Mahakali — Anth Hi Aarambh Hai


Mahakali - Anth Hi Aarambh Hai ( Bahasa Melayu: Mahakali - Sebuah Pengakhiran Menandakan Sebuah Permulaan ) adalah siri televisyen mitologi India yang ditayangkan pada 22 Julai 2017 di saluran Colors TV . [1] Rancangan ini memperlihatkan kisah epik transformasi penjelmaan Dewi Parvati kepada Dewi Mahakali . [2] Diterbitkan oleh Siddharth Kumar Tewary dari Syarikat Swastik Productions, dibintangi oleh Pooja Sharma yang memainkan peranan penting sebagai Dewi Mahakali . [3]

Mahakaali – Anth Hi Aarambh Hai
Fail:Maha Kali.jpg
GenreMythology
Drama
Berdasarkan daripada
Devi Mahatmya
Kalika Purana
Devi-Bhagavata Purana
PenciptaSiddharth Kumar Tewary
Ditulis olehVinod Sharma
Pengarah kreatif
Nitin Mathura Gupta
Dibintangi oleh
Pooja Sharma
Saurabh Raj Jain
Meghan Jadhav
Kanan Malhotra
Nikita Sharma
Negara asalIndia
BahasaHindi
Bilangan musim1
Bilangan episod95
Penerbitan
PenerbitGayatri Gil Tewary
Rahul Kumar Tewary
PenyuntingParesh Shah
Madan Mishra
SinematografiAnshumann Mandlay
Pemasangan kamera
Multi-camera
Tempoh siaran45 minutes (approx)
Syarikat penerbitan
Swastik Productions
Syarikat pengedaran
Viacom 18
Penyiaran
Saluran asalColors TV
Format gambar576i
1080i (HDTV)
Siaran asal22 Julai 2017 (2017-07-22) – 5 Ogos 2018 (2018-08-05)
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan Swastik Productions

Sinopsis sunting

Rancangan ini berkisarkan mengenai kisah Dewi Parvati, isteri Dewa Shiva, adik kepada Dewa Vishnu dan mempunyai sisi garangnya, iaitu sebagai Mahakali .

Adi Parashakti, Dewi Alam Semesta yang tertinggi (menurut kepercayaan Shakta ) menciptakan Dewa Brahma - pencipta segala manusia, Vishnu - pelindung dan Shiva - pemusnah, serta isteri mereka masing-masing. Menurut janji yang dibuat oleh Mahakali kepada Dewa Shiva yang telah menyatakan rasa cinta kepadanya, dia telah melalui banyak kelahiran di bumi supaya dapat memujuk dan mengahwini Dewa Shiva di bumi. Dewa Shiva diberi tugas untuk mengubah penjelmaan Dewi yang mencipta dunia menjadi Mahakali tetapi gagal sebanyak 107 kali (di mana kelahiran ke-107 adalah Dewi Sati ). Oleh itu, Adi Parashakti akhirnya menjelma sebagai puteri Himalaya dan terkenal sebagai Dewi Parvati.

Dengan kehendak dan ketaatan yang kuat, Parvati akhirnya berjaya menjadi isteri kepada Dewa Shiva. Namun, perkahwinan mereka terancam ketika raja iblis, Shumbha (bersama adiknya Nishumbha) yang telah tertawan akan kecantikan Dewi Parvati menyatakan hasratnya untuk mengahwininya lalu mengisytiharkan perang melawan Dewa Shiva. Dalam usaha melindungi semua dewa dewi yang telah berlindung di kediamannya di Gunung Kailash, Dewi Parvati yang telah hilang kesabarannya setelah melihat Shumbha melakukan perbuatan yang mengancam maruah para dewi, bergegas memasuki perang setelah berjaya menjelma dan bertukar menjadi Dewi Mahakali. Kemarahannya memberi inspirasi kepada dewi-dewi lain seperti Lakshmi, Saraswati dan Indrani untuk menerbitkan sifat pejuang dalaman mereka dan bertempur bersama Kali mengalahkan tentera iblis.

Mahakali dapat menjatuhkan tindakan zalim Shumbha terhadap para dewa dewi dan membunuh semua pahlawan tenteranya (termasuk iblis terkenal seperti Mahishasura, Bhandasura, Tarakasura, Nishumbha, Raktabija dan Chanda-Munda ).

Bertahun-tahun setelah kemenangannya, Dewa Shiva dan Dewi Parvati telah membuatkan keluarga mereka bertambah ahlinya setelah kelahiran Dewa Kartikeya dan Dewa Ganesha . Kisah-kisah selanjutnya menumpukan mengenai kejayaan usaha wanita melawan pemerintahan yang kejam oleh pemerintah iblis seperti Bandasura, Narakasura, Arunasura, Durgamasura, Andak dan lainnya - semuanya adalah iblis hebat yang terkenal tetapi dibunuh oleh Dewi dalam pelbagai jenis penjelmaan. Rancangan ini juga menekankan bahawa pentingnya sesebuah keluarga itu untuk saling berpegang teguh dalam menghadapi pelbagai cabaran sosial dan menghapuskan banyak pemikiran kolot yang merendahkan seseorang yang lain.

Pelakon sunting

Watak Utama sunting

  • Pooja Sharma sebagai Dewi Parvati / Mahakali / Sati / Durga / Navadurga (Shailputri, Brahmcharini, Chandraghanta, Kushmanda, Skandmata, Katyayani, Kalratri, Mahagauri dan Sidhidatri) / Sepuluh Mahavidyas (Kali, Tara, Sodhasi, Tripurasundari, Chinnamasta, Chinnamasta dan Matangi) / Ambika / Ardhanarishvara / Annapurna / Kamakhya / Bhramari / Shakambhari / Bimala / Kanyakumari dan penjelmaan lain dari Shakti.
  • Saurabh Raj Jain sebagai Dewa Shiva / Jalandhara / Mahakaal / Rudra / Virabhadra / Bhairava / Nataraja dan penjelmaan Shiva yang lain.
  • Meghan Jadhav sebagai Dewa Kartikeya ; Dewa Perang ; anak kepada Dewa Shiva dan Dewi Parvati ; abang kepada Dewa Ganesha dan Ashoksundari ; suami kepada Dewi Devsena dan Dewi Valli.
  • Krish Chauhan sebagai Dewa Ganesha
  • Kanan Malhotra sebagai Dewa Vishnu / Dewa Krishna/Dewa Narayan

Tambahan sunting

  • Nikita Sharma sebagai Dewi Lakshmi / Vaishnavi
  • Abhishek Avasthi sebagai Nandi
  • Manish Bishla sebagai DevRaj Indra
  • Hitanshu Jinsi sebagai Vayudev [4]
  • Falaq Naaz sebagai Dewi Saraswati / Brahmani
  • Rimpi Das sebagai Dewi Ganga dan Dewi Banai
  • Himanshu Bamzai sebagai Devantak
  • Akash Kumar sebagai Dewa Brahma
  • Rohit Khurana sebagai Shani ; anak Surya dan Chaya ; anak tiri Sangya ; abang tiri Yama, Yami, Ashvinikumar, saudara Tapati ; suami Dhamini dan Neela.
  • Vishal Nayak sebagai Agnidev
  • Preeti Chaudhary sebagai Kritika
  • Nimai Bali sebagai Pendeta Ushana
  • Chahat Pandey sebagai Devasena
  • Vinita Joshi sebagai Rati
  • Shafaq Naaz sebagai Vrinda
  • Chandni Bhagwanani sebagai Behula
  • Reshmi Ghosh sebagai Manasa / Mansa Devi
  • Rohit Bakshi sebagai Kamadeva / Bhandasura
  • Abhaas Mehta sebagai Shumbha
  • Danish Akhtar sebagai Nishumbha
  • Nirbhay Wadhwa sebagai Mahishasura
  • Kunal Bakshi sebagai Andhakasura
  • Sneha Namanandi sebagai Daruka
  • Dinesh Mehta sebagai Narakasura

Adaptasi sunting

  • Ia dialih bahasa kepada Bahasa Malayalam sebagai Sree Bhadrakaali dari 16 April 2018 di saluran Surya TV .
  • Ia dialih bahasa kepada Bahasa Tamil sebagai Kaakum Deivam Kali di saluran Colors Tamil . [5]
  1. ^ "Colors opens weekend 7pm slot with Mahakali". Best Media Info.
  2. ^ "Colors to launch 'Mahakali' in weekend 19:00 slot". Biz Asia.
  3. ^ "Pooja Sharma to play the title role in Siddhaarth Kumar Tewary's 'Mahakali' - Times of India". The Times of India.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Hitanshu Jinsi: I am a lot like my character, Vaayu Dev in Mahakaali". Mid-day. 3 April 2018.
  5. ^ "Hit fiction shows to keep the audience entertained during lockdown period". The Times of India.