Maahad Muhammadi Perempuan

Maahad Muhammadi Perempuan atau MMP merupakan sebuah sekolah agama di negeri Kelantan, Malaysia. MMP terletak di Jalan Merbau, Bandar Kota Bharu, Kelantan. Ia ditadbir oleh Yayasan Islam Kelantan.

Sejarah penubuhan sunting

Maahad Muhammadi Perempuan ditubuhkan secara rasminya pada 1 April 1937 bersamaan 20 Muharram 1356 Hijriyah setelah mendapat perkenan Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan Negeri Kelantan. idea penubuhannya dicetuskan oleh Tuan Haji Nik Yahya Bin Nik Daud, seorang anggota Majlis Agama Islam Kelantan sejak tahun 1935. Pada asalnya MMP dan Maahad Muhammadi Lelaki disatukan dalam sebuah sekolah iaitu Maahad Muhammadi. Pada 1 Julai 1982 Maahad Muhammadi dipecahkan kepada dua bahagian, lelaki dan perempuan dengan ditadbir oleh 2 orang pengetua secara berasingan. Maahad Muhammadi Lelaki dipindahkan ke Jalan Pengkalan Chepa mulai 15 Oktober 1983[1].

Rangkaian sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting