Madrasah Idrisiah ialah sebuah sekolah agama terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Ia mula dibina pada 1917 dan memulakan operasi pada tahun 1922 (1340 H). Ia dinamakan sempena pengasasnya iaitu Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar. Sekolah ini merupakan sekolah menengah agama diraja pertama di negeri Perak. Kedudukannya yang terletak di kawasan istana raja telah menunjukkan bahawa madrasah ini merupakan sebuah sekolah yang didokongi oleh sultan, pembesar-pembesar istana dan juga golongan ulama.

Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar
Logo Madrasah Idrisiah
Lokasi
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, 33000, Perak
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, madrasah
Motoمسلم نمرة واحدة

Muslim Numrah Wahidah

Berilmu, beriman, beramal
Ditubuhkan1922
PengasasSultan Iskandar Shah
Nombor sekolah05-7761961
PengetuaUstaz Khairul Anwar El Syazalli bin Musa
Laman sesawang

Sejarah sunting

Penubuhannya diasaskan atas titah Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah (1887-1916 M), Sultan Perak ke-28 dan kedudukan sekolah ini terletak di Bukit Chandan Kuala Kangsar serta berhadapan dengan Masjid Ubudiah yang merupakan masjid terawal dibina dan menjadi simbol keagungan serta peradaban Islam di Perak. Nama Idrisiah diambil sempena nama Sultan Idris yang menjadi pengasas kepada penubuhan sekolah ini dan yang pentingnya ia menggambarkan peranan istana dalam pembinaan sebuah sekolah agama yang bersistem pada waktu itu.

Penubuhan madrasah ini berkait rapat dengan peranan ulama’ seperti Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir (Pak Wi) untuk mengemudi sebuah institusi harapan sultan ketika itu. Sebelum madrasah ini mendapat nama ia lebih dikenali sebagai Madrasah Mariah iaitu sebuah institusi yang memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak perempuan yatim sahaja di Perak. Madrasah ini menjadi pendorong kepada tertubuhnya sebuah sekolah yang lebih berprestij dan akhirnya kedua-dua institusi ini iaitu Madrasah Mariah dan Madrasah Idrisiah diletakkan di bawah pentadbiran yang berasingan. Ia didirikan di atas tanah wakaf yang telah dihadiahkan oleh permaisuri Sultan Idris, Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah Haji Sulaiman. Namun, permintaan yang tinggi daripada rakyat setempat agar dibuka sekolah untuk kanak-kanak lelaki turut meningkat, maka baginda telah bercadang untuk membuka Madrasah Idrisiah sebagai pusat pembelajaran kepada mereka.

Sebagai langkah awal, baginda dengan penuh rasa tanggungjawab telah mewakafkan 3 ekar tanahnya untuk pembinaan madrasah dan didirikan lima buah bangunan iaitu 3 buah rumah guru, sebuah pejabat (Rumah Bulat) dan bangunan induk (asrama dan kelas) Baginda juga turut mewakafkan 23 buah kedai di pekan Kuala Kangsar sebagai sumber ekonomi sekolah untuk menampung perbelanjaan dan memastikan agar pentadbiran madrasah Idrisiah berjalan dengan baik. Harta yang diwakafkan itu turut dibahagikan kepada Masjid Ridzwaniah dan makam diraja al-Ghufran di Bukit Chandan. Walau bagaimanapun, amat mendukacitakan apabilabaginda sultan tidak sempat melihat tertegaknya Idrisiah dan perkembangan pendidikan agama yang berlangsung ke atas anak Melayu Perak pada waktu itu kerana baginda telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1918.Baginda sewaktu hayatnya seorang yang sangat mencintai ilmu agama dan memuliakan ulama. Antara ulama besar yang hidup sezaman dengan baginda ialah Tuan Haji Nawawi atau Pak Wi, Tuan Yunus Malim Nawar dan Tuan Haji Wan Muhammad yang merupakan mufti Perak pertama secara tidak rasmi. Tuan ini hidup hingga ke zaman pemerintahan anakanda baginda iaitu Al-Marhum Sultan Alang Iskandar 1918-1938.

Selepas kemangkatan almarhum Sultan Idris, segala tugas dan peranan untuk memastikan pembinaan sekolah ini diteruskan maka ia telah diambil alih oleh anakandanya iaitu Sultan Iskandar Shah. Baginda telah bertanggungjawab dalam memantau pergerakan dan pembinaan madrasah sehingga Ogos 1921. Akhirnya pada Ogos 1922 madrasah Idrisiah telah siap dibina dan memulakan pengajiannya dengan mengambil seramai 23 orang lelaki yatim sebagai penuntut sulungnya.

Kepemimpinan sunting

Mudir sunting

# Penyandang Tempoh khidmat
1 Tuan Haji Muhammad bin Haji Salleh 1922 - 1924
2 Syeikh Abdullah Maghribi 1924 - 1932
3 Syeikh Abdullah Fahim bin Haji Ibrahim 1932 - 1948
4 Syeikh Zubir bin Ahmad al-Filfulani 1948 - 1976
5 Dato' Haji Abu Hassan bin Abdul Majid 1976 - 1983
6 Tuan Haji Nawawi bin Hassan 1983 - 1985
7 Ustaz Musa bin Zainudin 1985 - 1999
8 Tuan Haji Kamaruddin bin Ahmad 1999 - 2010
9 Ustaz Khairul Anwar El Syazalli bin Musa 2011 - kini

Society for Madrasah Idrisiah Alumni (SMIdrA) sunting

 
Logo Society for Madrasah Idrisiah Alumni (SMIdrA) 2023
 
Logo Society for Madrasah Idrisiah Alumni (SMIdrA) 2018-2022


Society for Madrasah Idrisiah Alumni (SMIdrA) ataupun Persatuan Alumni Madrasah Idrisiah merupakan sebuah persatuan untuk mengumpulkan semua bekas-bekas pelajar dari Madrasah Idrisiah untuk sama-sama membantu Madrasah Idrisiah dalam menempuh pelbagai cabaran untuk meneruskan legasi pendidikan yang terbaik. Persatuan ini ditubuhkan semula pada 2018 dengan menggantikan Persatuan Bekas Pelajar Madrasah Idrisiah yang lama.

# Bekas Pelajar Madrasah Idrisiah Tahun
1 Allahyarham Sahibus Samahah Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Harussani Zakaria (Mufti Perak 1985-2021) 1957-1959
2 Ustaz Khairul Anwar El Syazalli bin Musa (Pengetua Madrasah Idrisiah)
3 Encik Faisalludin bin Mohamat Yusuff (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara)
4 Profesor Dr. Zulkifli bin Hasan (Senator Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 12/12/2023 - 11/12/2026)

Batch 93 Madrasah Idrisiah (2015-2019) sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  • Nor Adina Binti Abdul Kadir (2010). "Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak : sejarah dan sumbangannya terhadap pendidikan Islam dari tahun 1985-1999" (PDF). Universiti Malaya. Dicapai pada 24 April 2021.