MSC Danit
MSC Danit ialah sebuah kapal kontena yang dioperasikan oleh Mediterranean Shipping Company S.A. (Israel). Ia dibina di limbungan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Ltd, Korea Selatan dan siap pada awal Mac 2009. Kini, ia berada di kedudukan kedua dalam senarai kapal kontena terbesar di dunia.
Sejarah | |
---|---|
![]() | |
Nama: | MSC Danit |
Pengguna: | Mediterranean Shipping Company S.A. |
Nombor limbungan: | 4135 |
Dilancarkan: | 2009 |
Status: | Dalam perkhidmatan |
Nota: |
|
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Kapal kontena |
Berat (tan): |
|
Panjang: | 365.50 m (1,199.1 ka) |
Lunas: | 51.20 m (168.0 ka) |
Draft: | 16.00 m (52.49 ka) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: |
|
Kapasiti: | |
Krew: | 25 |
Reka bentuk
suntingDanit mempunyai panjang keseluruhan 365.50 m (1,199.1 kaki); lebar teracu 51.20 m (168.0 kaki); drauf maksimum pada 16.00 m (52.5 kaki); berat mati 165,517 tan metrik; 153,092 tanan kasar; dan kapasiti kargo sehingga 14,000 TEU. Daewoo membuat beberapa pembaharuan kepada reka bentuk kapal ini, dengan meletakkan anjungan di bahagian tengah sementara serombong dan bilik enjin di bahagian belakang kapal - ini memberikan kestabilan yang lebih baik dan merendahkan trim dalam kelajuan tinggi, ketika kapal belayar dengan muatan penuh. Kapal ini dimiliki oleh Dordellas Finance Corp., Panama (diurus dan dioperasikan oleh Mediterranean Shipping Company S.A.).
Enjin
suntingEnjin utama kapal kontena ini ialah MAN B&W 12K98MC-C yang menghasilkan kuasa sehingga 72,240 kW. Kuasa ini cukup untuk kapal ini mencapai kelajuan maksimum 25 knot.
Penamaan
suntingKapal ini dinamakan dalam satu upacara pada 26 Mac 2009 oleh naib presiden Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Ltd, presiden MSC Israel, Edni Simkin, dan anak perempuannya - namanya sama dengan nama kapal ini.