Buka menu utama

Dato' Dr Mahadzir Bin Mohd Khir ialah ahli parlimen P015 Sungai Petani, negeri Kedah, Malaysia selama dua penggal iaitu pada 1999 dan 2004. Beliau menang setelah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 atas tiket parti Barisan Nasional. Beliau menjadi ahli UMNO.

KeluargaSunting

Beliau dilahirkan di Yan, Kedah pada 16 Mei 1945 dan merupakan anak kepada veteran politik UMNO merangkap Menteri Pelajaran era Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Mohamed Khir Johari.

Isterinya Datin Dr Amla Mohd Salleh dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki, Muhamad Anas, Mohd Syakir, dan Sir Muhamad Salleh, dan seorang cucu perempuan, 8 bulan. Ibunya Allahyarhamah Fatimah Mohd,[1]

KerjayaSunting

Beliau lulusan Universiti Malaya dan Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Selepas tamat pengajian, beliau menjadi guru sejarah di beberapa buah sekolah. Kemudian, beliau menjadi pensyarah Jabatan Sejarah, UM. Seterusnya, beliau menjadi Presiden Persatuan Kakitangan Universiti Malaya bagi memperjuangkan nasib kakitangan universiti waktu itu yang dalam peralihan ke universiti swasta.

Beliau banyak menulis rencana di media arus perdana terutama tentang pendidikan di Malaysia. Beliau juga dijemput memjadi tetamu dalam rancangan temu bual di radio dan televisyen.

PolitikSunting

Kerjaya politik beliau menanjak apabila pada 1999, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan selepas menang dalam pilihan raya 1999. Pada 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Namun begitu, nama beliau digugurkan daripada jawatannya dalam rombakan kecil Kabinet pada Mac 2004.

Meninggal duniaSunting

Pada 5 September 2012, Mahadzir Mohd. Khir meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada usia 67 tahun akibat serangan jantung. Berlaku pendarahan di dalam otak iaitu strok sekitar jam 6 petang ketika beliau berehat bersama keluarga. Jenazah beliau dibawa ke rumahnya di Jalan 14/50, Seksyen 14, Petaling Jaya. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Putajaya. Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mahadzir Khir pernah melakukan pembedahan jantung pada 2004. Beliau sempat menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Kuala Lumpur dan menemani ibunya menghadiri sebuah seminar di Amerika Syarikat sebelum Ramadan 2012.[2][3][4]

RujukanSunting

  1. ^ Bernama (6 September 2012). "Jenazah Datuk Mahadzir Mohd Khir dikebumikan". myMetro. Diarkibkan daripada asal pada 18 April 2015. Dicapai 12 November 2015. 
  2. ^ Bernama (5 September 2012). "Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir meninggal dunia". malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2017. Dicapai 12 November 2012. 
  3. ^ "Mahadzir Mohd Khir meninggal dunia". Utusan Online. 5 September 2012. Dicapai 12 November 2012. 
  4. ^ Allahyarham Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir Selamat Disemadikan[pautan putus]