A. P. Moller-Maersk Group

(Dilencongkan dari Maersk Sealand)

Koordinat: 55°41′14.81″N 12°35′53.28″E / 55.6874472°N 12.5981333°E / 55.6874472; 12.5981333

A.P. Moller - Maersk Group (bahasa Denmark: A.P. Møller - Mærsk Gruppen) atau Maersk ialah sebuah syarikat konglomerat dari Denmark.[1] Maersk menjalankan aktiviti perniagaan dalam pelbagai sektor terutamanya pengangkutan dan tenaga. Ia merupakan syarikat pengendali kapal kontena dan kapal pengangkut yang terbesar di dunia.[2] A.P. Moller - Maersk berpangkalan di Copenhagen, Denmark, dengan syarikat subsidiari dan pejabat urusan di 130 negara di dunia dan tenaga kerja sekitar 12,0000 orang.[1] Ia disenaraikan pada kedudukan 106 dalam Fortune Global 500 pada tahun 2009.[3]

A.P. Møller - Mærsk Gruppen
Jenis/bentuk sahAwam
OMXMAERSK A
MAERSK B
ISINDK0010244508 Sunting ini di Wikidata
IndustriPengangkutan, Tenaga, Offshore, Peruncitan, Perindustrian, Perbankan
Ditubuhkan1904; 120 tahun yang lalu (1904)
PengasasArnold Peter Møller Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatCopenhagen, Denmark
Tokoh pentingNils Smedegaard Andersen (CEO)
Michael Pram Rasmussen (Pengerusi lembaga)
KeluaranPerkapalan
HasilUS$61.211 bilion (2008)
Pendapatan kendalian30,860,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) Sunting ini di Wikidata
Pendapatan bersihUS$3.462 bilion (2008)
Modal25,256,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2018) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset56,600,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2018) Sunting ini di Wikidata
Jumlah ekuiti33,392,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2018) Sunting ini di Wikidata
PemilikA.P. Møller Holding, A.P. Møller og Hustru Chastine McKinney Møllers Familiefond, Den A.P. Møllerske Støttefond Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan120,000 (2009)
Anak syarikatMaersk Air, Maersk Air UK, Odense Steel Shipyard, Maersk Line, Maersk Drilling, APM Terminals, Farrell Lines, Safmarine, Suez Canal Container Terminal, Poti Sea Port, Maersk Tankers, Svitzer, Mærsk Supply Service, Total E&P, Aliança Navegação e Logística, Maersk Drilling Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.maersk.com
Twitter: Maersk Instagram: maersk_official Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Emma Mærsk, kapal kontena yang terbesar di dunia.

A.P. Moller - Maersk Group bermula dengan syarikat perkapalan Dampskibsselskabet Svendborg yang diasaskan oleh kapten Peter Mærsk-Møller dan anaknya Arnold Peter Møller di Svendborg, pada tahun 1904.[1]

Aktiviti perniagaan A.P. Moller - Maersk boleh dibahagikan kepada lapan segmen perniagaan:[1]

  • Perkapalan, kontena dan aktiviti berkaitannya - Maersk Line, Safmarine, Damco, Maersk Line, Limited (berpangkalan di Amerika Syarikat) dan lain lain lagi.[4]
  • Terminal kontena - APM Terminals International yang berpangkalan di Den Haag, Belanda mengendalikan sehingga 50 terminal kontena di seluruh dunia.
  • Kapal tangki, kapal pesisir - Maersk Tankers, Maersk Supply Service, Maersk Drilling, Maersk FPSOs, Maersk LNG, Svitzer dan Norfolkline.[4]
  • Industri minyak dan gas - Maersk Oil (bahasa Denmark : Mærsk Olie og Gas A/S)
  • Peruncitan - Dansk Supermarket Group - mengoperasikan rangkaian pasaraya Bilka, Føtex, F. Salling dan Netto.[4]
  • Pembinaan kapal - Odense Steel Shipyard Group mengoperasikan limbungan-limbungan Odense Steel Shipyard, Denmark; Loksa Shipyard, Estonia; Baltija Shipbuilding Yard JSC, Lithuania; UAB Baltic Engineering Centre, Lithuania.[4]
  • Syarikat industri yang lain - Rosti (pengeluar produk plastik), Star Air (syarikat penerbangan)
  • Perbankan - A.P. Moller - Maersk memegang 20% saham dalam Danske Bank, antara bank terbesar di Scandinavia.[4]

Nota sunting

  1. ^ a b c d "Maersk Tanker's website". Maersk.com. 2007. Dicapai pada 2007-12-04.
  2. ^ "Container shipping". Economist.com. 2005-05-11. Dicapai pada 2007-12-04. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ "Fortune 500". Fortune. 2009. Dicapai pada 2009-07-13.
  4. ^ a b c d e "Annual Report 2008". shareholders.maersk.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-17. Dicapai pada 2009-07-20.

Rujukan sunting

  • Peter Suppli Benson, Bjørn Lamnek and Stig Ørskov: Mærsk · manden og magten, Politiken Bøger, 2004 ("Maersk · The Man and Power", in Danish).
  • Lotte Folke Kaarsholm, Cavling Prize recipient Charlotte Aagaard (Information) and Osama Al-Habahbeh (Al-Jazeera in Denmark): Iraqi Port Weathers Danish Storm, CorpWatch, 31/1/2006.
  • Christian Jensen, Tomas Kristiansen and Karl Erik Nielsen: Krigens købmænd, Gyldendal, 2000 ("The Merchants of War", in Danish).

Pautan luar sunting