Buka menu utama

Mae-un tang adalah masakan Korea berupa sup ikan rebus pedas dengan gochujang (pes cili merah Korea), kochukaru (serbuk cili), dan pelbagai sayur-sayuran.[1] Namanya adalah gabungan dua perkataan: maeun, yang berasal dari maepda (맵다), yang bermaksud "panas dan pedas"; dan tang, yang bermaksud "sup". Bahan utamanya adalah ikan aiur tawar atau air laut dipotong kepada beberapa ketul dan direbus dengan kisaran daging lembu, sayuran hijau seperti selada air dan kalungan kekwa. Bawang, lobak, cili, mahkota daisi, bawang putih, dan kadang kala zukini dan tauhu ditambah kepada campuran untuk menyerap pes cili yang merupakan perasa utama hidangan ini. Ia kemudian diperisakan dengan serbuk cili, bawang putih, kicap, dan tambahan gochujang boleh ditambah sekali lagi sehingga secukup rasa.

Maeuntang
Korea-Gyeongju-Gampo Port-Maeuntang-01.jpg
JenisGuk
Tempat asalKorea
Bahan utamaIkan, gochujang, kochukaru (serbuk cili), sayuran
di Wikibuku Buku Masakan: Maeuntang  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Maeuntang
Hangul매운탕
Hanja매운
Perumian SemakanMaeuntang
McCune–ReischauerMaeunt'ang

Restoran yang menawarkan hidangan ini sering membenarkan pelanggan untuk memilih ikan dari akuarium. Banyak restoran makanan laut khusus mempunyai beberapa akuarium untuk memilih ikan. Ikan popular untuk hidangan ini mungkin termasuk ikan merah, ikan siakap, corvina kuning, ikan kod, ikan raja, pollock, dan juga ikan air tawar seperti ikan kap dan trout. Di samping itu, kerang-kerangan lain seperti ketam, kima, dan tiram boleh juga ditambah ke dalam sup ini untuk melengkapkan dan meningkatkan pedas yang dirasakan belum mencukupi.

Sup ini adalah salah satu hidangan Korea yang paling popular ketika minum soju. Jika dipesan dengan hoe di restoran, sup sering dibuat dari bahagian sisa ikan tadi.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting