Mafry Balang

Pemain bola sepak Malaysia

Mafry Balang (lahir 26 Mac 1984) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pertahanan untuk Pulau Pinang FA dalam Liga Perdana Malaysia.[1]

Mafry Balang
Maklumat peribadi
Nama penuh Mafry Balang
Tarikh lahir (1984-03-26) 26 Mac 1984 (umur 39)
Tempat lahir Sipitang, Sabah, Malaysia
Ketinggian 1.74 m (5 ka ​8 12 in)
Posisi permainan Pertahanan , Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Pulau Pinang FA
Kerjaya remaja
2002–2004 Pasukan Piala Presiden Sabah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 Sabah FA 6 (0)
2006–2007 Melaka FA 16 (0)
2007–2012 Sabah FA 46 (4)
2012Kelantan FA (pinjam) 10 (0)
2013–2014 Sarawak FA 32 (0)
2015- Pulau Pinang FA 0 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Karier sunting

Mafry membantu Sabah FA layak ke Liga Super Malaysia 2010 dibawah pengurus, Gary Phillips. Dia boleh bermain di pelbagai posisi di barisan pertahanan dan boleh juga beraksi sebagai pemain tengah. Mafry Balang dilepaskan oleh Sabah bersama-sama 13 pemain yang lain untuk musim 2013.[2][3]

Dia menyertai Kelantan FA secara pinjaman untuk kempen Piala Malaysia 2012 bersama-sama Mohd Afiq Azmi dan Mohd Aslam Haja Najmudeen. Mereka membantu Kelantan memenangi trofi itu buat kali kedua.[4][5]

Untuk musim 2013, dia menyertai Sarawak FA. Selepas menghabiskan dua musim bersama Sarawak, Mafry menyertai Pulau Pinang FA untuk musim 2015 bersama-sama rakan sepasukan Sani Anuar Kamsani.

Kejayaan sunting

Kelab sunting

Kelantan FA
Sarawak FA

Rujukan sunting

  1. ^ "Mafry bin Balang - Goal.com". Rs.goal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-17. Dicapai pada 29 November 2012.
  2. ^ Sports247. "Football: Sabah drops 12 players". Sports247.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-19. Dicapai pada 29 November 2012.
  3. ^ http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/63147
  4. ^ "Football Every Day » A journey through Kelantan's dramatic rise in Malaysian football". Football.thestar.com.my. 25 October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-24. Dicapai pada 29 November 2012.
  5. ^ "Kelantan grab Malaysia Cup - Top News - New Straits Times". Nst.com.my. 21 October 2012. Dicapai pada 29 November 2012.