Maharani balu (juga balu maharaja atau ibunda maharani) (Bahasa Cina dan Bahasa Jepun: 皇太后; pinyin: húangtàihòu; Romaji: Kōtaigō; Bahasa Korea: 황태후 (皇太后); romaja: Hwang Tae Hu; Bahasa Vietnam: Hoàng Thái Hậu; Tulisan Jawi: مهاراني بالو) ialah istilah gelaran yang diberikan kepada ibunda atau balu kepada seorang maharaja Asia Timur (Cina, Jepun dan Korea), atau maharaja Asia Tenggara (Vietnam).

Gelaran itu juga kadang kala diberikan kepada wanita lain dari generasi yang sama, sementara wanita dari generasi sebelumnya kadang-kadang diberi gelaran maharani balu agung (Bahasa Cina dan Bahasa Jepun: 太皇太后; pinyin: tàihúangtàihòu; Romaji: Taikōtaigō; Sebutan bahasa Korea: Tae Hwang Tae Hu; Bahasa Vietnam: Thái Hoàng Thái Hậu; Jawi: مهاراني بالو اڬوڠ). Banyak maharani balu menjadi pemangku semasa maharaja yang memerintah masih di bawah umur. Kebanyakan maharani balu yang terkenal juga melanjutkan tempoh kuasa mereka ke jangka masa yang lama sehingga maharaja agak tua untuk memerintah, lalu menjadi sumber kekacauan politik menurut pandangan tradisional sejarah Cina.

Gelaran balu maharani juga diberikan kepada isteri seorang maharaja Rusia atau maharaja Rom Suci yang telah mangkat.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting