Magnitud gelombang permukaan

Templat:Earthquakes Skala magnitud gelombang permukaan () ialah salah satu skala magnitud yang digunakan dalam bidang seismologi untuk memerikan kebesaran sesebuah gempa bumi. Ia berasaskan sukatan dalam gelombang permukaan Rayleigh yang bergerak secara tertumpu di sepanjang lapisan-lapisan teratas di bumi. Ia kini digunakan di Republik Rakyat China sebagai piawaian kebangsaan (GB 17740-1999) untuk mengkategorikan gempa bumi.[1]

Magnitud gelombang permukaan ini mula-mula dimajukan pada 1950-an oleh para penyelidik yang juga memajukan skala magnitud setempat ML untuk meningkatkan resolusi pada gempa-gempa yang lebih besar:[2]

Kejayaan membangunkan skala magnitud setempat mendorong Gutenberg dan Richter untuk memajukan skala-skala magnitud berasaskan pemerhatian gempa bumi secara teleseismos. Maka terbangunlah dua skala, iaitu satu berasaskan gelombang permukaan, , dan satu berasaskan gelombang jasad, mb.

Gelombang permukaan jangka masa hampir 20 s biasanya menghasilkan jerayun yang paling besar pada seismograf jangka lama piawai, maka jerayun gelombang ini digunakan untuk menentukan , dengan menggunakan persamaan yang serupa dengan yang digunakan untuk .

William L. Ellsworth , The San Andreas Fault System, California (USGS Professional Paper 1515), 1990-1991

Magnitud-magnitud gempa yang tercatat ketika itu, yang sering diatribusi kepada Richter, mungkin sekali atau .

Takrifan sunting

Rumus pengiraan magnitud gelombang permukaan ialah:[1][3]

 

yang mana A ialah sesaran zarah maksimum dalam gelombang permukaan (jumlah vektor kedua-dua sesaran mengufuk) dalam μm, T ialah tempoh yang bersamaan dengan s, Δ ialah jarak epipusat dalam °, dan

 

Menurut GB 17740-1999, dua sesaran mengufuk ini mesti diukur pada masa yang sama atau dalam 1/8 satu tempoh; jika dua sesaran ini berbeza tempohnya, maka jumlah berwajaran harus digunakan:

 

yang mana AN ialah sesaran utara-selatan dalam μm, AE ialah sesaran timur-barat dalam μm, TN ialah tempoh yang bersamaan dengan AN dalam s, dan TE ialah tempoh yang bersamaan dengan AE dalam s.

Kajian lain sunting

Vladimír Tobyáš dan Reinhard Mittag mengusulkan agar magnitud gelombang permukaan dikaitkan dengan skala magnitud setempat ML, menggunakan[4]

 

Formula-formula lain termasuk tiga rumus semakan yang diusulkan oleh CHEN Junjie et al.:[5]

 
 

dan

 

Lihat juga sunting

Catatan dan rujukan sunting

  1. ^ a b XU Shaokui, LU Yuanzhong, GUO Lucan, CHEN Shanpei, XU Zhonghuai, XIAO Chengye, FENG Yijun (许绍燮、陆远忠、郭履灿、陈培善、许忠淮、肖承邺、冯义钧) (1999-04-26). "Specifications on Seismic Magnitudes (地震震级的规定)" (dalam bahasa Chinese). General Administration of Quality Supervision, Inspection, and Quarantine of P.R.C. Dicapai pada 2008-09-14.CS1 maint: multiple names: authors list (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ William L. Ellsworth (1991). "SURFACE-WAVE MAGNITUDE (MS) AND BODY-WAVE MAGNITUDE (mb)". USGS. Dicapai pada 2008-09-14. Diarkibkan 2009-02-02 di Wayback Machine
  3. ^ Nyata sekali keseluruhan rumus ini tidak boleh melepasi analisa dimensi tanpa syarat-syarat tambahan. Syarat-syarat sedemikian tidak diberikan dalam rujukan ini.
  4. ^ Vladimír Tobyáš and Reinhard Mittag (1991-02-06). "Local magnitude, surface wave magnitude and seismic energy". Studia Geophysica et Geodaetica. Dicapai pada 2008-09-14. Diarkibkan 2013-01-04 di archive.today
  5. ^ CHEN Junjie, CHI Tianfeng, WANG Junliang, CHI Zhencai (陈俊杰, 迟天峰, 王军亮, 迟振才) (2002-01-01). "Study of Surface Wave Magnitude in China (中国面波震级研究)". Journal of Seismological Research (《地震研究》). Dicapai pada 2008-09-14.[pautan mati kekal]

Templat:Seismic scales