Orang Cina Malaysia

kelompok suku bangsa di Malaysia
(Dilencongkan dari Mahua)

Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人; Cina Tradisional: 馬來西亞華人; pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau Cina Ringkas: 马来西亚唐人; Cina Tradisional: 馬來西亞唐人; pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) adalah warganegara Malaysia yang berketurunan Bangsa Han. Mereka merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakan mereka adalah keturunan pendatang berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan Republik China.

Orang Cina Malaysia
Malaysian Chinese
马来西亚华人
馬來西亞華人
Yap Ah Loy
叶亚来
Lim Guan Eng
林冠英
Amber Chia
谢丽萍
Vivien Yeo
楊秀惠
Lee Chong Wei
李宗伟
Michael Wong
王光良
Michelle Yeoh
杨紫琼
Chen Hanwei
陈汉玮
Elizabeth Tan
谭苏梅
Kawasan ramai penduduk
Demografi Malaysia
Pulau Pinang • Kuala Lumpur • Johor • Perak • Selangor
Bahasa
Bahasa Mandarin, Bahasa Hokkien, Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew, Bahasa Fuzhou, Bahasa Hainan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
Agama
Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kristian, Agama Rakyat, dan Islam[1]
Kumpulan etnik berkaitan
Bangsa Han • Orang Cina Singapura • Orang Cina seberang laut

Sejarah

Gelombang Pertama

Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba dari negara China ke Melaka.[4] Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk Bangsa Han yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan lalu membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan keturunan masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah Fujian, dimana ia digelar Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan).

Gelombang Kedua

Pada abad ke 19 dan ke 20, Bangsa Han berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang. Kebanyakan Bangsa Han mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai Barat terutamanya negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Manakala, Bangsa Han merupakan kaum majoriti di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Singapura.

Manakala di negeri Johor, Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden". Bangsa Han dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir. Melalui Sistem Kangchu, Bangsa Han digalakkan berpindah dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak Bangsa Han. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan untuk mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 Bangsa Han telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.

Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana pihak British memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat membantu mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.

Demografi

Sejarah demografi Cina Malaysia (%)
1947 1957[5] 1961 1970 1980 1991 2000[6] 2010[7][8] 2015
(38.4%) (45.0%) (36%) 3,564,400(37%) (33.9%) 5,623,900 (32.1%) 6,391,900(30.1%) 7,000,000(28.4%) 7,400,000(27.0%)

Suku Dialek

 
Persatuan Hokkien Jementah di Johor.

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam suku dialek utama: Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.

Suku Hokkien membentuk suku dialek yang terbesar bukan sahaja dalam masyarakat Cina Malaysia, malah juga di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Klang dan kawasan pantai di Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.

Suku Hakka pula membentuk suku dialek yang terbesar di Sabah dan Sarawak, bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapati di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.

Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2, NTV7 dan 8TV.

Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.

Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannya bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.

Jumlah dan peratus kaum Cina mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan

Banci 2015 menunjukkan kaum Cina (tidak termasuk bukan warganegara):[9]

Negeri/Wilayah Persekutuan Bahasa Cina Penduduk % Penduduk
Johor 柔佛 1,206,566 34.0%
Kedah 吉打 283,850 13.7%
Kelantan 吉蘭丹 66,292 3.9%
Melaka 馬六甲 245,839 26.4%
Negeri Sembilan 森美蘭 255,927 23.3%
Pahang 彭亨 241,600 14.9%
Perak 霹靂 750,743 30.3%
Perlis 玻璃市 24,890 10.1%
Pulau Pinang 檳城 780,890 45.8%
Sabah 沙巴 453,568 12.8%
Sarawak 砂拉越 637,912 24.2%
Selangor 雪蘭莪 1,713,000 28.2%
Terengganu 登嘉楼 31,145 2.7%
Labuan 纳闽 10,014 13.4%
Putrajaya 布城 2,216 2.5%
Kuala Lumpur 吉隆坡 763,776 43.2%

Negeri dengan kaum Cina yang terbesar

Pada tahun, majoriti kaum Cina tertumpu di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dengan peratusan besar kaum Cina (30% dan ke atas) seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Selangor.

Kawasan yang mempunyai penduduk Cina yang ketara

Pulau Pinang
Pulau Pinang (bahagian pulau), Bagan, Bukit Mertajam

Tahun Jumlah penduduk Melayu Peratus Cina Peratus
1812[10] 26,107 9,854 37.7% 7,558 28.9%
1820 35,035 14,080 40.2% 8,595 24.5%
1860 124,772 71,723 57.4% 36,222 29.0%
1891 232,003 92,681 39.9% 86.988 37.5%
1970[11] 775,000 247,000 30.6% 436,000 56.3%
1990[12] 1,150,000 399,200 34.5% 607,400 52.9%
2000 1,313,449 39.3% 48.5%
2005[13] 1,511,000 600,000 39.7% 710,170 47%
2015 1,709,835 682,000 40.0% 780,890 45.8%

Kuala Lumpur
Kepong, Cheras, Bukit Bintang, Jalan Klang Lama, Sri Petaling, Pudu, Segambut.

Johor
Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Muar, Kulaijaya, Segamat, Ledang, Pontian.

Tahun Jumlah penduduk Melayu Peratus Cina Peratus
1931[14] 505,311 46.4% 41.4%
1947[15] 738,251 43.8% 48.1%
2000 2,740,625 57.1% 35.4%
2010 3,554,283 1,844,139 54.3% 1,206,713 34.5%

Perak
Ipoh, Taiping, Batu Gajah, Sitiawan, Kampar, Teluk Intan

Tahun Jumlah penduduk Melayu Peratus Cina Peratus
1891[16] 94,345 44.0%
1901[16] 329,665 150,239 45.6%
2000 2,051,236 54.7% 32.0%
2015 2,459,743 1,295,166 55.0% 750,565 30.3%

Selangor
Subang Jaya/USJ, Puchong, Petaling Jaya, Damansara Jaya/Utama, Bandar Utama, Serdang, Bandar Klang.

Tahun Jumlah penduduk Melayu Peratus Cina Peratus
1891[17] 81,592 23,750 50,844
1931 [18] 533,197 23.1% 45.3%
1947[19] 710,788 26.4% 51%
2000 4,188,876 53.5% 30.7%
2010 5,300,000 2,783,000 50.6% 1,550,000 29.0%
2015[20] 6,050,000 3,085,500 51% 1,718,200 28.4%

Negeri dengan penduduk Cina sederhana

Berikut merupakan negeri di mana kaum Cina adalah minoriti yang ketara (10% - 29.9%) seperti Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Kawasan-kawasan penduduk Cina yang ketara (40% ke atas) untuk setiap negeri adalah

Melaka
Bandaraya Melaka, Ayer Keroh

Negeri Sembilan
Rasah, Seremban, Bahau

Pahang
Bentong, Raub, Mentakab, Kuantan

Sarawak
Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Sarikei, Sri Aman, Marudi, Lawas, Mukah, Limbang, Kapit, Serian, Bau

Sabah
Kota Kinabalu dan Sandakan. Tawau, Kudat dan kawasan-kawasan yang bertaburan di selatan (terutama sekali Beaufort dan Keningau) juga mempunyai komuniti kecil tetapi kawasan penting Cina

Pendidikan

Rakyat Malaysia diberi pendidikan percuma sehingga peringkat menengah.[21] Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di Malaysia. Setiap sekolah tersebut menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa pengantar. Contohnya Bahasa Melayu, Mandarin, dan Tamil. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah. Fenomena kanak-kanak Cina dididik di sekolah Inggeris, sekolah kebangsaan dan sekolah Cina merupakan kejadian yang biasa.

Pendidikan Cina

Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang sistematik selain dari negara China, Taiwan, Hong Kong dan Macau[22].

Bahasa Cina digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam pegajaran dan peperiksaan sekolah Cina Malaysia, kecuali dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.[23].

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, hanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dapat menerima peruntukan kerajaan[24][25], manakala Sekolah Tinggi Persendirian Cina adalah sekolah swasta yang tidak dapat mendapat sebarang peruntukan Kerajaan.

Laporan Razak menggunakan istilah 'berpendidikan Cina' untuk merujuk kepada penduduk Cina tempatan yang belajar di sekolah Cina sebelum 1960an.

Pendidikan Inggeris

Pada zaman penjajahan British,sekolah-sekolah Inggeris didirikan. Korikilumnya selaras dengan yang diamalkan di England. Sebahagian masyarakat Cina berpendidikan Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka.

Pendidikan Melayu

Pendidikan yang ditawarkan di sekolah kerajaan.

Bahasa

Masyarakat Cina Malaysia menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa komunikasi antara mereka.

Mereka juga akan menggunakan bahasa dialek dalam komunikasi antara suku dialek yang sama. Bahasa dialek utama Masyarakat Cina adalah Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, Bahasa Hakka dan Bahasa Teochew.

Bahasa Mandarin Baku juga akan digunakan oleh masyarakat Cina Malaysia dalam komunikasi dengan orang China dan orang Taiwan, dan Bahasa Kantonis juga banyak digunakan dalam komunikasi dengan orang Hong Kong dan Macau, orang Cina Kanada dan orang Cina Amerika Syarikat.

Manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai bahasa komunikasi antara masyarakat Cina dengan kaum Melayu, kaum India dan orang asing.

Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 30% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000,[26] dan bilangan mereka menurut suku dialek ialah:

Dialek Penduduk[27]
Hokkien 1,848,211
Hakka 1,679,027
Kantonis 1,355,541
Teochew 974,573
Mandarin 958,467
Hainan 380,781
Min Bei 373,337
Fuzhou 249,413
Min Timur 241,200
Cina Selat 236,918

Ekonomi

Kaum Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Menurut Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, median pendapatan isi rumah kaum Cina adalah RM6,582 sebulan[28].

Pekerjaan

Berbanding dengan sektor awam, kaum Cina lebih melibatkan diri dalam sektor swasta. Kaum Cina yang dalam sektor awam kebiasaannya adalah ahli-ahli politik ataupun kakitangan dalam sekolah.

Kaum Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Kaum Cina yang bekerja dalam sektor swasta aktif dalam bidang Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan.

Status ekonomi

Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia.

Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007,

Dasar Ekonomi Baru

Ye Lin-Sheng, penulis The Chinese Dilemma, mengatakan polisi ekonomi Mahathir Mohamad 's Dasar Ekonomi Baru memanfaat Melayu, yang menerima layanan istimewa dalam pendidikan dan perniagaan, sedangkan meninggalkan masyarakat Cina dengan perasaan bahawa mereka diketepikan oleh dasar itu. [29]

Format nama

Bukan Mandarin

Sebelum Mandarin meenrima populariti di kalangan orang Cina Malaysia pada abad ke-20-an, tulisan pinyin pada nama-nama mereka di Malaysia sesuai dengan dialek Cina masing-masing. Sebagai contoh, nama Hakka akan ditulis "Yap Ah Loy", dan nama Hokkien 林梧桐 akan ditulis sebagai "Lim Goh Tong".

Mandarin

Selaras dengan kewujudan Mandarin sebagai lingua franca di kalangan Cina Malaysia pada separuh akhir abad ke-20, orang Cina Malaysia di kalangan orang muda lebih cenderung untuk mengekalkan sebutan dialek dari nama keluarga mereka semasa menggunakan sebutan bahasa Mandarin untuk nama yang diberikan.

Sebagai contoh, nama Kantonis 陳永聰 (s 陈永聪, p Chen Yongcong) adalah perumian sebagai Chan Weng Choong.

Lebih-lebih lagi baru-baru ini, nama yang diberikan akan ditulis dalam secara rasmi sebagai perumian pinyin tersebut, walaupun sering mempertahankan kecenderungan Cina Malaysia untuk melakukan setiap watak sebagai perkataan yang berasingan. Chan Yung Choong mungkin mula menulis namanya sebagai Chan Yong Cong.

Inggeris

Beberapa orang Cina Malaysia juga menggunakan nama yang digunakan Inggeris. Nama yang digunakan Inggeris biasanya ditulis sebelum nama orang Cina. Sebagai contoh, diikuti dengan nama Michelle Yeoh Choo Kheng.

Islam

Orang bukan Islam yang berkahwin dengan seorang Islam di Malaysia perlu memeluk agama Islam. Saudara baru tersebut biasanya menggunakan nama Islam untuk digunakan sebagai tambahan kepada nama asal mereka. Ini bukan biasanya panjang nama Arab tetapi hanya sesuatu yang lebih pendek  – contohnya, Abdullah Tan Yew Leong, Adam Corrie Lee Bin Abdullah.

Agama

Agama Masyarakat Cina Malaysia
Agama Percent
Buddha
  
83.56%
Kristian
  
11.05%
Taoism / Agama rakyat Cina
  
3.41%
Islam
  
0.66%
Hindu
  
0.23%
Agama Lain
  
0.13%
Tidak beragama
  
0.95%
 
Masjid Cina di Ipoh, Perak.

Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai agama rakyat Cina, Buddha, Taoism, Konfusianisme , dan penyembahan nenek moyang.Walau bagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.

Politik

 
Persatuan Cina Malaysia cawangan Melaka.

Senario politik di Malaysia sangat dibahagikan mengikut jenis kaum, dengan orang yang berasal dari etnik yang berbeza umumnya menyokong ahli politik yang berasal dari kaum mereka sendiri. Penduduk Cina diwakili dalam parti pemerintah Barisan Nasional terutamanya oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA), walaupun sokongan untuk parti itu di kalangan orang Cina Malaysia berbeza dan kadangkala lemah. Sokongan jumlah parti yang lebih kecil Gerakan, pihak-pihak lain yang dikuasai Cina dalam gabungan itu termasuklah Parti Rakyat Bersatu Sarawak. Sejumlah besar kaum Cina Malaysia menyokong parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik yang sangat kuat di kawasan bandar majoriti kaum Cina seperti di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kaum Cina yang menyokong parti politik yang berbilang kaum seperti Parti Keadilan Rakyat.[30]

Sastera

Sejak sekian mereka menetap di Malaysia, mereka telah mencipta karya sastera mereka sendiri.[31]

Makanan

Orang Cina Malaysia makan semua jenis makanan termasuk makanan Cina, Melayu, India dan barat. Tidak ramai Cina Malaysia adalah vegetarian, dan kebiasaannya penganut agama Buddha yang taat. Makanan Cina Malaysia mengandungi persamaan dan perbezaan dengan makanan Cina di China.

Cina Tradisional

Makanan Cina Malaysia adalah sama dengan makanan di selatan China seperti yang terutama berasal dari makanan Hokkien, Kantonis, Hakka dan Teochew.

 
Bak Kut Teh dari Klang

Cina tempatan

Beberapa hidangan tradisional Cina telah dikembangkan, sama ada dengan menggunakan bahan-bahan tempatan atau melalui penemuan baru ke dalam hidangan tempatan. Sebagai contoh, terdapat ciptaan tempatan seperti Loh Mee (滷面), mi tebal dalam kuah yang nyata (di Lembah Klang) dan kuah gelap (di Pulau Pinang). Bak Kut Teh (肉骨茶) asalnya dari Klang dan bukannya China.[32] Makanan jalanan seperti char kway teow dan nasi ayam Hainan biasa terdapat di Malaysia dan Singapura khususnya untuk rantau tersebut. Sempena tahun Baru Cina, Cina Malaysia juga makan makanan seperti Yusheng yang dikembangkan terutamanya di Kuala Lumpur. [33]

Gabungan masakan

Pertemuan budaya yang berbeza di Malaysia telah menghasilkan makanan yang menunjukkan unsur-unsur dari masyarakat yang berbeza. Pengaruh dari kepedasan masakan Melayu juga boleh didapati dalam penemuan tempatan seperti mi kari, kari ayam dan cili ketam. Masakan campuran Melayu-Cina tertentu adalah masakan yang terkenal dari kalangan Baba dan Nyonya atau Peranakan. Pengaruh masakan Peranakan boleh didapati dalam hidangan seperti Laksa dan Mi Siam.

Lain-lain

Penghijrahan keluar/Emigrasi

Dalam konteks penghijrahan, orang Cina Malaysia antara kaum yang terbesar yang berhijrah ke luar negara berbanding kaum lain di Malaysia. Ia dijangka bahawa kadar peratus kaum Cina di Malaysia daripada jumlah penduduk Malaysia akan jatuh daripada 45% pada tahun 1957 kepada 18.6% pada tahun 2035 jika gaya kini berterusan.[34] Kepesatan ekonomi China telah menjadikan ianya sebagai destinasi yang menarik bagi kebanyakan kaum Cina di Malaysia.[35][36][37] Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada kaum Cina di Malaysia yang berminat untuk berhijrah ke negara-negara Barat seperti Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, United Kingdom, Kanada dan Eropah. Sebahagian kecil daripada mereka yang berhijrah ke negara-negara lain dalam rantau ini seperti ke Singapura, terutamanya dengan tujuan untuk bekerja.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Dept. of Statistics: "Population and Housing Census of Malaysia 2000", Table 4.1; p. 70, Kuala Lumpur: Department of Statistics Malaysia, 2001
  2. ^ "Malaysia". Background Notes. United States: Department of State. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 2009-05-08 Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: postscript (link)
  3. ^ "Malaysia" (PDF). Background Notes. United States: Department of State. 2010. Dicapai pada 2009-05-08 Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: postscript (link)
  4. ^ Malaysia-Singapore-6th-Footprint-Travel, Steve Frankham, ISBN 978-1-906098-11-7
  5. ^ http://www.31ogos1957.com/post/929977921/future-for-chinese-in-malaysia
  6. ^ Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar, edt: "Encyclopedia of Malaysia - Languages and Literature", pp 52-53, Kuala Lumpur: Editions Didier Millet, 2004, ISBN 981-3018-52-6
  7. ^ Slightly more men than women in Malaysian population Diarkibkan 2012-10-19 di Wayback Machine. Thestar.com.my. Retrieved on 2012-04-23.
  8. ^ Population Distribution and Basic Demographic Characteristic Report 2010 (Kemas kini: 05/08/2011 - Corrigendum) Diarkibkan 2011-08-24 di Wayback Machine. Statistics.gov.my. Retrieved on 2012-04-23.
  9. ^ Department of Statistics, Malaysia (2010). "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. m/s. 11, 62–81. Dicapai pada 6 Julai 2005.
  10. ^ Colonial Construction of Malayness: The Influence of Population Size and Population, Kiran Sagoo, November 27, 2006, International Graduate Student Conference Series, p. 9/16
  11. ^ Tan (1984), p. 3
  12. ^ Goh (1990), p. 148
  13. ^ TheStar, Wong Chun Wai, May 9, 2010
  14. ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
  15. ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
  16. ^ a b Ball (1903), p. 129
  17. ^ International Conference of South-East Asian Historians (1962), p. 102
  18. ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
  19. ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
  20. ^ Chinese voters must decide. Thestar.com.my. Retrieved on 2012-04-23.
  21. ^ Malaysian Education, Education System of Malaysia
  22. ^ "黄惠康冀注重华教发展". Oriental Daily Malaysia. Dicapai pada 14 April 2017.
  23. ^ Prof. Yap Sin Tian. "马来西亚华校董事联合会总会(董总)主席叶新田博士 )主席叶新田博士在第 6 届世界华侨华人社团联谊大会上的致词稿" (pdf).
  24. ^ "你所应该了解的——马来西亚华校". Oriental Daily Malaysia. Dicapai pada 3 Julai 2017.
  25. ^ Wong Kai Hui. "Ada apa dengan sekolah Cina". Malaysiakini. Dicapai pada 30 Ogos 2018.
  26. ^ Jabatan Statistik: "Population and Housing Census of Malaysia 2000", Kuala Lumpur: Jabatan Statistik Malaysia, 2001
  27. ^ Joshua Project database for Malaysia
  28. ^ "平均家庭收入RM6958". Oriental Daily Malaysia.
  29. ^ Ye, Lin-Sheng (2003-12-31), The Chinese Dilemma, Australia: East West Publishing, ISBN 978-0975164617
  30. ^ Malaysian Chinese: Recent Developments and Prospects. Institute of Southeast Asian Studies. 2011. m/s. 70–85. ISBN 978-9814345088. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan)
  31. ^ Wong, S.T. 1990. Perhubungan Kaum dalam Sastera Mahua. dlm. A. Rahim Abdullah (ed.).
  32. ^ Programme Guide. Astro.com.my. Retrieved on 23 April 2012.
  33. ^ http://www.expatgomalaysia.com/article/1120/old-school-restaurants-in-the-heart-of-kuala-lumpur
  34. ^ Honey, I Shrunk the Chinese!. English.cpiasia.net (9 December 2009). Retrieved on 2012-04-23.
  35. ^ Nam, Suzanne (2 March 2011). "Malaysia's 40 Richest". Forbes.
  36. ^ "Will China's rise shape Malaysian Chinese community?". BBC News. 30 December 2011.
  37. ^ "Top 10 Richest Malaysians 2011". DenaiHati. 3 April 2011. Dicapai pada 10 May 2012.
Bibliografi
  • Backman, Michael; Butler, Charlotte, Big in Asia: 25 strategies for Business Success, Palgrave Macmillan, 2003, ISBN 0333985117
  • Ball, James Dyer, Things Chinese: Or Notes Connected With China, 4th edn., Hong Kong
  • Butcher, John G., The Closing of the Frontier: A History of the Marine Fisheries of Southeast Asia, c. 1850-2000, Institute of Southeast Asian Studies, 2004, ISBN 9812302239
  • Constable, Nicole, Chinese Politics in Malaysia: A History of the Malaysian Chinese Association, Oxford University Press, 1988, ISBN 0195888812
  • Constable, Nicole, Guest People: Hakka Identity in China and Abroad, University of Washington Press, 2005, ISBN 0295984872
  • Goh, Beng-Lan, Modern Dreams: An Inquiry into Power, Cultural Production, and the Cityscape in Contemporary Urban Penang, Malaysia, 2002, Cornell Univ Southeast Asia, ISBN 0877277303 (0-87727-730-3)
  • Hara, Fujio, Malayan Chinese and China: Conversion in Identity Consciousness, 1945-1957, NUS Press, 2003, ISBN 9971692651
  • In-Won Hwang, Personalized politics: The Malaysian state Under Mahathir, Institute of Southeast Asian Studies, 2003, ISBN 9812301852
  • International Conference of South-East Asian Historians, Papers on Malayan History, Journal of South-east Asian History., 1962
  • Megarry, Jacqueline, World Yearbook of Education: Education of Minorities, Taylor & Francis, 2006, ISBN 0415392977
  • Ooi, Jin-Bee, Land, People, and Economy in Malaya, Longmans, 1963
  • Owen, Norman G.; Chandler, David, The Emergence of Modern Southeast Asia: A New History, University of Hawaii Press, 2005, ISBN 0824828410
  • Pan, Lynn, The Encyclopedia of the Chinese Overseas, Harvard University Press, 1999, ISBN 0674252101
  • Tan, Chee Beng, Chinese Minority in a Malay State: The Case of Terengganu in Malaysia, Eastern Universities Press, 2002, ISBN 9812101888
  • Tan, Chee Beng; Kam, Hing Lee, The Chinese in Malaysia, Oxford University Press, 2002, ISBN 9835600562
  • Tan, Sooi Beng, Ko-tai, A New Form of Chinese Urban Street Theatre in Malaysia, Southeast Asian Studies, 1984
  • Toong, Siong Shih, The Foochows of Sitiawan: A Historical Perspective, Persatuan Kutien Daerah Manjung, ISBN 9834182406
  • Yamashita, Shinji; Eades, Jeremy Seymour, Globalization in Southeast Asia: Local, National and Transnational Perspectives, Berghahn Books, 2003, ISBN 1571812563
  • Yan, Qinghuang, The Chinese in Southeast Asia and Beyond: Socioeconomic and Political Dimensions, World Scientific, 2008, ISBN 9812790470