Madagaskar
Madagaskar, (Bahasa Malagasi: Madagasikara, Bahasa Perancis: Madagascar) atau nama rasminya Republik Madagaskar (Malagasi: Repoblikan'i Madagasikara, Bahasa Perancis: République de Madagascar) ialah sebuah negara pulau di Lautan India yang berhampiran dengan pantai timur Afrika. Pulau utama negara ini yang juga dinamakan "Madagaskar" merupakan pulau yang empat terbesar di dunia serta ada menjadikan negara ini negara pulau kedua di dunia;[2] tempat tinggal semula jadi bagi 5% daripada spesies-spesies tumbuhan dan haiwan di dunia.
Republik Madagaskar ريڤوبليك ماداڬاسكر Repoblikan'i Madagasikara République de Madagascar | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Ry Tanindrazanay malala ô! Tanahair Kami Tercinta | |||||
![]() | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Antananarivo | ||||
Bahasa rasmi | Malagasi, Perancis[1] | ||||
Kerajaan | Republik | ||||
• Presiden | Hery Rajaonarimampianina | ||||
Jean Ravelonarivo | |||||
Kemerdekaan dari Perancis | |||||
• Tarikh | 26 Jun 1960 | ||||
• Air (%) | 0.13% | ||||
Penduduk | |||||
• Anggaran Julai 2005 | 18,606,000 (ke-56) | ||||
• Bancian 1993 | 12,238,914 | ||||
KDNK (PPP) | Anggaran 2005 | ||||
• Jumlah | $16.228 bilion (ke-118) | ||||
• Per kapita | $905 (ke-169) | ||||
HDI (2004) | ▲ 0.509 Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-143 | ||||
Mata wang | Ariary Malagasy (MGA) | ||||
Zon masa | UTC+3 (EAT) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (tidak diperhatikan) | ||||
Kod panggilan | 261 | ||||
DPT Internet | .mg | ||||
1 Menurut perlembagaan, bahasa Malagasi adalah bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, bahasa Perancis digunapakai sebagai bahasa rasmi de facto. |
Ia merupakan antara negara kurang membangun di dunia.[3]
SejarahSunting
Penghijrahan orang AustronesiaSunting
Manusia pertama yang menghuni Madagaskar berasal dari Nusantara khususnya dari Kalimantan Selatan (suku Banjar), dan diperkirakan akibat hubungan dagang masyarakat Nusantara ke pantai timur Afrika pada awal-awal abad Masehi. Berdasarkan bukti leksiko statistik dan linguistik, bahasa Malagasi masih termasuk paling dekat dengan bahasa Maanyan, dan tergolong rumpun bahasa Austronesia.[4][5][6] Bahasa Malagasi berasal dari bahasa Barito Tenggara, dan bahasa Ma'anyan adalah kerabat terdekatnya, dengan banyak kata pinjaman bahasa Melayu dan Jawa.[7][8]
Ada diketahui bahawa orang-orang Ma'anyan dibawa sebagai buruh dan hamba oleh orang-orang Melayu dan Jawa dalam armada dagang mereka, yang mencapai Madagaskar pada sekitar tahun 50-500 Masehi.[9][10][11] Etnis peribumi sendiri seperti Merina dan Betsileo adalah penutur bahasa Austronesia dengan fenotip yang sering serupa dengan penduduk Indonesia dan Filipina. Seiring dengan peningkatan perdagangan, masyarakat dari pantai timur Afrika bermigrasi ke pulau ini.
Penerokaan orang EropahSunting
Orang Eropah mula mengetahui pulau ini pada pelayaran Armada India Portugis diketuai Diogo Dias yang menemukan pulau tersebut dalam jelajah mereka pada 1500.[12] Mereka mendirikan petempatan di Matatana selatan pulau tersebut pada 1613 atas kebenaran wizurai Jeronimo de Azevedo, ia menjadi suatu perkampungan serba lengkap.[13]
Pada ketika ini juga nama negara ini mula diberi oleh Marco Polo dalam catatan penjelajahan beliau (nama asal ditulis Madageiscar) hasil kekeliruan dengan Mogadishu, sebuah pelabuhan utama yang terletak jauh di tanah Somali[14] lalu dimasyhurkan dalam penulisan yang berikutan di Eropah semasa Zaman Pertengahan.[15]
GeografiSunting
Muka bumiSunting
Madagaskar merupakan negara ke-46 terbesar di dunia dan pulau keempat terbesar di dunia dengan keluasan wilayah 592.800 kilometer persegi. Pulau utama negara ini terletak di antara garis lintang 12 °LS dan 26 ° LS, dan 43 ° BT dan 51 °BT, ia berjiranan dengan Réunion milik Perancis dan negara Mauritius di sebelah timur, serta Comoros dan Mayotte di barat laut. Negara daratannya yang terdekat adalah Mozambique yang terletak di sebelah pantai tenggara benua Afrika.
Pecahnya benua prasejarah Gondwana memisahkan Madagaskar-Antartika-India dengan daratan Afrika-Amerika Selatan sekitar 135 juta tahun yang lalu. Madagaskar kemudian memisahkan diri dari subbenua India sekitar 88 juta tahun yang lalu, sehingga tanaman dan haiwan di pulau ini berevolusi dalam keadaan yang terasing. Daerah pantai timur pulau merupakan lereng sempit dan curam yang mengandung banyak sisa hutan dataran rendah tropis di pulau ini.
Dataran tinggi di tengah pulau memiliki ketinggian mulai dari 750 sampai 1.500 m (2.460 sampai 4.920 kaki) di atas permukaan laut. Secara historis, wilayah ini merupakan pusat kebudayaan suku Merina di kota Ambohimanga dan juga pusat kerajaan Imerina yang pernah didirikan pada abad ke-18 oleh Andrianampoinimerina. Wilayah ini juga merupakan wilayah yang paling padat penduduknya di pulau ini karena ibu kota Antananarivo terletak di wilayah ini. Daerah ini ditandai dengan sawah bertingkat untuk menanam padi yang terletak di antara bukit-bukit berumput dan bekas bekas hutan subhumid yang pada zaman prasejarah menutupi daerah dataran tinggi. Wilayah dataran tinggi sebelah barat merupakan daerah gersang yang secara bertahap tanahnya turun ke Selat Mozambique dan paya rawa yang ditumbuhi bakau terdapat di sepanjang pantai.
Puncak tertinggi Madagaskar adalah puncak Maromokotro dengan ketinggian 2876 m (9.436 kaki) di pegunungan Tsaratanana merupakan titik tertinggi di pulau ini, diikuti oleh Puncak Bobby dengan ketinggian 2.658 m (8.720 kaki) di pegunungan Andringitra, dan Tsiafajavona 2643 m (8.671 kaki) di pegunungan Ankaratra.
Flora dan faunaSunting
80% daripada spesies ini adalah unik di dunia ini. Antara contoh kepelbagaian biologi di Masdagaskar yang paling ketara ialah:
- famili lemur dalam order primat
- fosa karnivor
- tiga famili burung yang endemik
- enam spesies pokok baobab yang endemik.
Bahasa utama yang dituturkan di Madagaskar ialah bahasa Malagasi. Imbangan semula jadi negara ini amat diancam, akibat kehilangan kebanyakan hutan dan kepupusan sekurang-kurang 15 spesies lemur.
PentadbiranSunting
Madagaskar pada dahulunya dibahagikan pentadbiran menjadi 6 provinsi (faritany mizakatena) utama yang berkuasa secara autonomi. Penggubalan perlembagaan yang baharu pada 2004 merombakkan pembahagian ini menjadi 22 wilayah (faritra) yang baharu.[16]
Kawasan (faritra) | Provinsi asal (faritany) |
Keluasan (km2) |
Bancian tahun 2018[18] |
---|---|---|---|
Diana (1) | Antsiranana | 19,266 | 889,736 |
Sava (2) | 25,518 | 1,123,013 | |
Itasy (3) | Antananarivo | 6,993 | 897,962 |
Analamanga (4) | 16,911 | 3,618,128 | |
Vakinankaratra (5) | 16,599 | 2,074,358 | |
Bongolava (6) | 16,688 | 674,474 | |
Sofia (7) | Mahajanga | 50,100 | 1,500,227 |
Boeny (8) | 31,046 | 931,171 | |
Betsiboka (9) | 30,025 | 394,561 | |
Melaky (10) | 38,852 | 309,805 | |
Alaotra Mangoro (11) | Toamasina | 31,948 | 1,255,514 |
Atsinanana (12) | 21,934 | 1,484,403 | |
Analanjirofo (13) | 21,930 | 1,152,345 | |
Amoron'i Mania (14) | Fianarantsoa | 16,141 | 833,919 |
Haute-Matsiatra (15) | 21,080 | 1,447,296 | |
Vatovavy-Fitovinany (16) | 19,605 | 1,435,882 | |
Atsimo-Atsinanana (17) | 18,863 | 1,026,674 | |
Ihorombe (18) | 26,391 | 418,520 | |
Menabe (19) | Toliara | 46,121 | 700,577 |
Atsimo-Andrefana (20) | 66,236 | 1,799,088 | |
Androy (21) | 19,317 | 903,376 | |
Anosy (22) | 25,731 | 809,313 | |
Jumlah kependudukan | 587,295 | 25,680,342 |
DemografiSunting
Pada tahun 2018, penduduk Madagaskar dianggarkan pada 26 juta orang, meningkat daripada 2.2 juta pada tahun 1900.[19] Tahap pertumbuhan penduduk tahunan di Madagaskar adalah sekitar 2.9 peratus pada tahun 2009.
Bahasa Malagasi berasal dari rumpun bahasa Melayu-Polinesia dan ditutur di seluruh pulau. Banyak dialek bahasa Malagasi yang umumnya dapat difahami secara bersama-sama, dapat dikelompokkan dalam dua kumpulan: Malagasi Timur yang ditutur di kawasan perhutanan di timur pulau dan dataran tinggi termasuk dialek Merina di Antananarivo, dan Malagasi Barat, yang dituturkan di seberang pesisir barat pulau.
Taburan anutan agama dalam kalangan masyarakat Madagaskar adalah pebagai. Menurut Pew Research Center (2010), 85% penduduk mengikuti ajaran Kristian, dan 4.5% pula menuruti kepercayaan tradisi.[20] Berdasarkan maklumat oleh pihak Amerika pada 2011 pula, 52% penduduk Madagaskar menuruti kepercayaan tradisi, dan 41% penduduk pula beragama Kristian.[12]
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Matthew E. Hules, et al (2005). The Dual Origin of the Malagasy in Island Southeast Asia and East Africa: Evidence from Maternal and Paternal Lineages. American Journal of Human Genetics, 76:894-901, 2005.
- ^ "Island Countries of the World". WorldAtlas.com. Diarkib daripada yang asal pada 7 December 2017. Dicapai pada 10 August 2019.
- ^ "About LDCs". UN-OHRLLS. Dicapai pada 22 February 2017.
- ^ (Inggeris) Simanjuntak, Truman (2006). Austronesian diaspora and the ethnogeneses of people in Indonesian archipelago: proceedings of the international symposium. Yayasan Obor Indonesia. m/s. 205. ISBN 9792624368. Parameter
|coauthors=
yang tidak diketahui diendahkan (|author=
dicadangkan) (bantuan)ISBN 978-979-26-2436-6 - ^ (Inggeris) Evans (2010). Dying words: endangered languages and what they have to tell us - The language library. John Wiley and Sons. m/s. 117. ISBN 0631233059. Parameter
|fisrt=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)ISBN 978-0-631-23305-3 - ^ (Inggeris) Pirrotta, Nino. Essays for a Humanist. Theodore Front Music. m/s. 190.
- ^ Otto Chr. Dahl, Malgache et Maanjan: une comparaison linguistique, Egede-Instituttet Avhandlinger, no. 3 (Oslo: Egede-Instituttet, 1951), p. 13.
- ^ There are also some Sulawesi loanwords, which Adelaar attributes to contact prior to the migration to Madagascar: See K. Alexander Adelaar, “The Indonesian Migrations to Madagascar: Making Sense of the Multidisciplinary Evidence”, in Truman Simanjuntak, Ingrid Harriet Eileen Pojoh and Muhammad Hisyam (eds.), Austronesian Diaspora and the Ethnogeneses of People in Indonesian Archipelago, (Jakarta: Indonesian Institute of Sciences, 2006), pp. 8–9.
- ^ Dewar, Robert E.; Wright, Henry T. (1993). "The culture history of Madagascar". Journal of World Prehistory. 7 (4): 417–466. doi:10.1007/bf00997802. hdl:2027.42/45256.
- ^ Burney DA, Burney LP, Godfrey LR, Jungers WL, Goodman SM, Wright HT, Jull AJ (August 2004). "A chronology for late prehistoric Madagascar". Journal of Human Evolution. 47 (1–2): 25–63. doi:10.1016/j.jhevol.2004.05.005. PMID 15288523.
- ^ Kumar, Ann. (1993). 'Dominion Over Palm and Pine: Early Indonesia’s Maritime Reach', in Anthony Reid (ed.), Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past (Sigapore: Institute of Southeast Asian Studies), 101-122.
- ^ a b Bureau of African Affairs (3 May 2011). "Background Note: Madagascar". U.S. Department of State. Dicapai pada 24 August 2011.
- ^ Leitão, Humberto. "Os dois descobrimentos da ilha de São Lourenço mandados fazer pelo vice-rei D. Jeronimio de Azevedo nos anos de 1613 à 1616".
- ^ Room (2006), p. 230
- ^ Cousins (1895), pp. 11–12
- ^ "Loi 2004-001 relative aux régions, art. 3" (PDF). Assemblée Nationale de Madagascar (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 30 November 2017.
- ^ Ralison, Eliane; Goossens, Frans (January 2006). World Food Programme (penyunting). Madagascar: profile des marches pour les evaluations d'urgence de la securite alimentaire (PDF). Strengthening Emergency Needs Assessment Capacity (dalam bahasa Perancis). Rome, Italy: Katholieke Universiteit Leuven. m/s. 3. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 7 February 2012. Dicapai pada 14 January 2012.
- ^ Institut National de la Statistique, Madagascar.
- ^ Metz, Helen Chapin (1994). "Library of Congress Country Studies: Madagascar". Diarkib daripada yang asal pada 9 November 2005. Dicapai pada 1 February 2011.
- ^ "Religions in Madagascar | PEW-GRF". Globalreligiousfutures.org. Dicapai pada 20 September 2017.
Rencana berkaitan geografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |