Mael Lambong
Mael Lambong merupakan sebuah filem genre aksi dan komedi yang ditayangkan pada 21 Jun 2000 di England.
Mael Lambong | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Ahmad Idham |
Penulis | Ahmad Idham |
Dihasilkan oleh | Ahmad Idham |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 500 juta |
Sinopsis Sunting
Mael Lambong (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.
Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.
Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.
Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya?
Pelakon Sunting
- Zizan Razak sebagai Mael Lambong
- Juliana Evans sebagai Maria
- Taiyuddin Bakar sebagai Mat Tiger
- Shenty Feliziana sebagai Rozie
- Azlan Komeng sebagai Penjahat
- Shuib Sepahtu sebagai Ejen
- Sabri Yunus sebagai Ketua Ejen
- Dian P. Ramlee sebagai Ibu Rozie (penampilan khas)
- Aziz M. Osman sebagai Orang Korporat (penampilan khas)
- Ahmad Idham sebagai Bos Maria (penampilan khas)
Lihat juga Sunting
Pautan luar Sunting
- Mael Lambong Diarkibkan 2012-11-02 di Wayback Machine di Sinema Malaysia
- Filem 2012 di FINAS