MV Princess Ashika

MV Princess Ashika adalah feri di negara Tonga, Lautan Pasifik yang tenggelam pada 5 Ogos 2009. Kapal feri ini mula beroperasi sejak 1972.

Feri tenggelam sunting

Pada 5 Ogos 2009, jam 2300 malam , feri itu dari ibu negara Tonga, Nukuʻalofa ke Ha'afeva. Panggilan kecemasan menyatakan feri itu dilanda ombak besar , air banyak memasuki feri dan banyak air dalam feri dan mula tenggelam. Pesawat P-3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand mengesan feri tenggelam itu di 86 kilometer timur laut Nukuʻalofa.

Seramai 93 orang mungkin lemas apabila feri itu karam di pesisir kepulauan Tonga. Ketua Inspektor Polis Tonga , Sokopeti To’ia menyatakan jumlah penumpang ialah 149 orang. 54 orang berjaya diselamatkan, 2 mayat ditemui dan 93 masih hilang. Bot penyelamat dari tentera [[Australia] dan New Zealand gagal mencari lokasi feri tersebut.[1]

Sejarah sunting

Feri ini siap pada Julai 1972 di Shikoku Dockyard, Takamatsu, Jepun, dan telah dinamakan MV Olive Maru. Pada 1985, feri ini dinamakan semula MV Princess Ashika dan dikendalikan oleh syarikat Australia di Fiji.Kerajaan Tonga telah menukar feri MV Olovaha yang lama kepada Pricess Ashika . Feri baru dijangka siap pada 2011 dengan geran daripada kerajaan Jepun bernilai NZD$35 juta . Asalnya milik Fiji's Patterson Brothers Shipping Company Limited .Kemudian dimiliki oleh Shipping Corporation Polynesia Ltd.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "93 hilang dalam nahas feri Tonga". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-12. Dicapai pada 2009-08-10.