MYNIC

Agensi pendaftaran nama domain Malaysia

MYNIC Berhad ialah agensi di bawah Kementerian Digital serta dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mentadbir nama domain .MY.

MYNIC bertindak sebagai pendaftar rasmi domain .MY (Registry) di Malaysia yang bertauliah dan diiktiraf oleh ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers).

MYNIC juga merupakan sebahagian daripada pemboleh upaya ekonomi digital negara yang bertanggungjawab menerajui industri nama domain Malaysia. MYNIC terlibat dalam sebahagian daripada komponen infrastruktur informasi kritikal negara.

MYNIC sentiasa berusaha memperkasakan transformasi digital individu, perniagaan dan organisasi bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam aktiviti ekonomi digital.

Kategori sunting

Tanggungjawab sunting

MYNIC bertanggungjawab dalam membangunkan dasar domain peringkat tertinggi dan sentiasa berada di hadapan dalam teknologi nama domain dengan melaksanakan projek-projek penyelidikan seperti berikut:-

  • IPV6 (Internet Protocol version 6)
  • DNSSEC (Domain Name Server Security Extensions)
  • Anycast and IDN (Internationalised Domain Names)
  • Mempromosikan dan menyediakan aktiviti latihan untuk penggunaan teknologi di atas
  • Mempromosi dan menyediakan aktiviti latihan yang melibatkan ekosistem pemasaran digital
  • Menyelia Registrar di peringkat domestik dan antarabangsa

Perkhidmatan sunting

  • Mendaftar nama domain .my
  • Mengubahsuai rekod nama domain yang telah berdaftar dengan MYNIC
  • Menghapus nama domain yang telah berdaftar dengan MYNIC
  • Memindahkan nama domain yang telah berdaftar dengan MYNIC
  • Mencari nama domain yang sudah berdaftar dengan MYNIC
  • Menguar-uarkan berita dan maklumat terkini berkaitan dasar-dasar MYNIC untuk domain .MY
  • Penyediaan landasan bagi penyelesaian masalah di antara pendaftar nama domain dan pihak ketiga
  • Penyediaan Latihan Keusahawanan yang merangkumi ekosistem pemasaran digital yang menyeluruh
  • Menyediakan kemudahan Registrar untuk memudahkan pendaftaran nama domain .MY di peringkat domestik dan antarabangsa

Ketua Pegawai Eksekutif sunting

  1. Shariya Haniz Binti Zulkifli (1 Ogos 2006 - 30 Oktober 2010)
  2. Tengku Intan Narqiah Binti Tengku Othman (1 Februari 2011 - 21 Disember 2011)
  3. Muhammad Ikmaluddin Bin Ismail (3 September 2012 - 4 Februari 2013)
  4. Datuk Ts. Hasnul Fadhly Bin Hasan (8 Oktober 2013 - Sekarang)

Pautan luar sunting