Madai merupakan salah satu daripada dua buah Mukim yang terdapat di Daerah Kunak, Sabah, Malaysia.

Madai
Gunung Madai, Kunak
Gunung Madai, Kunak
Negara Malaysia
Negeri Sabah
DaerahKunak
MukimMadai
Zon waktuWaktu Piawai Malaysia

Sejarah sunting

Kampung

 
Kampung Madai yang dihuni oleh Etnik Idahan
  1. Kampung Asli Baru
  2. Kampung Buang Sayang
  3. Kampung Cina
  4. Kampung Dasar Baru
  5. Kampung Dasar Lama
  6. Kampung Kabog
  7. Kampung Kunak Darat
  8. Kampung Kunak Jaya
  9. Kampung Kunak Kecil
  10. Kampung Kunak Tiga
  11. Kampung Lormalong
  12. Kampung Madai
  13. Kampung Pangkalan Madai
  14. Kampung Simpang Empat
  15. Kampung Ulu Madai

Kemudahan Awam sunting

 
Sekolah Menengah Kebangsaan Madai, Kunak

Tempat Menarik sunting

Kawasan Madai juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di daerah Kunak antaranya ialah Gua Madai, Gua Baturong, Air Terjun Madai, Hutan Simpan Madai-Baturong.

Tingkayu

Tingkayu merupakan salah satu tapak Pra-Sejarah (kewujudan manusia pertama) yang menjadi simbolik bagi rakyat Kunak. Tapak kegiatan manusia yang tertua di Sabah terdapat di kawasan Tingkayu. Terdapat sebuah tasik pra-sejarah yang terbentuk akibat aliran lahar yang membendung Sungai Tingkayu lebih 30,000 tahun yang lalu. Peralatan Zaman Batu yang ditemui di tapak ini adalah di antara yang terbaik di Asia Tenggara. Peralatan serupa yang pernah ditemui di lain-lain kawasan di Asia Tenggara baru berusia 17,000 hingga 20,000 tahun yang lalu. Ini bermakna, Orang Purba Tingkayu adalah 10,000 tahun lebih maju berbanding Orang Purba lain di Asia Tenggara. Kajian terperinci di Tapak Purba Arkeologi di Tingkayu telah dibuat pada 1987 dan tapak yang berusia 28,000 tahun itu telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Purba Arkeologi di bawah enakmen barang-barang kuno dan harta Karun 1977.

Binuang

Binuang ialah salah satu Ladang yang terdapat di Daerah Kunak di bawah pengurusan Sime Darby. Jarak dari Pekan Kunak ialah lebih kurang 20KM. Terdapat satu tempat menarik yang terdapat di Binuang, iaitu Kolam Lumpur (Mud Pool) yang pernah menjadi kunjungan pelancong dari luar negara. Kolam Lumpur ini telah di baikpulih mengikut kehendak orang ramai. Lumpur lava yang terdapat di kolam lumpur tersebut kaya dengan mineral dipercayai ada kegunaan dalam merawat badan serta mencantikkan dan menegangkan kulit. Pengunjung boleh mendengar bunyi gelembung setiap kali gelembung lumpur berwarna kelabu melonjak ke permukaan.

Madai

Terdapat dua tempat menarik di Madai. Antaranya ialah Air Terjun Madai dan Gua Madai. Pengujung yang ke Madai bukan sahaja terdiri daripada orang tempatan tetapi juga dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sepanyol, Kanada, Perancis, Korea Selatan, Jepun dan banyak negara lagi. Selain daripada berpeluang menikmati keindahan air mengalir di kedua-dua tempat ini, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan pelbagai flora dan fauna yang terdapat di kawasan berkenaan.

Air Terjun Madai setinggi 40 meter di Hutan Simpan Madai Baturong terletak lebih kurang 10KM dari Pekan Kunak. Air terjun berkenaan merupakan yang tertinggi diantara air terjun pusat rekreasi di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Sabah dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 1999. Air terjun yang terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 3,436 hektar itu mulanya cuma tapak rekreasi kakitangan Jabatan Perhutanan, namun dibuka kepada orang ramai selepas dibangunkan dengan kos RM460,000. Kawasan rekreasi berkenaan juga menyediakan kemudahan “canopy walk” sepanjang 119 meter dan setinggi 40 meter merentasi sungai yang airnya berpunca dari air terjun berkenaan. Kira-kira 45 minit berjalan kaki dari pusat rekreasi berkenaan, pengunjung berpeluang melawat gua purba, yang mempunyai kesan pendudukan manusia lampau termasuk kubur dan keranda lama.

Manakala Gua Madai adalah gua batu kapur yang terbentuk sejak puluhan ribu tahun dahulu adalah kawasn yang terkenal sebagai di antara pengeluar sarang burung layang-layang yang utama di Sabah. Gua Madai mempunyai nilai sejarah purba kerana dikatakan penempatan awal manusia pernah wujud di kawasan ini. Perkampungan di pintu gua ini berubah menjadi meriah setiap dua kali setahun apabila suku kaum Idahan datang ke sini untuk mengutip sarang burung dari bahagian-bahagian gua yang berbeza-beza. Aktiviti mengutip sarang burung diadakan secara beramai-ramai menjadikan ianya seakan-akan sebuah pesta. Proses mengutip sarang burung ini agak dramatik di mana kaum lelaki menyabung nyawa dengan memanjat hingga ke siling gua untuk mengutip sarang burung. Puak Idahan memegang hak sumber ke atas Gua Madai sejak 20 generasi yang lalu.