"Magika" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Wani Kayrie. Lagu ini ialah hasil nukilan Omar K, John Jeevasingham, Blaine Bakri (Ikhwan Fatanna) dan Exactesy, dikeluarkan pada 30 Oktober 2019 oleh Suria Records.[1] Tajuk lagu ini diambil sempena filem 2010 bertajuk sama arahan Edry Abdul Halim.

"Magika"
Single oleh Wani Kayrie
Dilancarkan pada30 Oktober 2019
Dirakamkan pada2019
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop, dangdut, elektronik
Panjang3:00
SyarikatSuria Records
Penulis
Kronologi Kronologi single Wani Kayrie
""Saat Terindah"
(2018)"
"Magika" ""Aksara Cinta"
(2020)"
"Magika" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzik video sunting

Muzik video rasmi "Magika" dilancarkan pada 31 Oktober 2020 di saluran YouTube rasmi Suria Records. Sejak pelancarannya, ia telah meraih jumlah tontonan sebanyak 200,000 tontonan. Muzik video "Magika" turut menampilkan rakan seperjuangan Wani dalam Big Stage musim pertama, Afieq Shazwan.[2] Penggambaran muzik video dijalankan di Movie Animation Park Studios (MAPS).

Persembahan secara langsung sunting

Bagi mempromosikan "Magika", Wani Kayrie menyanyikan lagu ini secara langsung dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3 pada 4 November 2019[3] dan Pop! Express di TV9 pada 29 November 2020.[4]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun digital[5]
  1. "Magika" – 3:00

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 30 Oktober 2019 Muat turun digital[5]
Penstriman digital[6]
Suria Records

Rujukan sunting

  1. ^ Azra Azuar (8 November 2019). "Wani Kayrie selit elemen dangdut dalam Magika". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-26. Dicapai pada 8 November 2019.
  2. ^ Norhayati Nordin (2 Januari 2020). "Masih muda untuk bercinta". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2020.
  3. ^ "Wani Kayrie - Magika". Malaysia Hari Ini. TV3. 4 November 2019. Dicapai pada 7 November 2019 – melalui YouTube.
  4. ^ "Pop! Express: Wani Kayrie - Magika". Pop! Express. TV9. 29 November 2019. Dicapai pada 29 November 2019 – melalui YouTube.
  5. ^ a b "Magika -Single by Wani Kayrie". iTunes (MY). 30 Oktober 2019. Dicapai pada 7 November 2019.
  6. ^ "Magika, a song by Wani Kayrie". Spotify. 2 Oktober 2020. Dicapai pada 1 November 2020.