Alastor Moody

(Dilencongkan dari Mad-Eye Moody)

Alastor "Mad-Eye" Moody merupakan watak ciptaan J. K. Rowling dalam siri Harry Potter iaitu sebagai bekas Auror dan berkhidmat untuk Kumpulan Phoenix.

Watak Harry Potter

Alastor "Mad-Eye" Moody, dilakonkan oleh Brendan Gleeson dalam Harry Potter and the Goblet of Fire
Alastor "Mad-Eye" Moody
Jantina Lelaki
Warna rambut Kelabu
Warna mata Mata biasa: Perang
Mata ajaib: Biru elektrik
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Brendan Gleeson
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire (buku dan filem)

Sebagai Auror atau penangkap ahli sihir jahat (terutamanya hamba Lord Voldemort iaitu Death Eater) telah kehilangan beberapa bahagian anggota badannya termasuklah sebelah mata dan kaki serta sebahagian hidungnya ketika berlawan dengan pengamal Imu Hitam. Moody sangat berhati-hati—sesetengahnya mungkin berkata paranoid (takut)—sehingga tidak mahu makan atau minum apa-apa selain apa yang dia sendiri sediakan. Dia juga agak senang mengetahui sesuatu kerana matanya yang boleh melihat menembusi dinding, pintu dan juga dibalik kepalanya (yang menyebabkan dia mendapat gelaran "Mad-Eye" - Mata yang Gila).

Brendan Gleeson telah memainkan watak ini di layar perak dalam kedua-dua filem Harry Potter and the Goblet of Fire dan Harry Potter and the Order of the Phoenix.

Dalam Harry Potter dalam Piala Api, Moody telah dilantik sebagai pengajar Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam di Hogwarts. Apabila sesi persekolahan hendak bermula, dia telah dikurung di dalam peti oleh Barty Crouch Jr.,pengikut setia Voldemort, yang menggunakan Posyen Polijus untuk menukar dirinya kepada bentuk Moody. Mujurlah Moody masih diperlukan sebagai bahan dalam Posyen Polijus (seperti rambut) maka dia masih bernyawa. Crouch Jr. perlu untuk memastikannya hidup, walaupun dibawah pengaruh Imperius Curse, supaya dia boleh mengambil rambutnya untuk posyen dan menyoalnya. Tabiat Moody yang suka membawa minumannya sendiri telah memberi peluang yang baik Crouch untuk meminum Potion pada bila-bila masa tanpa disyaki.

Pada malam tugasan akhir kejohanan ahli sihir trio, Crouch cuba membunuh Harry Potter, tetapi telah dihalang oleh Albus Dumbledore, Minerva McGonagall dan Severus Snape. Oleh kerana dia tidak mengambil posyennya secara kerap ketika itu, Crouch kembali ke rupa asalnya dan diberikan Veritaserum, lalu dia mengaku segala-galanya dan Dumbledore menyelamatkan Moody yang sebenar yang dikunci dalam peti ajaib. Seekor dementor telah mengambil nyawa Crouch sebelum dia memperkatakan hal yang sebenar kepada Cornelius Fudge.

Kali pertama Harry berjumpa dengan Moody yang sebenar, ialah dalam siri kelima, dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix. Dalam buku itu, Moody menyertai Kumpulan Phoenix, dan bersama-sama ahli yang lain seperti Nymphadora Tonks dan Remus Lupin, sentiasa cuba melindungi Harry. Dia muncul pada kemuncak cerita buku itu bersama Lupin, Tonks, Kingsley Shacklebolt dan Sirius Black.

Kemunculannya dalam buku keenam hanya ketika menghadiri persemadian Albus Dumbledore. Manakala di dalam buku ketujuh, beliau muncul pada permulaan cerita. Pada masa itu, dia serta beberapa orang ahli Kumpulan Poenix yang lain sedang dalam misi membawa Harry keluar dari rumah keluarga Dursley ke The Burrow. Dalam misi itu, dia menunggang penyapu terbang, berpasangan dengan Mundungus Fletcher yang menyamar sebagai Harry Potter (meminum posyen Polijus). Bagaimanapun, mereka berdua diserang oleh Death Eater serta Lord Voldemort (yang terbang tanpa peralatan sihir), menyebabkan Mungdungus ketakutan lalu melarikan diri dan meniggalkan Alastor keseorangan yang akhirnya dibunuh Voldemort dengan sumpahan Avada Kedavra. Setelah keadaan selamat, Remus Lupin dan Bill Weasley mencari mayatnya tetapi gagal ditemui.

Alastor si pendendam merupakan dewa dalam mitos Yunani. Dia sering diperlukan ketika sesuatu keluarga itu mempunyai dendam pada mana-mana yang memperdayakan mereka.

Dalam filem, hidung Moody masih elok tetapi dalam buku, dia menyalahkan Evan Rosier kerana kehilangan hujung hidungnya. Dalam filem, dia menyalahkan Rosier kerana kehilangan matanya pula.

Lihat juga sunting