Mahadzir Abdul Hamid

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Encik Mahadzir bin Haji Abdul Hamid (lahir 16 November 1975) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Kedah. Beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dari tahun 2013 hingga tahun 2018.

Yang Berhormat Encik

Mahadzir Abdul Hamid

A.M.K. P.J.K. J.P.
Pegawai Penerangan Parlimen Sik
Memegang jawatan
Mei 2007
Pegawai Penyelaras DUN Jeneri
Jabatan Pembangunan Persekutuan, ICU, JPM
Dalam jawatan
April 2009 – April 2011
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Jeneri
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehYahya Abdullah
Digantikan olehMuhammad Sanusi Md Nor
Majoriti2,060
Butiran peribadi
Lahir (1975-11-16) 16 November 1975 (umur 48)
Parti politik
Alma materUniversiti Utara Malaysia

Kehidupan sunting

Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri lalu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1992. Beliau menyambung pelajaran beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Sik lalu memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 1994. Selanjutnya, beliau menghadiri Universiti Utara Malaysia (UUM) lalu menamatkan pengajian beliau dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan pada tahun 1998.[1]

Kerjaya politik sunting

Pada 2013, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada tahun 2013 bagi kerusi Jeneri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah lalu menang dengan undian sebanyak 12,318 dengan majoriti 2,060 daripada 25,586 orang pengundi.[2]

Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 bagi kerusi Jeneri namun kalah kepada Muhammad Sanusi Md Nor daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan undian sebanyak 8,171 daripada 27,641 orang pengundi.[2]

Anugerah sunting

  •   Kedah
    • Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K.) (2003)[3]
    • Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) (2014)[4]
    • Jaksa Pendamai (J.P.) (2016)[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "MAHADZIR ABDUL HAMID". PRU di Sinar. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  2. ^ a b "N24 Jenari: P13 - SIK". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-04. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  3. ^ "Sultan of Kedah's Honours List" [Senarai Penerima Darjah Kebesaran Sultan Kedah]. The Star (dalam bahasa Inggeris). 20 Januari 2003. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  4. ^ "Carian Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". corraddev.kedah.gov.my. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  5. ^ Bernama (18 Januari 2016). "Hakim Mahkamah Rayuan ketuai 68 penerima pingat Kedah". Utusan Borneo (Sarawak). Dicapai pada 18 Mei 2020 – melalui PressReader.com.

Pautan luar sunting