Mabel Edeline Strickland (8 Januari 1899 - 29 November 1988) ialah seorang penulis Malta dan merupakan anak perempuan kepada Sir Gerald Strickland (kemudiannya Lord Strickland), Perdana Menteri Malta.

Mabel Edeline Strickland

Mabel Strickland adalah pengarang akhbar The Times of Malta semasa Perang Dunia II dan kemudiannya memimpin Parti Progresif Perlembagaan (Progressive Constitutional Party) dalam tahun-tahun 1950-an. Dia terlibat dalam perbincangan penyatuan 1956/57 dan menentang kemerdekaan Malta. Dia dilantik menjadi ahli Parlimen Malta dalam tahun 1962.

Beliau dikebumikan di Cathedral Mdina berhampiran dengan pusara bapanya.