Maghribi

negara berdaulat di Afrika Utara

Maghribi (Jawi: مغربي‎ - Bahasa Arab: المملكة المغربية, translit. Al-Mamlakat al-Maghribīyah; bahasa Amazigh piawai Maghribi: ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmeghrib) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Sempadan selatannya telah dipertikaikan. Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.

Kerajaan Maghribi
كراجاءن مغربي

المملكة المغربيةAl-Mamlakah al-Maghribīyyah
ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmaɣrib
Flag of Maghribi
Jata of Maghribi
Bendera Jata
Cogan kata الله، الوطن، الملك  (Arab)
"Allāh, Al-Waţan, Al-Malik"  (transliteration)
"Allah, Negara, Raja"
Lagu kebangsaanHymne Chérifien
Peta Kerajaan Maghribi
Peta Kerajaan Maghribi
Ibu negaraRabat
34°02′N 6°51′W / 34.033°N 6.850°W / 34.033; -6.850
Bandar terbesarCasablanca
Bahasa rasmiArab
(Arab Maghribi adalah dialek utama)
Bahasa Barbar
(Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol juga digunakan)
KerajaanRaja berperlembagaan
• Raja
Mohammed VI (محمد السادس, ⵎⵓⵃⵎⵎⴷ ⵡⵉⵙⵙ ⵚⴹⵉⵚ)
Aziz Akhannouch (عزيز أخنوش, ⵄⴰⵣⵉⵣ ⴰⵅⵏⵓⵛ)
Keluasan
• Jumlah
710,850 km2 (274,460 bt2)
or 446,550 km2[b]
(ke-40 atau ke-57)
• Perairan (%)
diabaikan
Populasi
• Bancian Penduduk 2019
35,261,311[1]
73.1/km2 (189.3/sq mi)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$324.389 bilion[2]
$9,198[3]
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$200.29 bilion[4]
$5,679[5]
HDI (2019)0.741[6]
tinggi
Mata wangdirham Maghribi
(MAD)
Zon waktuGMT[7]
(UTC)
• Musim panas (DST)
UTC+1 (GMT+1 (DST digantung sewaktu Ramadan) [8])
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+212
Kode ISO 3166MA
Semua data tidak termasuk Sahara Barat, kebanyakannya masih dibawah de facto kawalan pentadbiran Orang Morocco.

Maghribi, sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, merupakan negara Afrika tunggal yang bukan ahli Kesatuan Afrika. Bagaimanpun, Maghribi adalah ahli Liga Arab, Kesatuan Maghrib Arab, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat.

NamaSunting

Nama "Maghribi" ini merupakan kependekan daripada nama penuhnya dalam bahasa Arab iaitu Al-Mamlakah al-Maġribiyyah المملكة المغربية‎ yang bermaksud "Kerajaan Barat"; perkataan "barat" yang merupakan asas nama ini iaitu gharb غرب‎ sama akar dengan perkataan ghurūb غروب‎ yang bermaksud "matahari terbenam" (bandingkan dengan perkataan "maghrib"). Para ahli sejarah biasanya merujuk kepada Maghribi sebagai Al Maghrib al Aqşá ("Yang Paling Barat") untuk membezakannya dengan kawasan sejarah yang digelarkan Maghreb (المغرب العربي; al-Maġrib al-ʿArabī).[9]

Nama Morocco yang digunakan dalam banyak bahasa lain (termasuk "Maroko" dalam baku Indonesia menyerap Bahasa Belanda: Marokko) berasal daripada nama ibu kotanya yang dahulu Murrākusy (Bahasa Arab: مُراكُش); kota tersebut berasal daripada ungkapan bahasa Berber (ⴰⵎⵓⵔ ⵏ ⴰⴽⵓⵛ; amur n akush) yang bermaksud "Tanah Tuhan".[10]

SejarahSunting

Kawasan Maghribi moden telah didiami oleh manusia sejak Zaman Neolitik, iaitu sekurang-kurang sejak 8000 SM ketika kawasan Maghrib adalah kurang kering berbanding dengan hari ini. Kebenaran ini telah diakui oleh tanda-tanda budaya Kapsian.

Banyak ahli-ahli teori mempercayai bahasa Berber mungkin tiba pada masa yang lebih kurang sama dengan pertanian (sila lihat Berber), dan diterimaguna oleh penduduk-penduduk di sana bersama-sama dengan pendatang-pendatang yang membawanya. Analisis genetik moden telah mengesahkan bahawa selain daripada kelompok etnik yang utama, iaitu Berber dan Arab, berbagai-bagai kaum yang lain telah menyumbang kepada penduduk-penduduk kini. Ini termasuk orang-orang Phoenicia, Yahudi Sephardi, serta Afrika Sub-Sahara.

Orang-orang Berber, yang sering dirujuk dalam lingkungan aktivis etnik moden sebagai "Amazigh," lebih biasa dikenali sebagai Berber sahaja, atau mengikut identiti etnik kawasan mereka, umpamanya Chleuh. Pada zaman klasik, Maghribi dikenali sebagai Mauretania, satu nama yang tidak harus dikelirukan dengan negara Mauritania moden.

GeografiSunting

Maghribi berpesisiran dengan Lautan Atlantik, dan memanjang ke Selat Gibraltar sebelum memasuki Laut Mediterranean. Negara ini bersempadan dengan Sepanyol di utara serta Algeria di timur. Di selatan pula terletaknya Sahara Barat, tetapi memandangkan kebanyakan kawasan Sahara Barat dikawal Maghribi, secara de facto, Maghribi bersempadan dengan Mauritania. Kebanyakan kawasan Maghribi adalah bergunung-ganang, dengan kawasan tenggara negara terletak dalam Gurun Sahara. Ibu negara Maghribi ialah Rabat, dengan kota pelabuhan Casablanca merupakan bandar terbesar negara. Bandar-bandar utama lain di Maghribi termasuk Fes dan Marrakesh.

Sementara kawasan utara negara memiliki iklim Mediterranean, kawasan tenggara dan selatan negara pula memiliki iklim gurun.

PolitikSunting

Raja Maghribi ditakrifkan sebagai ketua negara Maghribi dengan seorang Perdana Menteri (kini Aziz Akhannouch) bertindak sebagai ketua kerajaan. Berdasarkan perlembagaan, raja memiliki kuasa-kuasa istiadat serta kuasa-kuasa politik lain. Antara kuasa-kuasanya ialah melantik Perdana Menteri, mengetuai mesyuarat kabinet serta melantik wakil-wakil rakyat. Raja terkini, Muhammad VI merupakan keturunan dinasti Alawi yang memerintah sejak 1660-an, dan dikatakan merupakan wangsa keturunan Nabi Muhammad SAW melalui Hassan bin Ali.[11]

Bahagian perundangan Maghribi merupakan sistem dwidewan yang terdiri daripada Perhimpunan Perwakilan (325 kerusi) dan Perhimpunan Kaunselor (270 kerusi).

RujukanSunting

  1. ^ "Note sur les premiers résultats du Recensement Général de la Population et de l'Habitat 2019". Haut Commissariat au Plan. 2019. Dicapai pada 22 Disember 2015.
  2. ^ "Morocco – GDP (PPP based)". Knoema.
  3. ^ "Morocco – GDP per capita (PPP based)". Knoema.
  4. ^ "Morocco – GDP". Knoema.
  5. ^ "Morocco – GDP per capita". Knoema.
  6. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2016. Dicapai pada 4 April 2016.
  7. ^ L'horaire d'été (GMT+1) maintenu jusqu'au 27 octobre 2013, Ministère de la Fonction Publique et de la Modernisation de l'Administration. Retrieved 20 January 2017.
  8. ^ https://support.microsoft.com/en-us/help/4023136/2017-morocco-ramadan-dst-changes
  9. ^ Yahya, Dahiru (1981). Morocco in the Sixteenth Century. Longman. m/s. 18.
  10. ^ Nanjira, Daniel Don (2010). African Foreign Policy and Diplomacy From Antiquity to the 21st Century. ABC-CLIO. m/s. 208.
  11. ^ Rézette, Robert (1975). The Western Sahara and the Frontiers of Morocco (dalam bahasa Inggeris). Nouvelles Editions Latines. m/s. 47. Moulay Rachid who really founded the dynasty in 1664, was born in Tafilalet of a family that had come from Arabia

Pautan luarSunting

 
Dinding kota di Rabat.


Koordinat: 34°02′N 06°51′W / 34.033°N 6.850°W / 34.033; -6.850