Mahabbah merupakan siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Azlee Khairi dan Fathia Latiff, siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 27 Mac 2012 hingga 22 Mei 2012 menggantikan Pelangi Kasih.[1]

Mahabbah
GenreDrama
Konflik
Cinta
Ditulis olehZarihah Hassan
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sesaat kau Datang" oleh Ramlah Ram dan Sleeq
Lagu penutup"Cinta Tak Harus Memiliki" oleh Anuar Zain
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
PenerbitSuriyati Sidek
Penyunting
  • Rudzman Zabaruddin
  • Eddey Mat Napi
  • Kesavan
  • Noor Azlina
  • B. Zhi Ling
  • Azham Azli
  • Zari
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal27 Mac 2012 – 22 Mei 2012

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis sunting

Mahabbah membuktikan setiap insan mempunyai persepsi tersendiri mengenai cinta. Tan Sri Sabri (Dato’ Jalaludin Hassan) menganggap sebuah perkahwinan itu tidak seharusnya berlandaskan cinta semata-mata, malah harus berlandaskan legasi perniagaan. Tan Sri Sabri menganggap Sabila (Nur Fathia Latiff) tidak layak untuk menjadi menantunya, malah merasakan Sabila adalah pesaingnya yang akan mempengaruhi hidup Iskandar. Dia merasakan hubungan itu perlu dihalang dan memaksa Iskandar (Azlee Khairi) untuk membuat pilihan, samada keluarga atau Sabila.

Walau apapun rintangan yang datang menguji, cinta Iskandar terhadap Sabila melebihi dari segalanya. Iskandar tetap dengan pendiriannya untuk berkawin dengan Sabila. Sesungguhnya, takdir menyebelahi Iskandar dan hajat untuk berumahtangga bersama Sabila menjadi kenyataan. Selepas berkahwin, mereka dianugerahkan cahaya mata yang bernama Asyraf. Meskipun kehidupan Iskandar bahagia di samping keluarga tersayang, namun di sebalik kebahagian itu dia terpaksa menanggung derita akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya.

Iskandar cuba menyembunyikan penyakit kanser yang dialaminya dari pengetahuan Sabila. Namun begitu penyakitnya itu bertambah teruk sehingga menyebabkan dia pengsan. Iskandar dikehendaki untuk menjalani pembedahan dan ini memaksa meminta pertolongan dari bapa mertuanya. Tan Sri Sabri bersetuju untuk menghulurkan bantuan tetapi mengenakan syarat supaya Sabila meninggalkan Iskandar dan Asyraf.

Sabila bersetuju untuk menuruti syarat bapa mertuanya itu dan meninggalkan Iskandar sejurus pembedahan dilakukan. Berbulan lamanya Iskandar menanti kepulangan Sabila. Namun penantian itu berakhir dengan kehadiran surat cerai daripada Sabila. Sabila terpaksa menipu dengan memberi alasan bahawa dia ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya. Tan Sri Sabri berusaha untuk menjodohkan Iskandar dengan pilahannya, Kartina (Anzalna Nasir). Selepas beberapa tahun, Iskandar menjumpai Sabila menerusi majalah sebagai pereka fasyen yang berjaya.

Asyraf disahkan mempunyai masalah lemah jantung dan memerlukan penderma. Sejurus Sabila mengetahui mengenai penyakit yang dialami oleh Asyraf, dia terus datang untuk menghulurkan bantuan. Pada masa yang sama, Iskandar ingin mengetahui kebenaran daripada Sabila. Berjayakah Iskandar mendapat kebenaran yang bertahun lamanya disembunyi oleh Sabila? Adakah kepulangan Sabila akan mengubah segala-galanya? Berjayakah Iskandar dan Sabila mengecapi kebahagian yang pernah punah sebelum ini? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Muzik dan runut bunyi sunting

  • "Rindu Bukan Teman" - Ernie Zakri
  • "Cinta Tak Harus Memiliki" - Anuar Zain
  • "Rindu Tetap Merindu" - Pak Long
  • "Rindu 101" - Ghodong
  • "Boomerang" - Chocolate
  • "Sesaat Kau Datang" - Ramlah Ram dan Sleeq
  • "Ilusi Tragus" - O Two
  • "Bila" - Pepeto
  • "Dan Ku Biarkan Kau Terlepas" - Ana Raffali

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Mahabbah lakonan Azlee Khairi dan Nur Fathia Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Jun 2012.
  2. ^ Mahabbah (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 21 Mei 2018.