Maharaja Tianqi (23 Disember 1605 - 30 September 1627), nama peribadi Zhu Youxiao, adalah maharaja ke-15 dari Dinasti Ming China, yang memerintah dari 1620-1627.[1] Beliau adalah anak sulung kepada Maharaja Taichang dan abang Maharaja Chongzhen, yang menggantikan beliau. "Tianqi", nama zaman pemerintahannya yang bermaksud "pembukaan syurga".[2]

Cawan teh era Tianqi dalam koleksi Nantoyōsō , Jepun

Kehidupannya sunting

 

Zhu Youxiao menjadi maharaja pada usia 15, berikutan kematian bapanya, Maharaja Taichang, yang memerintah kurang daripada sebulan.[2] Dia tidak banyak memberi perhatian terhadap hal ehwal negeri, dan telah dituduh gagal dalam melaksanakan kewajipannya untuk mendiang bapanya apabila tidak menunaikan hajat yang kedua itu. Ada kemungkinan Zhu Youxiao mengalami masalah pembelajaran ataupun lebih lagi. Dia seorang yang buta huruf[2] dan tidak menunjukkan minat dalam pelajaran. Namun begitu, beliau adalah seorang tukang kayu yang berbakat dalam pertukangan, dengan sering menghabiskan sejumlah besar masanya pada kerja kayu dan mengarahkan pegawai-pegawainya untuk menjual ciptaan beliau dengan menyamar di pasaran kerana mahu melihat berapa banyak nilai mereka.

Disebabkan Maharaja Tianqi tidak dapat membaca memorial mahkamah dan tidak berminat dalam hal ehwal negeri, pensida mahkamah Wei Zhongxian,[1] dan ibu susu maharaja iaitu Puan Ke telah merampas kuasa dan mengendali mahkamah empayar Ming, dengan Maharaja Tianqi hanya sekadar pemerintah yang dibonekakan.[2] Maharaja Tianqi jelas menumpukan waktu-waktunyanya dalam pertukangan.[1] Wei Zhongxian mengambil kesempatan daripada keadaan itu dan mula melantik orang yang boleh dipercayainya untuk jawatan penting di mahkamah empayar. Sementara itu, Puan Ke berusaha untuk mengekalkan kuasa dengan menghapuskan semua wanita lain dari menjadi gundik maharaja dengan mengunci jauh kesemua gundik dan membiarkan kelaparan sehingga mereka mati.

Satu kumpulan berakhlaq Confucian, iaitu Gerakan Donglin, menyatakan rasa kesal terhadap keadaan kerajaan.[3] Sebagai tindak balas, mahkamah empayar di bawah kawalan Wei Zhongxian ini, secara terselindung mengarahkan perlaksanaan hukuman mati terhadap beberapa pegawai yang berkait dengan Gerakan Donglin. Kelangsungan hidup semakin teruk semasa pemerintahan Maharaja Tianqi. Dinasti Ming juga menghadapi beberapa kebangkitan besar rakyat.

Maharaja Tianqi mangkat pada tahun 1627 dan telah digantikan oleh saudara kelima yang masih hidup dan satu-satunya adik tunggal beliau, Zhu Youjian, kerana dia tidak mempunyai anak lelaki untuk menggantikannya. Zhu Youjian telah ditabalkan sebagai Maharaja Chongzhen. Oleh kerana kedua-dua anak perempuan Maharaja Tianqi meninggal dunia awal, ia seolah tidak ada waris asal daripada maharaja yang masih hidup.

Anak-anak sunting

Bilangan
Gelaran
Nama
Kelahiran Kematian Kahwin Pasangan Ibu Nota
1 Putera Mahkota Huaichong

懷沖太子

Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Ciran (慈燃)

1623 1623 tiada tiada Maharani Zhang Mati setelah dilahirkan
2 Putera Mahkota Daohuai

悼懷太子

Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Ciyu (慈焴)

1623 1624 tiada tiada Gundik Hui, asalnya Fan
3 Putera Mahkota Xianchong

献沖太子

Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Cijiong (慈炅)

1625 30 Mei 1626 tiada tiada Gundik Rong, asalnya Ren Mati dalam letupan Wanggongchang

Anak perempuan sunting

Bilangan Gelaran Nama Dilahirkan Kematian Kahwin Pasangan Ibu Nota
1 Puteri Yongning

永寧公主

Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Shu'e (淑娥)

1622 1624 tiada tiada Gundk Hui, asalnya Fan
2 Puteri Huaining

懷寧公主

Nama keluarga: Zhu (朱)

Nama diberi: Shumo (淑嫫)

17 April 1624 1625 tiada tiada Gundik Cheng, asalnya Li Dilahirkan semasa gempa bumi di Beijing

Gambaran dalam media sunting

Pada bulan Ogos dan September 2009, siri televisyen 42 jam drama mengadaptasi peristiwa-peristiwa semasa pemerintahan Maharaja Tianqi yang disiarkan di televisyen China - dua jam setiap malam untuk 21 hari. Ia jelas menunjukkan bagaimana sebuah negara yang mempunyai pemerintahan beraja boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa yang berleluasa. Siri ini berakhir pada 17 September, hanya dua minggu sebelum ulang tahun ke-60 (lima kitaran 12-tahun) penubuhan Republik Rakyat China.

References sunting

  1. ^ a b c "Tianqi". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2014-03-22.
  2. ^ a b c d "Zhu Yujiao – The Tianqi Emperor". Dicapai pada 2014-03-22.
  3. ^ "Donglin". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 2014-03-22.