Mahdzir Khalid

(Dilencongkan dari Mahdzir Bin Khalid)

Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid (lahir 15 Disember 1960),[1] sebelum ini merupakan bekas Menteri Besar Kedah ke-8. Beliau juga merupakan bekas Menteri Pendidikan Malaysia menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.[2] Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden UMNO.

Yang Berhormat Dato' Seri Diraja

Mahdzir Khalid

SHMS, SSDK (Kedah); DPMP (Perak); BKM (Kedah)
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
Timbalan
Didahului olehAbdul Latiff Ahmad
Digantikan olehAhmad Zahid Hamidi
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P30 Padang Terap, Kedah
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului olehMohd Nasir Zakaria
Digantikan olehNurul Amin Hamid
Majoriti4,442 (PRU-13)
Naib Presiden UMNO
Dalam jawatan
30 Jun 2018 – 18 Mac 2023
Berkhidmat dengan
Ismail Sabri Yaakob
Mohamed Khaled Nordin
Didahului olehAhmad Zahid Hamidi
Hishammuddin Hussein
Mohd Shafie Apdal
Digantikan olehWan Rosdy Wan Ismail
Pengerusi Tenaga Nasional Berhad
Dalam jawatan
12 Mei 2020 – 30 September 2021
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob (Ogos 2021 - Oktober 2022)
Muhyiddin Yassin (Mac 2020 - Ogos 2021)
Didahului olehAhmad Badri Mohd Zahir
Digantikan olehHasan Ariffin
Menteri Pendidikan Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Didahului olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Idris Jusoh
Digantikan olehDr Maszlee Malik
Menteri Besar Kedah ke-9
Dalam jawatan
28 Disember 2005 – 8 Mac 2008
Didahului olehDato' Seri Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah
Digantikan olehTan Sri Dato' Seri Azizan Abdul Razak
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Pedu
Dalam jawatan
2004–2013
Didahului olehWan Jaafar Wan Ahmad
Digantikan olehKama Noriah Ibrahim
Butiran peribadi
Lahir (1960-12-15) 15 Disember 1960 (umur 63)
Pokok Sena, Kedah
Parti politik UMNO
Sekutu gabungan
politik lain
BN
MN (sejak 2019)
PN (sejak 2020)
PasanganDatin Seri Diraja Noraini Abdullah
IbuChe Dah Yaakob
BapaKhalid Yaakob
PekerjaanAhli Parlimen

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Beliau adalah anak sulong dari empat orang anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan SMK Dato' Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1980 hingga 1984 dan bedaya mendapat ljazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (19811982).

Keluarga sunting

Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan dengan empat orang anak. Anak sulongnya, Sift Hajar (25 tahun ) seorang akuntan di KL. Anak‑anak yang lain adalah Mohd. Saddam (28 tahun)Pilot , Mahd. Sallehuddin (22 tahun) penuntut di Australia dan Mahani (19 tahun) penuntut di kl.

Kerjaya sunting

Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato' Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato' Seri Osman Bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas ( Pembangunan ) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri dan Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabilla dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.

Politik sunting

Dari segi politik, beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah dan pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pokok Sena. Sekarang, beliau adalah ahli UMNO cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang Terap dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Dato'Mahdzir bin Khalid juga merupakan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman.[3]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dato' Mahdzir bin Khalid melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional bagi kerusi DUN Pedu. Selepas memenangi kerusi DUN berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO) mulai 28 Mac 2004 dan diamanahkan Portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi Negeri.[4]

Menteri Besar Kedah sunting

Apabila Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah cuti sakit, Dato'Mahdzir bin Khalid telah diberi kepercayaan untulk memangku jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan mulai 17 Julai 2005 hingga 16 Oktober 2005. Tempoh pemangkuan tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga 16 Januari 2006 dan atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ke ‑ 9 pada 26 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan 28 Disember 2005.

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Kedah: N8 Pedu.[5][6][7][8][9]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 Mahdzir Khalid (UMNO) 7,684 56.26% Wan Jaafar Wan Ahmad (PAS) 5,785 42.36% 13,657 1,899 87.29%
2008 Zamri Yusuf (PKR) 6,047 39.78% Mahdzir Khalid (UMNO) 8,780 57.76% 15,200 2,733 87.53%
Parlimen Malaysia: P007 Padang Terap, Kedah.[5]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Undi Majoriti Keluar
2013 Mahdzir Khalid (UMNO) 20,654 55.66% Mohd Nasir Zakaria (PAS) 16,202 43.69% 37,904 4,442 90.33%
2018 Mahdzir Khalid (UMNO) 16,384 42.09% Khairizal Khazali (AMANAH) 7,254 18.64% 38,923 1,099 85.61%
Mohd Azam Abd Aziz (PAS) 15,285 39.27%

Anugerah sunting

Kerana jasa dan pengorbanannya, beliau dianugerahkan darjah den pingat kebesaran iaitu Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 2003 dan Bakti Khidmat Masyarakat (BKM) pada tahun 1996.

Rujukan sunting

  1. ^ Habibu, Sira (24 December 2005). "Sultan consents to Mahdzir as Kedah Mentri Besar". The Star. Dicapai pada 12 May 2013.
  2. ^ "Mahdzir takes over as new Kedah Menteri Besar". Daily Express (Malaysia). 23 December 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-03. Dicapai pada 2 May 2010.
  3. ^ "Waking up to new politics". The Star. Star Publications (Malaysia). 10 March 2008. Dicapai pada 2 May 2010.
  4. ^ "The complete list of Ministers and Deputy Ministers in Najib's new Cabinet". ABN News. 15 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2014. Dicapai pada 23 November 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 11 May 2013. Percentage figures based on total turnout, excluding informal votes.
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 11 March 2017. Results only available from the 2004 election.
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.

Pautan luar sunting