Ma Bufang (Bahasa Cina: 馬步芳; 19031975), ialah seorang ketua perang klik Ma yang terkemuka di China semasa era Republik China yang memerintah barat laut wilayah Qinghai. Beliau adalah anak lelaki Ma Qi (馬麒), yang telah membentuk Tentera Ninghai di Qinghai pada tahun 1915, dan telah menerima jawatan tentera dan awam daripada Pentadbiran Beiyang di Beijing pada tahun yang sama lalu mengesahkan kuasa tentera dan awam beliau di Qinghai. Beliau memihak pada Guominjun Feng Yuxiang sehinggalah Perang Dataran Tengah, apabila beliau beralih kepada pihak yang menang iaitu Chiang Kai-shek. Ma Qi meninggal dunia pada tahun 1931 dan kuasa beliau diambilalih oleh saudara kandungnya Ma Lin (warlord) (馬麟) yang dilantik sebagai gabenor Qinghai. Sesetengah sumber menamakan beliau sebagai Ma Pufang.

Ma Bufang

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.