Madame de Pompadour

Jeanne-Antoinette Poisson, Marquise de Pompadour, Duchesse Menars[1] (29 Disember 1721 - 15 April 1764) adalah gundik simpanan Raja Louis XV.

Madame de Pompadour
Marquise of Pompadour
Boucher Marquise de Pompadour 1756 detail.jpg
LambangShield of family de Pompadour.svg
Nama penuh
Jeanne Antoinette Poisson
Lahir(1721-12-29)29 Disember 1721
Paris, Perancis
Mangkat15 April 1764(1764-04-15) (umur 42)
Paris, Perancis
PasanganCharles Guillaume le Normant d'Étiolles (k. 1741)
Anak
AyahndaFrançois Poisson
BondaMadeleine de La Motte
AgamaGereja Katolik Rom
PekerjaanGundik diraja Louis XV

Keberadaan beliau yang turut bertindak sebagai pembantu peribadi Raja Louis XV memberi pengaruh kepada dasar-dasar baginda raja memerintah negara Perancis. Beliau juga merupakan tokoh yang bertanggungjawab menaung dan mendana karya-karya seni yang dihasilkan saat Perancis mengalami Zaman Pencerahan, baik dari segi yang tampak halus mahupun pencetusan pemikiran baharu seperti falsafah.

BiografiSunting

Awal hidupSunting

Jeanne-Antoinette Poisson dilahirkan pada 30 Disember 1721 di Paris kepada François Poisson, pembantu duc Orléans dan Louise-Madeleine de La Motte.[2] Beliau dibaptiskan di gereja Saint-Eustache . di mana beliau dinamakan sempena bapa baptisnya Jean Pâris de Monmartel dan anak bongsu Jean, Antoinette Justine Pâris yang juga ibu baptisnya.[note A] Jeanne-Antoinette turut mempunyai beberapa adik: Françoise Louise Poisson (lahir 15 Mei 1724[3]) dan Abel-François (lahir 18 Februari 1727[4]).

Pergundikan dan penglibatan dalam kerajaanSunting

Puan Pompadour diangkat darjatnya sebagai seorang pembesar (duchesse) pada 12 Oktober 1752, beliau kemudiannya diangkat lagi ke kedudukan dame du palais (setaraf dang perwara) pada 7 Februari 1756 iaitu pangkat tertinggi wanita seisi istana.[5] Dalam kedudukan ini beliau bertindak mengawasi pelantikan dan pelucutan ke atas sebarang pembesar yang berkhidmat dalam kerajaan laksana seorang perdana menteri - beliau turut terlibat campur tangan dalam urusan ehwal dalam dan luar negara.[6] Beliau pernah terlibat atas gesaan pihak Austria untuk campur tangan dalam rundingan-rundingan persetujuan pertahanan antarabangsa yang mendorong kepada penggubalan Perjanjian Versailles.[7]

Tidak seperti dayang gundik lain sebelumnya yang berkhidmat untuk kerabat diraja Perancis, sikap dan cara perilaku Jeanne-Antoinette sangat menawan hati baginda raja sehingga beliau menjadi sangat berhubungan rapat dengan baginda seakan sahabat taulan, di mana baginda barangkali hanya akan mengadu nasib kepada Jeanne yang dianggap seorang yang boleh dipercayai.

Senja hidupSunting

Keletihan hasil kesibukan beliau terlibat dalam urusan kerajaan sangat memakan dalam tahap kesihatan beliau. Keadaan ini semakin memarah apabila beliau mula menghidap penyakit tuberkulosis yang lagi diburukkan dengan persekitaran istana Versailles didiaminya yang berudara sejuk dan lembap.[8] Jeanne-Antoinette meninggal dunia akibat kesesakan paru-paru pada 15 April 1764 ketika berusia 42 tahun di Versailles - ada undang-undang yang menyatakan para gundik lazimnya diharamkan berada dalam persemayaman diraja saat bertemu ajal mereka, namun kedudukan Jeanne yang sangat disayangi Raja Louis menjadikan beliau dikecualikan daripada peraturan ini.

Mayat beliau dibawa ke tempat khas dalam Hôtel des Réservoirs di mana mayat beliau dimakamkan seketika selama dua hari dan dua malam di dalam biliknya.[9] Suatu majlis pengebumian pertama diadakan pada petang hari Selasa 17 April 1764 di gereja Notre-Dame de Versailles di mana kematiannya didaftarkan di sana.[10]

Sumbangan dalam negaraSunting

RujukanSunting

  1. ^ L'acte de décès de Madame de Pompadour en date du 17 avril 1764 à Versailles, mentionne ses titres sans toutefois respecter l'ordre d'accession :

    très haute et très puissante dame madame Jeanne Antoinette Poisson, duchesse marquise de Pompadour et de Menar

    .
  2. ^ de Decker, Michel (2007). La Marquise des plaisirs. Paris: Pygmalion..
  3. ^ Jal, Auguste (1872) [1867]. "Pompadour Jeanne Antoinette Poisson, marquise de". Dictionnaire critique de biographie et d'histoire. Paris: Éditions Henri Plon. m/s. 985. Lebih daripada satu daripada |pages= dan |page= yang ditentukan (bantuan).
  4. ^ Les registres paroissiaux originaux de Paris sont détruits lors de la Commune de Paris en 1871, mais la date et lieu de naissance du marquis de Marigny figurent dans son acte de mariage, le 11 janvier 1767 à Menars avec Marie, Françoise Julie Constance Filleul. Celle-ci est née le 15 juillet 1751 en la paroisse de la Sainte-Trinité à Falaise, fille de Charles François Filleul et d'Irène du Buisson de Longpré, maîtresse de Louis XV. Source : registres paroissiaux de Menars-le-Château aux archives départementales de Loir-et-Cher.
  5. ^ Gallet, Danielle (2002) [10 Januari 1985]. "La treizième dame du palais". Madame de Pompadour ou le pouvoir féminin (dalam bahasa Perancis). Paris: Éditions Fayard. halaman 212, 306. ISBN 978-2-21301-516-3..
  6. ^ Elise Goodman, The portraits of Madame de Pompadour: Celebrating the Femme Savante (Berkeley: University of California Press, 2000), 11.
  7. ^ Amanda Foreman, Nancy Mitford (2001). Madame de Pompadour. m/s. 213. ISBN 9780940322653.
  8. ^ Au rez-de-chaussée du corps central du bâtiment, au Nord.
  9. ^ Jacques Levron (1961). Secrète Madame de Pompadour. Arthaud. m/s. 278..
  10. ^ Jean-François Allart (1712-1775), né le 30 mars 1712 à Nuncq, dans le diocèse de Boulogne-sur-Mer. Il est reçu au séminaire de Paris le 2 août 1729 et prononce ses vœux le 3 août 1731. Nommé curé de Notre-Dame de Versailles en 1760. Décédé le 17 décembre 1775 à Versailles.

Pautan luarSunting