Mahatma Gandhi
Mohandas Karamchand Gandhi (Gujarati: મોહનદાસ કરમચંદ ગાંધી, Devanāgarī: मोहनदास करमचंद गांधी) (2 Oktober, 1869 - 30 Januari, 1948) juga dipanggil Mahatma Gandhi (bahasa Sanskrit: "berjiwa hebat") adalah seorang tokoh nasionalis spiritual dan tokoh politik tersohor dari India.
Mohandas Karamchand Gandhi મોહનદાસ કરમચંદ ગાંધી | |
---|---|
Kelahiran | Mohandas Karamchand Gandhi 2 Oktober 1869 |
Meninggal dunia | 30 Januari 1948 New Delhi, India | (umur 78)
Sebab kematian | Dibunuh (ditembak) |
Monumen | Raj Ghat, Gandhi Smriti |
Warganegara | Indian |
Nama lain | Mahatma Gandhi, Bapu ji, Gandhi ji |
Pusat pendidikan | University College London (LL.B.)[1] Inner Temple |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1893–1948 |
Era | British Raj |
Terkenal kerana | Indian Independence Movement, Nonviolent resistance |
Karya terkenal | The Story of My Experiments with Truth |
Terma | 1924–1925 |
Parti politik | Indian National Congress |
Gerakan politik | Indian independence movement |
Pasangan | Kasturba Gandhi (k. 1883; m. 1944) |
Anak-anak | |
Ibu | Putlibai Gandhi |
Bapa | Karamchand Gandhi |
Tandatangan | |
Pada masa kehidupan Gandhi, banyak negara yang merupakan jajahan British. Penduduk di koloni-koloni tersebut mendambakan kemerdekaan agar dapat memerintah negaranya sendiri.
Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.
Awal hidup dan pendidikan
suntingBeliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Bapanya, Karamchand Uttamchand Gandhi , merupakan seorang Dewan atau Perdana Menteri di pekan tersebut. Manakala ibunya bernama Putlibai, adalah seorang wanita yang lemah lembut dan warak, dan menjadi sumber inspirasi bagi beliau.
Semasa Gandhi di sekolah rendah, beliau tidak menunjuk sebarang petanda akan menjadi seorang tokoh yang terkenal. Disekolah beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang "mediocre" atau sederhana dan merupakan seorang yang sangat pemalu. Namun sejak kecil lagi, beliau menunjukkan sifatnya yang berintegriti. Sewaktu suatu ujian ejaan beliau telah silap mengeja. Tetapi beliau enggan meniru kawannya, walaupun diberi peluang oleh gurunya.
Mengikut adat orang India pada waktu itu, beliau telah dikahwinkan pada usia yang muda iaitu pada umur 13 tahun kepada Kasturbai, seorang gadis yang sebaya dengannya.
Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pelbagai kitab serta buku-buku keagamaan seperti Hindu, Kristian, Yahudi dan Islam telah menjadi bahan bacaannya. Pada 1891, beliau lulus peperiksaan akhirnya dan pulang ke India sebagai seorang peguam.
Afrika Selatan dan dasar aparteid
suntingSemasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguambela tetapi gagal. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan. Lantas beliaupun pergi ke negara yang asing ini. Disana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".
Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibunegeri Natal. Sewaktu didalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.
Peristiwa ini merupakan satu tamparan hebat kepada Gandhi. Beliau kemudian memutuskan untuk menjadi seorang aktivis politik agar dapat mengubah undang-undang diskriminasi tersebut. Gandhi kemudiannya membentuk sebuah gerakan bukan kekerasan disana.
Gandhi dan kemerdekaan India
suntingKetika kembali ke India, beliau membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British; hal ini memberikan inspirasi bagi rakyat di koloni-koloni lainnya agar berjuang mendapatkan kemerdekaannya.
Rakyat dari agama dan suku yang berbeza yang hidup di India kala itu yakin bahwa India perlu dipecah menjadi beberapa negara agar kelompok yang berbeza ini dapat mempunyai negara mereka sendiri. Ramai yang ingin melihat penganut agama Hindu dan Islam berpisah dan mempunyai negara sendiri. Walaupun, Gandhi adalah seorang Hindu, beliau menyukai falsafah dari agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian. Beliau percaya bahawa manusia tak kira agama harus mempunyai hak yang sama dan hidup bersama secara damai di dalam satu negara.
Pada 1947, India mencapai kemerdekaan dan berpisah menjadi dua negara, India dan Pakistan. Hal ini tidak disetujui Gandhi.
Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi berbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Gandhi sering mengatakan nilai-nilai ajarannya sangat sederhana, yang berdasarkan kepercayaan Hindu tradisional: kebenaran (satya), dan bukan-kekerasan (ahimsa).
Pembunuhan
suntingPada 30 Januari 1948 semasa jam 5:17 petang, Gandhi baharu sahaja mengetuai upacara pemujaan dewa. Semasa Gandhi bersalaman menyambut para pengikutnya, seorang penggiat nasionalis Hindu dari kelompok Rashtriya Swayamsevak Sangh bernama Nathuram Godse segera mendekati Gandhi untuk menyerang. Salah seorang pengiringnya cuba membawa jauh dari Godse, namun Godse segera menerkam dan menembak dada Gandhi tiga kali pada jarak dekat dengan pistol separa-automatik Beretta M1934. Godse segera diberkas Herbert Reiner Jr., naib konsul kedutaan Amerika Syarikat sebelum diserahkan kepada askar pengawal dan polis.[2][3][4][5] Godse dipenjarakan sebelum dihukum bunuh pada bulan November setahun kemudian - Nathuram dipercayai membunuh Gandhi atas kebenciannya terhadap pendirian Gandhi yang menginginkan rakyat Hindu dan Muslim diberikan hak sama rata.
Gandhi dibawa ke biliknya di Birla House, beliau meninggal dunia beberapa lama kemudian akibat luka tembakan itu tiga puluh minit kemudian.[6][7] Kematiannya diumumkan Perdana Menteri Jawaharlal Nehru dalam suatu siaran radio khas dalam All-India Radio:[8]
Friends and comrades, the light has gone out of our lives, and there is darkness everywhere, and I do not quite know what to tell you or how to say it. Our beloved leader, Bapu as we called him, the father of the nation, is no more. Perhaps I am wrong to say that; nevertheless, we will not see him again, as we have seen him for these many years, we will not run to him for advice or seek solace from him, and that is a terrible blow, not only for me, but for millions and millions in this country.[9]
["Rakan-rakan dan teman seperjuangan, cahaya sudah hilang daripada kehidupan kita, dan kekelaman telah muncul merata; sukar saya mahu memberitahukan berita ini. Pemimpin disayangi kita, yang kita panggilnya Bapu, sudah tiada. Saya mungkin dikatakan salah berkata begini; namun [hakikatnya] kita tidak akan berjumpanya lagi sepertimana kita telah menemuinya selama bertahun-tahun, kita tidak lagi dapat berlari meminta nasihatnya mahupun mengadu nasib dengannya, ia pukulan hebat tidak hanya kepada saya tetapi juga berjuta-juta rakyat di negara ini."]
Majlis pemeringatan dan upacara pembakaran mayatnya
Lain-lain
suntingGandhi tidak pernah menerima Hadian Keamanan Nobel meskipun dicalonkan sebanyak lima kali antara 1937 dan 1948. Beberapa dekad kemudian, hal ini disesali secara umum oleh pihak Jawatankuasa Nobel. Ketika Dalai Lama dianugerahi Hadiah Nobel pada 1989, ketua Jawatankuasa Nobel mengatakan bahawa ini merupakan "suatu cara untuk mengenang jasa Mahatma Gandhi".
Museum elektronik Nobel mempunyai artikel mengenai hal tersebut. [1] Diarkibkan 2004-08-03 di Wayback Machine
Sepanjang hidupnya, aktivis Gandhi telah menarik berbagai komentar dan pendapat. Misalnya, sebagai pemimpin Kerajaan British, Winston Churchill pernah berkata "Menyedihkan...melihat Mr. Gandhi, seorang peguambela daripada Kuil Tengah (Middle Temple) yang menghasut, sekarang tampil sebagai seorang fakir yang biasa dari Timur, menaiki tangga Istana Viceregal dengan badan setengah telanjang."
Begitu juga dengan Albert Einstein yang berkata mengenai Gandhi: "(Mungkin) para generasi berikutnya akan sukar mempercayai bahawa ada orang seperti ini yang pernah hidup di dunia ini."
Karya Mahatma Gandhi tidak dilupakan oleh generasi berikutnya. Cucunya, Arun Gandhi dan Rajmohan Gandhi dan bahkan anak cucunya, Tushar Gandhi, adalah aktivis-aktivis sosio-politik yang terlibat dalam mempromosikan gerakan bukan-kekerasan di seluruh dunia.
Rujukan
sunting- ^ Jeffrey M. Shaw; Timothy J. Demy (2017). War and Religion: An Encyclopedia of Faith and Conflict. ABC-CLIO. m/s. 309. ISBN 978-1-61069-517-6.
- ^ Obituary, May 26 (May 26, 2000), "Herbert Reiner Jr.; Captured Gandhi's killer", Los Angeles Times, dicapai pada January 27, 2017
- ^ Pronko, N. H.; Bowles, J. W. (2013), Empirical Foundations Of Psychology, Taylor & Francis, m/s. 343, ISBN 978-1-136-32708-7
- ^ Obituary, May 21 (21 May 2000), "Herbert Reiner Jr., Diplomat, 83; Captured Gandhi's killer in 1948", The Boston Globe
- ^ Trumbull, Robert (31 Januari 1948), "Gandhi is killed by a Hindu; India shaken; World mourns; 15 die in rioting in Bombay", The New York Times
- ^ Nicholas Henry Pronko (2013). Empirical Foundations of Psychology. Routledge. m/s. 342–343. ISBN 978-1-136-32701-8.
- ^ "Controversy over "Hey Ram"". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2008. Dicapai pada 9 Oktober 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Sankar Ghose (1991). Mahatma Gandhi. Allied Publishers. m/s. 386. ISBN 978-81-7023-205-6.
- ^ Jain, 1996, pp. 45–47.
Pautan luar
sunting- Yayasan GandhiServe/The GandhiServe Foundation – Mahatma Gandhi Research and Media Service
- 100 foto Mahatma Gandhi terbaik
- Arsip elektronik resmi & Pusat Referensi Mahatma Gandhi
- Mahatma Gandhi dan keluarga Corea Family dari Chilaw Diarkibkan 2011-07-17 di Wayback Machine Kunjungan Mahatma Gandhi ke Ceylon (Sri Lanka) pada 1927
- mkgandhi.org
- Mani Bhavan Gandhi Sangrahalaya Gandhi Museum & Library Mani Bhavan adalah tempat Gandhi tinggal kapanpun dia berada di Mumbai antara 1917 and 1934. Dari sinilah Gandhi memulai gerakan Pengingkaran Sipil, Swadeshi, Khadi dan Khilafat nya.
- Yayasan Gandhi/The Gandhi Foundation
- Mitos dan Legenda mengenai Gandhi