Mael Totey The Movie

Mael Totey The Movie ialah sebuah filem komedi Malaysia 2020 tulisan, terbitan dan arahan sulung selebriti internet Syahmi Sazli.[4][5][6] Diadaptasi daripada drama pendek YouTube, Mael Totey juga arahan dan terbitan Syahmi, ia berkisarkan seorang pemuda lurus bendul yang berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya. Filem ini dibintangi oleh Syahmi sendiri sebagai watak tajuk, Emaleen Minhad, Aween Ismail, Asif Suhaimi dan Yoe Parey. Filem ini ditayangkan pada 22 Oktober 2020 di Astro First.[7][8][9]

Mael Totey The Movie
PengarahSyahmi Sazli
PenulisSyahmi Sazli
BerdasarkanMael Totey oleh Syahmi Sazli
Dihasilkan oleh
  • Syahmi Sazli
  • Annisa Faizul
Dibintangi
SinematografiMohd Ridhuwan Zainal Abidin
Disunting oleh
  • Harith Aiman
  • Syahmi Sazli
Syarikat
penerbitan
Syahmi Sazli Productions
Tarikh tayangan
22 Oktober 2020 (Astro First)
Masa tayangan
103 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM400 ribu[1]
Pecah panggungRM9 juta[2][3]

Plot sunting

Mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Pelakon sunting

Utama sunting

Pembantu sunting

  • Yatin sebagai dirinya sendiri
  • Samsol Mat Yasin sebagai Bedol
  • Anissa Faizul sebagai Zaiton
  • Putry Mohd sebagai Putry
  • Sai Kamal sebagai Sai
  • Faidah Qistina sebagai Qistina

Undangan sunting

Penerbitan sunting

Mael Totey The Movie merupakan filem cereka sulung arahan selebriti YouTube, Syahmi Sazli.[10] Ia berdasarkan daripada drama pendek 8 episod, Mael Totey yang dihasilkan oleh Syahmi sendiri.[4] Kos pembikinan filem ini mencecah sebanyak RM400,000,[1] wang simpanan miliknya sejak mula aktif di YouTube pada 2016.[4] Dalam temuramah bersama Berita Harian, Syahmi berkata idea untuk Mael Totey The Movie tercetus selepas filem Syif Malam Raya lakonan bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey mendapat sambutan positif.[4] Penggambaran dijalankan selama 14 hari bermula 12 Julai dan berakhir pada 25 Julai 2020.[4]

Untuk filem ini, beliau perlu menghadapi pelbagai proses yang dianggap masih baru buatnya termasuk proses suntingan,[1] malah terpaksa ke Kuala Lumpur dengan tujuan bagi mendapatkan permohonan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).[1] Syahmi turut menjelaskan dua minggu sebelum penggambaran, beliau perlu berdaftar dengan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).[1]

Untuk pemilihan pelakon, Syahmi menggunakan khidmat pelakon amatur berstatus golongan istimewa, seperti Asif Suhaimi, Yoe Parey dan Emaleen Minhad. Manakala barisan pelakon ternama yang terlibat termasuk Kamarool Yusoof dan Aznah Hamid.[11] Bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, Aween Ismail memegang watak sebagai Yaya, ia merupakan filem sulung lakonannya sebagai pelakon utama.[12]

Tetapan sunting

Menurut Syahmi, Mael Totey The Movie menggunakan 30 peratus lawak spontan dan selebihnya ialah skrip yang ditulisnya sendiri.[7] Menulis untuk Astro Gempak, Hanafis Haris berpendapat bahawa dialog Kelantan yang digunakan dalam filem ini "tidak kekok dan kaku" sambil menambah "sangat santai seperti kita bersembang".[7] Dr. Riduan Mohd Noor, menulis untuk Harakah, berpendapat bahawa sesebuah filem seperti Mael Totey: The Movie boleh berjaya tanpa adegan ranjang dan panas sekaligus membuktikan bahawa filem patuh Syariah juga boleh berjaya dan mempunyai khalayak penonton yang tersendiri.[13]

Keluaran dan sambutan sunting

Mael Totey The Movie dikeluarkan pada 22 Oktober 2020 di Astro First.[8] Ia diiklankan sebagai sebuah filem wajib tonton semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).[7] Sebelum tayangan perdana rasmi, treler acah dan rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Astro Shaw pada 15 Oktober 2020.[14] Sejak dikeluarkan, ia telah ditonton sebanyak 192,000 kali dan berada di kedudukan ke-14 video paling sohor kini.[14] Ia turut dikeluarkan di saluran YouTube Astro Gempak dan meraih sebanyak 16,000 jumlah tontonan, manakala video acahnya yang berdurasi 30 saat telah dimuat naik di Facebook Syahmi Sazli Production dan telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta.[14]

Pada hari pertama tayangan perdana rasmi, filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM700,000, melepasi kos pembikinan filem sebanyak RM400,000.[15][16] Dalam tempoh empat hari selepas tayangan perdana rasmi, filem ini berjaya meraih kutipan RM2.56 juta.[17][18] Menjelang hari kelapan tayangan, Mael Totey The Movie meraih kutipan tertinggi sebanyak RM4 juta setakat pada 29 Oktober 2020.[19] Kutipan terus meningkat kepada RM5 juta menjelang hari ke-12.[20] Mael Totey The Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.4 juta sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh Polis EVO (2015) dan Hantu Kak Limah (2018).[20][21][22][2]

Filem ini mendapat ulasan positif dan bercampur daripada pengkritik filem. Dalam ulasan retrospektif untuk Mael Totey The Movie, Hanafis Haris dari Astro Gempak menakrifkan filem ini sebagai sebuah karya "penuh elemen dan kejutan" sambil berpendapat "lawak dalam Mael Totey The Movie boleh dipelbagaikan, supaya boleh menarik lebih ramai penonton yang tidak pernah menonton drama spontan".[23]

Kritikan sunting

Tidak lama selepas Mael Totey The Movie dikeluarkan, ia mendapat kritikan daripada ramai pihak termasuk pelakon dan pengarah, Ellie Suriati yang mendakwa penerbitan filem itu tidak mencapai piawaian dan tidak layak menjadi penanda aras bagi penerbitan karya kreatif.[24] Pelakon Adi Putra menunjukkan tanda sokongan beliau terhadap filem ini, malah memberikan kata-kata semangat kepada Syahmi dan kru filem itu menerusi laman Instagram beliau.[25] Ghaz Abu Bakar, terkenal dengan filem Polis EVO (2015) arahannya, menyifatkan kejayaan Mael Totey The Movie sebagai rezeki Syahmi dan berkata: "Apapun tahniah atas kejayaan Syahmi. Syabas kerana berani keluarkan modal melangkah ke dalam industri perfileman Malaysia. Harap ini permulaan terbaik buatnya dan jangan patah semangat dengan komen negatif warganet dan sebagainya. Teruskan usaha dan buat apa yang orang suka,".[26] Syamsul Yusof, terkenal dengan filem Munafik (2016) arahannya, pula memuji kejayaan Syahmi sebagai seorang pengkarya muda dan berkata: "Kami pun saling mengikuti perkembangan masing-masing di Instagram. Bagi saya kutipan yang diperoleh itu sangat baik. Memang saya tahu bajet filemnya rendah. Dia bukan pembikin filem profesional tapi saya tetap hormat kerana dia tahu sasaran peminatnya".[26] Syahmi kemudian mengatakan beliau tidak mudah melatah meskipun filem sulung arahannya mendapat kritikan pihak tertentu termasuk penggiat seni.[27]

Kontroversi sunting

Tidak lama selepas ia dikeluarkan, Mael Totey The Movie menjadi mangsa lanun cetak rompak apabila ia disebarkan di platform media sosial secara tidak sah. Syahmi meluahkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir individu yang menonton filem itu secara haram.[28] Dalam temuramah bersama The Star Online, beliau berkata: "Walaupun filem dikira berjaya pecah tradisi tapi saya rasa terkilan dengan segelintir pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan filem itu secara haram,".[29]

Pada 30 Oktober 2020, Finas menerusi CEO, Ahmad Idham memberi amaran keras terhadap pihak yang terlibat dalam penyebaran filem itu melalui media sosial, laman e-dagang dan laman web tanpa lesen pengedaran yang sah, agar menghentikan kegiatan haram mereka serta-merta sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang terlibat.[30]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Ridzuan Abdul Rahman (24 Oktober 2020). "RM400,000 untuk Mael Totey". Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2020.
  2. ^ a b Khai Azfar (16 November 2020). "RM6.4 juta kutipan! Mael Totey The Movie, filem paling laris di Astro First". Murai.my. Dicapai pada 20 November 2020.
  3. ^ Melanie Chalil (16 November 2020). "Mael Totey The Movie his highest-grossing film on Astro First, surpassing Polis Evo and Hantu Kak Limah" [Mael Totey The Movie ialah filem kutipan tertinggi di Astro First, melepasi Polis Evo dan Hantu Kak Limah] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 21 November 2020.
  4. ^ a b c d e Fatin Farhana Ariffin (29 Oktober 2020). "Penangan Mael Totey". Berita Harian. Dicapai pada 20 November 2020.
  5. ^ Aqmar Mustaza (22 Oktober 2020). "Dari YouTube ke filem, Syahmi Sazli pertaruh Mael Totey The Movie". Sinar Harian. Dicapai pada 20 November 2020.
  6. ^ Budiey (16 Oktober 2020). "Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli sedia dikritik, lakomam Asif, Yoe dinantikan peminat". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 November 2020. Siapa sangka daripada menghasilkan video pendek untuk saluran YouTube miliknya, akhirnya impian Syahmi Sazli untuk menerbitkan sebuah filem komedi menjadi kenyataan.
  7. ^ a b c d Hanafis Haris (29 Oktober 2020). "Penuh pengajaran dan kejutan! Ini 10 perkara menarik anda perlu tahu tentang Mael Totey: The Movie". Astro Gempak. Dicapai pada 20 November 2020.
  8. ^ a b Nisa Irina (20 Oktober 2020). "Mael Totey The Movie temui penonton di Astro First". Cinema Online. Dicapai pada 20 November 2020.
  9. ^ "Mael Today The Movie cipta kejayaan YouTuber dalam filem". Free Malaysia Today. 28 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-28. Dicapai pada 20 November 2020.
  10. ^ Faizul Hakimi (16 Oktober 2020). "Dulu rekod video pakai telefon, kini filem sulung Syahmi bakal ditayang di Astro First". Sinar Harian. Dicapai pada 21 November 2020.
  11. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Jun 2020). "Kawe mesti boleh!". Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2020.
  12. ^ ""Tiada sentuhan lelaki perempuan" - Mael Totey, filem pertama Aween Ismail". Remaja. 21 Oktober 2020. Dicapai pada 21 November 2020.
  13. ^ Riduan Mohd Noor (31 Oktober 2020). "Mael Totey The Movie: Antara unsur didaktik dan komersialisme". Harakah Daily. Dicapai pada 20 November 2020.
  14. ^ a b c Hanafis Haris (16 Oktober 2020). "Belum apa-apa, sudah 1.2 juta tontonan teaser trailer Mael Totey buat peminat tak senang duduk". Astro Gempak. Dicapai pada 21 November 2020.
  15. ^ Hanafis Haris (23 Oktober 2020). "Mael Totey The Movie tunjuk taring! Kutipan cecah RM700,00 pada hari pertama tayangan". Astro Gempak. Dicapai pada 20 November 2020.
  16. ^ Madiha Abdullah (23 Oktober 2020). "Mael Totey The Movie kutip hampir RM700,00 pada hari pertama tayangan". Astro Awani. Dicapai pada 20 November 2020.
  17. ^ Syafil Syazwan Jefri (26 Oktober 2014). "Empat hari tayangan, Mael Totey The Movie kutip RM2.56 juta". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2020.
  18. ^ Qarami Hashim (26 Oktober 2020). "Fenomena 'Mael Totey The Movie', pecah rekod kutipan tertinggi RM2.56 juta dalam tempoh 4 hari". mStar Online. Dicapai pada 20 November 2020.
  19. ^ "Tapau bersih! Kutipan filem Mael Totey cecah RM4 juta dalam 8 hari". BuzzKini. 30 Oktober 2020. Dicapai pada 20 November 2020.
  20. ^ a b "Mael Totey The Movie pecah rekod filem paling laris kalahkan Polis Evo dan Hantu Kak Limah". mStar Online. 16 November 2020. Dicapai pada 20 November 2020.
  21. ^ Ridzuan Abdul Rahman (16 November 2020). "Masih terkejut filem dapat RM6.4 juta". Harian Metro. Dicapai pada 20 November 2020.
  22. ^ Nadia Azam (16 November 2020). "Mael Totey The Movie kutip RM6.4 juta". Malaysiakini. Dicapai pada 20 November 2020.
  23. ^ Hanafis Haris (26 Oktober 2020). "Gempak Review: Lawak spontan, sindiran halus memartabatkan OKU, filem Mael Totey The Movie cukup mahal". Astro Gempak. Dicapai pada 21 November 2020.
  24. ^ Nur Syamimi (13 November 2020). "Ellie Suriati kritik filem Mael Totey The Movie tidak capai standard, Syahmi Sazli kekal tenang terima teguran". The Vocket. Dicapai pada 20 November 2020.
  25. ^ Farizan Zainal (16 November 2020). "Adi Putra pertahan karya Mael Totey The Movie". Rotikaya. Dicapai pada 20 November 2020.
  26. ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (27 Oktober 2020). "Syamsul Yusof, Ghaz Abu Bakar 'respek' Syahmi Sazli". Harian Metro. Dicapai pada 21 November 2020.
  27. ^ Hans Yusoff (12 November 2020). "Tidak melatah dikritik, Syahmi seru terus sokong Mael Totey The Movie". The Malay Mail. Dicapai pada 20 November 2020.
  28. ^ "Mael Totey The Movie dirompak". Berita Harian. 30 Oktober 2020. Dicapai pada 21 November 2020.
  29. ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Oktober 2020). "Syahmi Sazli kecewa ada yang mengaku tonton Mael Totey The Movie cara haram - "Kasihanilah kru dan pelakon istimewa yang bekerja dari 8 pagi sampai 12 malam"". mStar Online. Dicapai pada 21 November 2020.
  30. ^ Nadia Azam (30 Oktober 2020). "Finas beri amaran pihak sebar Mael Titey The Movie secara haram". Malaysiakini. Dicapai pada 21 November 2020.

Pautan luar sunting