Madagascar (filem 2005)

filem animasi Amerika Syarikat tahun 2005

Madagascar ialah suatu filem animasi Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada tanggal 27 Mei 2005. Filem yang disutradarai oleh Eric Darnell ini pelakonnya antara lain ialah Chris Rock, Ben Stiller, Jada Pinkett Smith, David Schwimmer, Sacha Baron Cohen, Cedric the Entertainer, dan Andy Richter.

Madagascar
Fail:Madagascar Theatrical Poster.jpg
Theatrical release poster
Pengarah
Penulis
Dihasilkan olehMireille Soria
Dibintangi
Disunting olehH. Lee Peterson
Muzik olehHans Zimmer
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehDreamWorks Pictures
Tarikh tayangan
  • 25 Mei 2005 (2005-05-25) (Philippines)
  • 27 Mei 2005 (2005-05-27) (United States)
Masa tayangan
86 minutes
NegaraUnited States
BahasaEnglish
Bajet$75 million[1]
Pecah panggung$532.7 juta

Susulan filem ini, Madagascar: Escape 2 Africa, dikeluarkan pada tahun 2008.

Jalan cerita sunting

Dalam sebuah zoo terletak di Central Park Bandar Raya New York, Marty merayakan ulang tahun kesepuluh hari lahir ia, tetapi ia ingin untuk melihat dunia luar yang dianggapnya lebih baik daripada terus dimanjakan dalam zoo, Sahabatnya Alex cuba memujuknya tentang keselesaan kota raya itu, namun Marty masih tidak puas hati. Pada lewat malam apabila Marty sedang tidur, dia dikejutkan oleh beberapa penguin yang ingin meloloskan diri dari zoo; hal ini meyakinkan Marty melarikan diri dari pekarangan zoo. Hal ini segera diketahui Alex serta Melman dan Gloria yang cuba mengikutinya. Mereka menemukan Marty di Grand Central Station namun keempat-empat mereka ditangkap dan dibius.

Kejadian ini mencetuskan kemarahan orang ramai yang mendesak haiwan-haiwan ini dibebaskan dan dibiarkan hidup seleas di hutan liar. Kesemua haiwan-haiwan yang lolos itu dibawa dalam suatu kapal ke suatu cagar alam di Kenya. Selama perjalanan mereka, keempat-empat penguin melarikan diri dari kandang mereka dan mengambil alih kapal dengan tujuan berlayar ke Antartika. Namun, kecuaian mereka menyebabkan peti yang berisi Alex, Marty, Melmen, dan Gloria jatuh terhumban dari kapal dan hanyut ke pulau Madagaskar.

Alex, Marty, Gloria dan Melman mula sedar dari pitam mereka menyangka diri berada di San Diego. Setelah menjelajah seberapa lama, mereka memasuki daerah kawanan lemur yang dipimpin oleh Raja Julien XIII sambil kebetulannya berjaya menghalau fosa yang mengacau kawanan tersebut. Kelompok haiwan aneh ini diterima oleh lemur; penasihat Raja Julien, Maurice memperingatkan mereka tentang bahayanya Alex yang dikenalpasti sebagai seekor pemangsa, namun Julien mengabaikan teguran tersebut. Keempat-empat haiwan luar ini mula selesa, namun Alex yang menjadi kelaparan kerana kurang sumber makanannya sendiri hilang kawalan akhirnya mengamuk. Raja Julien mengusir Alex ke seberang pulau, di mana fosa hidup. Marty mulai menyesal melihat apa yang terjadi pada Alex.

Marty tersempak kembali dengan penguin-penguin yang tiba ke Madagaskar selepas berlayar dari Antartika; ia melihat ini sebagai kesempatan untuk mereka kembali ke New York. Marty dan kawan-kawan dapat juga menjumpai Alex dalam keadaan yang sangat kelaparan namun diperangkap oleh fosa. Kesemua haiwan ini berjaya menakut-nakutkan fosa berhambus dari wilayah lemur selamanya. Alex sudah kembali riang tidak liar, dan para haiwan berjaya mendapatkan sumber makanan yang dapat menyelamatkannya iaitu ikan. Alex, Marty, Gloria dan Melman sudah bersedia mahu berlayar pulang, namun penguin-penguin tidak sampai hati memberitahu bahawa kapal mereka kehabisan minyak.

Barisan pelakon suara sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Madagascar". The Numbers. Dicapai pada December 3, 2012.
  2. ^ a b c d Keogh, Tom (May 21, 2005). "Animator talks to group of young enthusiasts about his new film, "Madagascar"". The Seattle Times. Diarkibkan daripada yang asal pada September 20, 2014. Dicapai pada September 20, 2014.

Pautan luar sunting