Ryukendo (Jepun: 魔弾戦記リュウケンドー, Hepburn: Madan Senki Ryūkendō, diterjemah menjadi Babad Peluru Ajaib Ryukendo), ialah sebuah siri televisyen tokusatsu Jepun yang merupakan cubaan pertama Takara dan We've Inc untuk menghasilkan rancangan seakan-akan Sentai. Rancangan ini disiarkan di TV Aichi sejak 8 Januari hingga 31 Disember 2006. Kini, Ryukendo menemui penonton Malaysia di TV3. Rancangan ini disiarkan untuk kali kedua iaitu di Disney XD Malaysia.

Ryukendo
Fail:Ryukendo.png
魔弾戦記リュウケンドー
FormatPengembaraan adiwira
PenciptaŌji Hiroi
Yūichirō Hira
Yuzuru Miyauchi
Tsuyoshi Yoshida
Dibintangi oleh
Shougou Yamaguchi, Gen, Kouhei Kuroda
Lagu pembukaan"Go! Ryukendo!"
Lagu penutup"Zutto Zutto Zutto"
PenggubahMichiru Oshima
Negara asalJepun
Bilangan episod52 + 2 istimewa
Penerbitan
Penerbit eksekutifTōru Kuroda
Hiroshi Takegawa
PenerbitHitoshi Nakajima
Yūto Suzuki
Tempoh siaran24-25 minit (per episod)
Penyiaran
Saluran asalTV Aichi
Siaran asal8 Januari 200631 Disember 2006

Plot sunting

Bandar Akebono ialah sebuah masyarakat biasa dan aman damai yang penuh dengan kemanusiaan. Sejak adanya suatu Punca Kuasa yang menghasilkan kuasa ajaib dalam masyarakat, rakyat jelata gerun akan ancaman tentera syaitan Jamanga yang mengumpul tenaga negatif daripada orang ramai yang ketakutan untuk tujuan durjana. Pertubuhan rahsia SHOT diasaskan untuk melindungi orang ramai daripada cengkaman Jamanga, merahsiakan kewujudannya dengan ahli-ahlinya menyamar sebagai anggota-anggota biasa Balai Polis Akebono yang menganggap syaitan-syaitan itu di luar bidang kuasa mereka. Kenji Narukami, seorang pelatih jurus Narukami Ryuujinryu untuk melawan syaitan, tiba di Akebono untuk melawan Jamanga, lalu mencapai impiannya apabila bertukar menjadi Ryukendo, bersama sahabat handainya untuk menentang kuasa Jamanga agar memulihkan keamanan dalam masyarakat.

Madan Senshi sunting

Madan Kenshi Ryukendo sunting

Kenji Narukami (Jepun: 鳴神剣二, Hepburn: Narukami Kenji)/Madan Kenshi Ryukendo (Jepun: 魔弾剣士リュウケンドー, Hepburn: Madan Kenshi Ryūkendō) berpindah ke Akebono, dan setibanya di sana tersalah anggap sebagai pihak jahat. Selepas melindungi seekor anjing di jalanan, dia menghadapi seekor Majuu, dipilih oleh GekiRyuKen lalu menjadi Ryukendo. Sejak itu, dia bertugas di SHOT, dan sentiasa menyelamatkan keadaan. Dia dilatih menggunakan teknik Narukami Ryuujinryu. Dengan memasukkan Kunci RyuKen ke dalam GekiRyuKen, Kenji boleh bersepadu dengan GekiRyuKen untuk bertukar menjadi Madan Kenshi Ryukendo. Panggilan penukarannya ialah "GekiRyu Henshin!" (Jepun: 撃龍変身). Singa Berani (Jepun: ブレイブレオン, Hepburn: Bureibu Reon) ialah JuuOh Ryukendo, dan gerakan peleraiannya yang dihidupkan melalui Kunci Terakhir, ialah "Libasan Madan" (Jepun: 魔弾斬り, Hepburn: Madan Giri).

  • Ryukendo Api (Jepun: ファイヤーリュウケンドー, Hepburn: Faiyā Ryūkendō) ialah bentuk kuasa tinggi Ryukendo pertama yang dihidupkan Kunci Api. Dalam bentuk ini, Ryukendo boleh menyeru JuuOh peribadinya, Kong Api (Jepun: ファイヤーコング, Hepburn: Faiyā Kongu). Ryukendo Api menggunakan pelbagai serangan berasaskan api. Serangan peleraiannya ialah "Libasan Api" (Jepun: 火炎斬り, Hepburn: Kaen Giri).
  • Ryukendo Aqua (Jepun: アクアリュウケンドー, Hepburn: Akua Ryūkendō) ialah bentuk kuasa tinggi Ryukendo kedua yang dihidupakn Kunci Aqua, di mana dia mampu mengawal air dan ais. Jerung Aqua (Jepun: アクアシャーク, Hepburn: Akua Shāku) adalah JuuOh Ryukendo bagi bentuk ini. Serangan peleraiannya ialah "Libasan Beku" (Jepun: 氷結斬り, Hepburn: Hyōketsu Giri).
  • Apabila Kenji pertama kali menggunakan bentuk Ryukendo Petirnya (Jepun: サンダーリュウケンドー, Hepburn: Sandā Ryūkendō), dia tidak dapat bertukar. Namun begitu, tidak lama kemudian dia berjaya menghidupkan Kunci Petir dan memperoleh JuuOhnya bernama Thunder Eagle (Jepun: サンダーイーグル, Hepburn: Sandā Īguru). Kuasa-kuasa Ryukendo Kilat termasuklah kilat dan elektrik, dan serangan peleraiannya ialah "Libasan Kilat" (Jepun: 雷鳴斬り, Hepburn: Raimei Giri).

Madan Jushi Ryuguno sunting

Juushirou Fudou (Jepun: 不動銃四郎, Hepburn: Fudō Jūshirō)/Madan Jushi Ryuguno (Jepun: 魔弾銃士リュウガンオー, Hepburn: Madan Jūshi Ryūgan'ō) sudah lama bertugas sebelum Ryukendo menjelma. Dia tidak suka orang lain memanggilnya "Orang Tua", iaitu jolokan yang direka oleh Kenji meskipun usia Fudou cuma 25 tahun. Tidak lama kemudian, adalah diketahui bahawa Fudou dan Kenji merupakan gandingan yang ditentukan takdir selepas Kenji tergelincir melalui ruang masa.

Fudou dan GouRyuGun kuat ikatannya, lebih kuat berbanding ikatan Kenji dan GekiRyuKen pada mulanya. Apabila Fudou memasukkan RyuGun Key ke dalam GouRyuGun, dia boleh bersepadu dengan GouRyuGun untuk menjadi Madan Jushi Ryuguno. Panggilan penukarannya ialah "GouRyu Henshin!" (Jepun: 剛龍変身)

Pautan luar sunting