Akihito (Jepun: 明仁, Japanese: [akiçito]; keputeraan 23 Disember 1933) bertakhta sebagai Maharaja Jepun ke-125 menurut susunan pewarisan tradisional, dari 7 Januari 1989 sehinggalah penurunan takhta baginda pada 30 April 2019. Baginda naik takhta Takhta Bunga Kekwa sejak kemangkatan paduka ayahanda baginda, Maharaja Shōwa (Hirohito). Sejak penurunan takhta disebabkan oleh lanjut usia dan kegeringan,[1] baginda menjadi Begawan Maharaja Jepun. Baginda telah diganti pada 1 Mei 2019 oleh paduka putera sulung baginda, Naruhito.

Akihito
Akihito pada April 2014
Maharaja Jepun
Pemerintahan7 Januari 1989 – 30 April 2019
Kemahkotaan12 November 1990
Diikuti olehPutera Mahkota Naruhito
Keputeraan (1933-12-23) 23 Disember 1933 (umur 90)
Istana Maharaja Tokyo, Bandar Tokyo, Wilayah Tokyo, Jepun
PasanganMaharani Michiko
AnakandaPutera Mahkota Naruhito
Puteri Akishino
Puteri Nori
Nama penuh
Akihito (Jepun: 明仁)
KerabatKerabat diraja Jepun
AyahandaShōwa
BondaKōjun
AgamaShinto
TandatanganTandatangan Akihito

Biografi sunting

Maharaja Akihito diputerakan di Istana Maharaja Tokyo, Tokyo, Jepun dan merupakan paduka putera sulung dan juga paduka anakanda yang kelima kepada Maharaja Showa (Hirohito) dan Maharani Kojun (Nagako). Bergelar Tsugo no miya ((Jepun: 継宮); Putera Tsugo) semasa kanak-kanak, baginda dibesarkan dan diajar oleh guru persendirian dan kemudian menghadiri Sekolah Rendah Lelaki "Boy's Elementary" dan Jabatan Menengah "Secondary Departments" ketika itu, Peers' School (Gakushuin selepas 1947), 1940-52. Baginda dipisahkan dari ahli kaum kerabat baginda pada usia tiga tahun.

Ketika pengeboman ke atas bandar Tokyo oleh pihak Amerika pada bulan Mac 1945, baginda serta saudara mudanya, Putera Masahito (sekarang Putera Hitachi), dipindahkan dari Tokyo. Ketika pendudukan Amerika selepas Perang Dunia II, Putera Mahkota Akihito diajar dalam Bahasa Inggeris oleh Elizabeth Gray Vining. Putera Mahkota Akihito menuntut sebentar di Jabatan Sains Politik di Universiti Gakushuin di Tokyo tetapi tidak menerima ijazah. Walaupun baginda merupakan putera mahkota kepada Takhta Bunga Kekwa dari 23 Disember 1933, perlantikan rasmi sebagai Putera Mahkota (Rittaishi no Rei) hanya berlansung pada 10 November 1951 di Istana Diraja.

Pada bulan Jun 1953, Putera Mahkota Akihito mewakili Jepun di upacara pertabalan Ratu Elizabeth II dari United Kingdom. Pada 10 April 1959, baginda berkahwin dengan Michiko (lahir 24 Oktober 1934), anak perempuan sulung Shoda Hidesaburo, presiden dan pengerusi kehormat Kilang Pengisar Tepung Nisshin. Perkahwinan tersebut memecahkan tradisi diraja kerana Shoda Michiko merupakan orang awam pertama yang berkahwin dengan kerabat diraja. Putera Mahkota Akihito menaiki takhta selepas kemangkatan paduka ayahandanya pada 7 Januari 1989 dan secara rasmi menjadi maharaja Jepun yang ke-125 pada 12 November 1990.

Semenjak menaiki takhta, baginda berusaha untuk mendekati keluarga Maharaja dengan penduduk Jepun. Baginda dan Maharani telah berkenan membuat lawatan rasmi mencemar duli ke 18 negara, termasuk juga 47 wilayah (prefectures) di Jepun. Maharaja Akihito dan Maharani Michiko mempunyai tiga paduka anakanda: Putera Mahkota Naruhito (diputerakan 23 Februari 1960), Puteri Akishino (Fumihito, diputerakan 11 November 1965) dan Puteri Sayako (gelaran, Nori no miya, atau Puteri Nori, diputerakan 18 April 1969). Era pemerintahan Akihito digelar era "Heisei".

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang sunting

Gelaran hormat bagi
Maharaja Akihito
 
Jata Empayar
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia[2]
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Seri Paduka Baginda[3]

Terasul dan gelaran sunting

  • 23 Disember 1933 – 10 November 1952: Yang Teramat Mulia Putera Tsugu
  • 10 November 1952 – 7 Januari 1989: Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota
  • 7 January 1989 – 30 April 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (Seri Paduka Baginda) Maharaja
  • 1 Mei 2019- kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia(Seri Paduka Baginda) Maharaja Emeritus

Jikalau penurunan takhta berlangsung seperti yang dijangkakan, gelaran Maharaja Akihito akan jadi "Daijō Tennō", atau "Jōkō" secara ringkas.

Kurniaan sunting

Kurniaan kebangsaan
Kurniaan asing
Negara Anugerah
  Afghanistan   Darjah Supreme Sun
  Austria   Darjah Khidmat Republik Austria, Grand Star [4]
  Bahrain   Darjah al-Khalifa Berkalung
  Belgium   Darjah Leopold, Kalung Besar
  Botswana   Presidential Order
  Brazil   Darjah Buruj Pari, Kalung Besar
  Kemboja   Anugerah Diraja Kemboja, Salib Besar
  Cameroon   Darjah Valour, Kalung Besar
  Chile   Darjah Merit of Chile, Kalung Besar
  Colombia   Darjah Boyaca, Kalung Besar
  Côte d'Ivoire   Darjah Negara Côte d'Ivoire, Kalung Besar
  Republik Czech   Darjah Singa Putih, Kelas Pertama (Civil Division) Berkalung Chain
  Denmark   Darjah Gajah (8 Ogos 1953)[5]
  Mesir   Darjah Nil, Kalung Besar
  Estonia   Darjah Cross of Terra Mariana, The Collar of the Cross[6]
  Habsyah   Darjah Salomo, Kalung Besar
  Finland   Darjah Mawar Putih, Salib Besar Berkalung
  Perancis   Légion d'honneur, Salib Besar
  Gambia   Darjah Republik Gambia, Panglima Besar
  Jerman   Darjah Merit Republik Persekutuan of Germany, Salib Besar, Special Class
  Yunani   Darjah Redeemer, Salib Besar
  Hungary   Darjah Merit Republik Hungary, Salib Besar Berantai
  Iceland   Darjah Falcon, Salib Besar Berkalung
  Indonesia   Bintang Republik Indonesia Adipurna, Darjah Pertama
  Republik Ireland   Freedom of the City of Dublin, awarded by Lord Mayor of Dublin
  Itali   Darjah Merit Republic, Salib Besar with Cordon
  Jordan   Darjah al-Hussein bin Ali Berkalung
  Kazakhstan   Darjah Golden Eagle
  Kenya   Darjah Golden Heart
  Kuwait   Darjah Mubarak Agung Berkalung
  Latvia   Darjah Tiga Bintang, Panglima Salib Besar Berantai[7]
  Liberia   Darjah Star of Africa, Knight Grand Band
  Darjah Pioneers of Liberia, Kalung Besar
  Lithuania   Darjah Vytautas Agung, Salib Besar Berkalung[8]
  Luxembourg   Darjah Gold Singa of the House of Nassau, Knight
  Malawi   Darjah Singa, Panglima Besar
  Malaysia   Penerima kehormat Darjah Utama Seri Mahkota Negara
  Mali   National Darjah Mali, Kalung Besar
  Mexico   Darjah Aztec Eagle, Kalung Besar
  Maghribi   Darjah Muhammad, Kalung Besar
    Nepal   Darjah Ojaswi Rajanya, Member (19 April 1960)[9]
  King Birendra Coronation Medal (24 February 1975)[10]
  Belanda   Darjah Singa Belanda, Knight Salib Besar[11]
  Nigeria   Darjah Republik Persekutuan, Panglima Besar
  Norway   Darjah Diraja St. Olav, Salib Besar Berkalung[12]
  Oman   Darjah Oman, Superior Class
  Pakistan   Nishan-e-Pakistan, Kelas Pertama
  Panama   Darjah Manuel Amador Guerrero Berkalung Emas
  Peru   Darjah Sun, Salib Besar Terbilang
  Filipina   Philippine Legion of Honor, Panglima Tinggi[13]
  Darjah Sikatuna, Rank of Raja[14]
  Darjah Lakandula, Kalung Besar
  Poland   Darjah Helang Putih
  Portugal   Darjah Sant'Iago da Espada, Kalung Besar (2 December 1993)
  Darjah Putera Henrique, Kalung Besar (12 May 1998)[15]
  Qatar   Collar of Independence
  Arab Saudi   Rantai Badr
  Senegal   Darjah Singa Berkalung
  Afrika Selatan   Darjah Good Hope, Salib Besar Emas (4 July 1995)[16]
  Sepanyol   Darjah Golden Fleece, Kesateria[17]
  Darjah Charles III, Salib Besar
  Darjah Charles III Berkalung
  Sweden   Royal Darjah Seraphim, Knight Berkalung[18]
  Thailand   The Most Auspicious Order Rajamitrabhorn
  The Most Illustrious Ortder of the Royal House of Chakri
  Commemorative Medal on the Occasion of the 60th Anniversary of the Accession to the Throne of H.M. King Bhumibol Adulyadej
  Ukraine   Darjah Putera Yaroslav, Kelas Pertama
  Emiriah Arab Bersatu   Collar of the Federation
  United Kingdom   Kesateria Asing Darjah Garter (985th member; 1998)
  Kesateria Terhormat Salib Besar Royal Victorian Order (1953)
  Queen Elizabeth II Coronation Medal (2 Jun 1953)
  Republik Persekutuan Yugoslavia*   Darjah Bintang Yugoslav
  Zaire*   National Darjah Leopard, Kalung Besar
  • FR Yugoslavia berpisah menjadi Serbia dan Montenegro.
  • Zaire kini dikenali sebagai Republik Demokratik Congo
Anugerah lain

Lambang sunting

 
Panji diraja maharaja

Keturunan sunting

[20]

Keturunan nasab ayahanda sunting


Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Enjoji, Kaori (1 December 2017). "Japan Emperor Akihito to abdicate on April 30, 2019". CNN. Tokyo. Dicapai pada 1 December 2017.
  2. ^ Rujuk: "Maharaja dan Maharani Jepun tandatangani Buku Ucapan Tahniah". Pelita Brunei. 4 Oktober 2017. Dicapai pada 4 Mac 2018.
  3. ^ Rujuk: "Catatan oleh H.E. Dr Makio Miyagawa, Duta Luar Biasa Berkuasa Penuh Jepun, Pada Resepsi Hari Lahir Seri Paduka Baginda Maharaja". Kedutaan Jepun di Malaysia. 4 Disember 2014. Dicapai pada 4 Mac 2018.
  4. ^ "Bundeskanzler Anfragebeantwortung" [Reply to a parliamentary question about the Decoration of Honour] (PDF) (dalam bahasa German). m/s. 1298. Dicapai pada 27 January 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Persondetaljer - Hans Kejserlige Højhed Akihito Diarkibkan 29 Mei 2012 di Wayback Machine. borger.dk.
  6. ^ "Akihito". Bearers of decorations. president. Dicapai pada 18 January 2011.
  7. ^ Presidency, table of recipients of the Order of the Three Stars since 2004.
  8. ^ Decree 1K-974
  9. ^ Omsa.org
  10. ^ Embassy of Japan in Nepal
  11. ^ Volkskrant, State visit of Netherlands in Japan, 1991, Group Photo Diarkibkan 2013-06-12 di Wayback Machine
  12. ^ The Royal Forums, State visit of Japan in Norway, May 2005, Photo
  13. ^ OPS.gov.ph Diarkibkan 17 Ogos 2008 di Wayback Machine
  14. ^ Gov.ph Diarkibkan 13 Oktober 2016 di Wayback Machine
  15. ^ "Cidadãos Estrangeiros Agraciados com Ordens Portuguesas" (dalam bahasa Portugis). presidencia.pt. Dicapai pada 6 January 2011.
  16. ^ "Sahistory". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-03. Dicapai pada 2018-03-04.
  17. ^ "Noblesse et Royautés" Diarkibkan 28 Januari 2016 di Wayback Machine (French), State visit of Spain in Japan, November 2008
  18. ^ Getty Images, State visit of Sweden in Japan, 03/2007, Group photo
  19. ^ reinanzaka-sc.o.oo7.jp/kiroku/documents/20140523-3-kiji-list.pdf
  20. ^ "Ancestry in Genealogics.org".[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting

Akihito
Tarikh keputeraan: 23 Disember 1933
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Shōwa
(Hirohito)
Maharaja Jepun
7 Januari 1989 – 30 April 2019
Diikuti oleh:
Naruhito
Kerabat diraja Jepun
Didahului oleh
Shōwa
(Hirohito)
Putera Mahkota Jepun
1952–1989
Diikuti oleh:
Naruhito