Mas kahwin

(Dilencongkan dari Mahar)


Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin - mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Hukum mahar wajib sunting

Hukumnya adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al-Quran:

" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " - (Surah An-Nisaa’: 4)[1]

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.

Cara mahar diberi sunting

Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

Jenis mahar sunting

  • Mahar muajjal atau mu'qadamm : mahar yang segera, yang diterima oleh isteri selepas majlis perkahwinan itu
  • Mahar muwajjal atau mu'akhaar : adalah satu jumlah yang ditunda dan dijanjikan, hanya dibayar sekiranya berlaku perceraian atau kematian suami . Selalunya jumlah yang tertunda adalah lebih besar daripada jumlah yang dibayar pada perkahwinan. Dalam teori, jumlah yang tertunda sepatutnya memberi isteri sebagai asas pembangunan, tiba-tiba dia telah kehilangan suaminya kerana kematian atau perceraian[2]

[3]

Kadar mas kahwin di Selangor sunting

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Kushrin Munawi menyatakan mas kahwin di Selangor dinaikkan kepada RM300.00. Tarikh kuatkuasa mulai 1 Januari 2010. Sejak 1968 , kadar mas kahwin ialah RM80.00 untuk anak dara dan RM40.00 untuk janda.Nilai wang hantaran perlu sekufu dengan 'status quo' seseorang wanita yang akan dikahwini.

Lihat juga sunting

Rujukan dan pautan sunting

  1. Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat
  1. ^ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=4&nAya=4&t=mal
  2. ^ The Islamic Institution of Mahr and American Law, Richard Freeland, Gonzaga University, http://www.law.gonzaga.edu/academic-program/Files/GJIL/Volume4/Vol4-TheIslamicInstitution.pdf[pautan mati kekal]
  3. ^ Tracie Rogalin Siddiqui, Interpretation of Islamic Marriage Contracts by American Courts, 41 FAM. L.Q. 639, 639 (2007)