Mae Carol Jemison (lahir 17 Oktober 1956) ialah seorang jurutera, ahli fizik dan angkasawati dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan angkasawan warga berkulit hitam pertama yang memasuki orbit Bumi melalui kapal angkasa Endeavour pada 12 September 1992.

Mae Jemison
Jemison pada Julai 1992
Kelahiran
Mae Carol Jemison

(1956-10-17) 17 Oktober 1956 (umur 67)
StatusBersara
WarganegaraAmerika
PekerjaanAhli fizik
Profesor kolej
Kerjaya angkasa
NASA
Tempoh di angkasa
190 h 30 min 23 s
Pemilihan1987 NASA Group
MisiSTS-47
Lambang misi
STS-47

Biografi sunting

Awal hidup dan pendidikan sunting

Mae Carol Jemison lahir di Decatur, Alabama pada 17 Oktober 1956,[1][2] Beliau merupakan anak bongsu kepada Charlie Jemison, seorang penyelia selenggara sebuah pertubuhan amal, dan Dorothy Green, seorang guru bahasa Inggeris dan Matematik di Beethoven School, Chicago.[3][4] Ketika Mae berusia 3 tahun, keluarganya berpindah ke Chicago, Illinois agar dapat merebut peluang pekerjaan dan pendidikan yang lebih banyak dan bagus di sana.

Beliau meneruskan pengajian tingginya ke Universiti Stanford pada usia 16 tahun.[5] Beliau memperoleh ijazah M.D.<nowiki>nya di Kolej Perubatan Cornell pada tahun 1981[1] Beliau menjadi staf pelatih di Pusat Perubatan Los Angeles County-USC lalu menjadi pakar bertauliah di sana.[1] Setelah beliau menghabiskan latihan perubatannya, beliau menyertai Peace Corps di mana beliau berkhidmat sebagai seorang Pegawai Perubatan untuk misi-misi di Liberia dan Sierra Leone antara tahun 1983 dan 1985.[6] Beliau turut bekerja dalam projek penyelidikan Pusat Kawalan Penyakit bagi membangunkan pelbagai vaksin penyakit.[7]

Sebagai angkasawan sunting

Berikutan kejayaan Sally Ride pada tahun 1983, ditambah lagi dengan melihat lakonan Nichelle Nichols sebagai watak Uhura dalam siri Star Trek,[5] Jemison memutuskan untuk menyertai program angkasawan NASA. Keadaan tersebut sedikit terhalang semasa bencana kapal Challenger tahun 1986,[8] namun beliau dapat diterima juga memasuki program tersebut setahun kemudian.[2]

Penulisan sunting

  • Jemison, Mae (2001). Find where the wind goes: moments from my life. New York: Scholastic. ISBN 978-0-439-13196-4. OCLC 44548911.
  • Jemison, Mae (2001). S.E.E.ing the Future: Science, Engineering and Education (PDF). Hanover, NH: Dartmouth College. m/s. 56. ERIC ED464816.
  • "Outer Space: The Worldly Frontier" - sebuah cerita pendek dalam antologi Sisterhood Is Forever: The Women's Anthology for a New Millennium (2003) suntingan Robin Morgan.[9]
  • Jemison, Mae; Rau, Dana Meachen (2013). Journey Through Our Solar System (True Books: Dr. Mae Jemison and 100 Year Starship). Scholastic. ISBN 978-0531240618.
  • Jemison, Mae; Rau, Dana Meachen (2013). Discovering New Planets (True Books: Dr. Mae Jemison and 100 Year Starship). Scholastic. ISBN 978-0531240632.
  • Jemison, Mae; Rau, Dana Meachen (2013). Exploring Our Sun (True Books: Dr. Mae Jemison and 100 Year Starship). Scholastic. ISBN 978-0531240625.
  • Jemison, Mae; Rau, Dana Meachen (2013). The 100 Year Starship (True Books: Dr. Mae Jemison and 100 Year Starship). Scholastic. ISBN 978-0531240601.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Black women in America. Hine, Darlene Clark. (ed. ke-_). Oxford: Oxford University Press. 2005. m/s. 140. ISBN 0195156773. OCLC 57506600.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b "Mae C. Jemison". Biography.com. Dicapai pada 1 Mac 2017.
  3. ^ "Woman in the News; A Determined Breaker of Boundaries – Mae Carol Jemison". The New York Times. 13 September 1992. Dicapai pada 14 September 2011.
  4. ^ "Dorothy Mae Green Jemison, Educator". Chicago Sun Times. 3 November 1993.
  5. ^ a b Jesse Katz. "Shooting Star: Former Astronaut Mae Jemison Brings her Message Down to Earth" (PDF). Stanford Today, July–August 1996. Dicapai pada 14 September 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  6. ^ Black women in America. Hine, Darlene Clark. (ed. ke-2). Oxford: Oxford University Press. 2005. m/s. 140–1. ISBN 0195156773. OCLC 57506600.CS1 maint: others (link)
  7. ^ Nick Greene (October 1956). "Space/Astronomy 'Not Limited By The Imagination of Others'". About.com. Dicapai pada 14 September 2011.
  8. ^ Black women in America. Hine, Darlene Clark. (ed. ke-9). Oxford: Oxford University Press. 2005. m/s. 141. ISBN 0195156773. OCLC 57506600.CS1 maint: others (link)
  9. ^ "Library Resource Finder: Table of Contents for: Sisterhood is forever : the women's anth". Vufind.carli.illinois.edu. Dicapai pada 2015-10-15.

Pautan luar sunting