Muar)

Koordinat: 2°02′32″N 102°39′13″E / 2.0422242634890355°N 102.65349660254793°E / 2.0422242634890355; 102.65349660254793

Maktab Rendah Sains MARA Muar (singkatan: MRSM Muar) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di pekan Bakri, dalam daerah Muar, Johor. Kampus MRSM Muar terletak kira-kira 10 km dari bandar Maharani Muar di Mukim Bakri, daerah Muar dan bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail (STUDI), sebuah sekolah menengah harian di Pekan Bakri. Keluasan kampus ialah kira-kira 23 hektar.

Maktab Rendah Sains MARA Muar
مكتب رنده ساءين س مارا موار
Alamat
KM 10
Jalan Bakri
Muar, 84200, Johor
Malaysia
Maklumat
Nama lainMRSM Muar
Jenis sekolahPendidikan menengah
Ditubuhkan1980
StatusBeroperasi
PengetuaTuan Haji Maznan bin Maamor
Timb. Pengetua
Kecemerlangan Akademik
Pn. Hasnah binti Jaafar
Timb. Pengetua
Pembangunan Pelajar
En. Abdul Halim bin Mohamed
Timb. Pengetua
Pembangunan Bakat
En. Norhaizad bin Mohamed
Sistem pendidikanSPMRSM Program Premier
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Inggeris
SloganA College of Character, A Mark of Excellence
Nama alumniANSARA Muar
Laman sesawang
Kali terakhir dikemaskinikan: Disember 2023

Sejarah sunting

Penubuhan maktab sunting

MRSM Muar telah dibuka pada tahun 1980 dengan pengambilan pelajar seramai 149 orang. Pada tahun 1981, pengambilan pelajar pula adalah seramai 150 orang. Oleh sebab pembinaan bangunan MRSM Muar tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan maka kumpulan pelajar-pelajar itu telah ditumpangkan sementara di MRSM Kulim dan MRSM Kuala Terengganu. Pada tanggal 14 Ogos 1981, kampus MRSM telah mula digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Mereka ditempatkan semula di MRSM Muar ini.

Senarai pengetua sunting

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tuan Hj. Abdul Hamid bin Zamburi 1981 1985
Tuan Hj. Fadhil bin Hj. Mohd Onn 1986 1988
En. Ahmad bin Ismail 1988 1991
En. Shabudin bin Hashim 1991 1993
Tuan Hj. Dzulkifli bin Hj. Shamsuddin 1993 1999
Tuan Hj. Shafie bin Teh 1999 2000
Tuan Hj. Pa'ee bin Kassim 2000 2006
En. Ejam bin Samin 2006 2010
En. Abd Rahim bin Mohammad 2011 2013


Kemudahan sunting

Akademik dan pentadbiran sunting

MRSM Muar terdiri daripada satu blok bangunan untuk pejabat pentadbiran dan bilik guru, sebuah bangunan Pusat Sumber Pembelajaran (PSP), dua blok bangunan akademik yang baru dan kawasan bangunan akademik lama serta sebuah dewan yang dikenali sebagai Dewan Dato' Onn bagi kegunaan perhimpunan serta majlis-majlis rasmi.

Di kawasan blok akademik, blok-blok tingkatan 5 dan tingkatan 4 dipisahkan kepada blok lama dan blok baru. Blok-blok akademik ini dilengkapi dengan papan putih dan loker pelajar dalam setiap kelas. Kemudahan asas seperti tandas, telefon awam dan mesin air minum layan diri turut dilengkapi di lokasi-lokasi strategik sekeliling kawasan blok akademik.

Pada tahun 2005, pembangunan pesat mula dilakukan dalam kawasan MRSM bagi memperbaiki bangunan serta memperbaharui kemudahan usang. Kini Dewan Dato' Onn telah dilangkapi sistem penghawa dingin, bangunan-bangunan lama dicat semula manakala makmal-makmal Biologi, Kimia dan Fizik diperbaiki dan diperbaharui dengan perkakasan yang lebih canggih.

Penginapan pelajar dan staf sunting

2 blok asrama putera (Asrama Tun Abdul Razak (ATAR) dan Asrama Tun Hussein Onn (ATHO)) dan 2 blok asrama puteri (Asrama Tun Fatimah (ATF dan Asrama Tun Teja (ATT)) yang mempunyai kira-kira 52 buah bilik pada setiap blok disediakan bagi penginapan para pelajar. Dewan Selera Putera bersebelahan Asrama Tun Hussein Onn yang tidak lagi digunakan masih dikekalkan bagi pelajar menjalani latihan ping-pong manakala Dewan Selera Puteri setentang dengan Asrama Tun Teja digunakan sebagai Dewan Selera para pelajar. Turut disediakan juga Rumah Pengetua, Rumah Penolong-penolong Pengetua, rumah-rumah warden lelaki dan wanita, Surau An-Nur dan rumah-rumah pekerja di dalam kawasan maktab.

Sukan dan rekreasi sunting

Sebuah padang sukan beserta astaka, gelanggang petanque, gelanggang tenis, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar dan sebuah kolam renang disediakan bagi kemudahan riadah para pelajar. Hutan Rekreasi MRSM Muar yang terletak di belakang Rumah Penolong Pengetua dan Asrama Puteri turut digunakan oleh para pelajar untuk aktiviti perkhemahan serta piknik homeroom pada Minggu Aktiviti. Jalan yang bertar yang mengelilingi keseluruhan kawasan MRSM Muar juga boleh digunakan para pelajar untuk berjoging.


Korporat sunting

Visi dan Misi sunting

Visi
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif berteraskan nilai-nilai saintifik, indipenden, kretif, berdaya keusahawanan dan patriotik serta cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan pembangunan sahsiah.

Misi

  • Untuk melahirkan insan yang cemerlang, inovatif, berbakat, berakhlak mulia, berdaya saing, berdaya cipta, saintifik dan patriotik melalui akademik dan ko-kurikulum.
  • Untuk mewujudkan prasarana fizikal, perkhidmatan dan persekitaran yang berkualiti.

Objektif sunting

  • Menjadikan MRSM Muar sebuah institusi pendidikan yang cekap, ceria dan cemerlang.
  • Menghasilkan sekurang-kurangnya 50% pelajar mendapat semua A dalam peperiksaan SPM
  • Mengekalkan GPS di bawah 2.5 dalam peperiksaan SPM
  • Semua pelajar mendapat TPNG 2.00 ke atas pada setiap semester dan sekurang-kurangnya 20% pelajar mendapat Sijil penghormatan Pengetua dan Sijil Graduasi MRSM Kelas pertama
  • Semua pelajar layak menerima Sijil Graduasi dalam Sistem Penialaian PNG MRSM


Rujukan sunting


Lihat juga sunting