Mahyon Ismail
Mahyon Ismail (lahir Mayayun binti Ismail; 31 Ogos 1942 - 21 Mei 2011) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan isteri pelakon Hussein Abu Hassan dan ibu kepada Faizal Hussein
Mahyon Ismail | |
---|---|
Kelahiran | Mayayun binti Ismail 31 Ogos 1942 |
Meninggal dunia | 21 Mei 2011 | (umur 68)
Sebab kematian | sesak nafas |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, penulis skrip |
Tahun aktif | 1966–2011 |
Pasangan | Hussein Abu Hassan |
Anak | 3 (Dilla, Fairuz dan Faizal) |
Anaknya juga pelakon iaitu Faizal Hussein. Anak sulungnya Dilla Hussein, merupakan seorang penulis skrip dan drama. Fairuz Hussein merupakan penyanyi R&B. [1] Seniwati Mahyon Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut anak sulungnya, Dilla, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetisnya sahaja.
Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, dan Faizal.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1966 | Nasib Do Re Mi | Nora | Filem pertama |
1975 | Bunga Padi Berdaun Lalang | Hamidah | |
1979 | Tiada Esok Bagimu | Zarah | |
1984 | Pagar-Pagar Cinta | ||
1985 | Gila-Gila Remaja | ||
1993 | Pemburu Bayang | Mak Kalsom | |
2000 | Syukur 21 | ||
2002 | Cinta 200 Ela | ||
2011 | Apa Tengok Tengok? | Nenek Adryianna | Filem terakhir, penampilan khas |
Meninggal duniaSunting
Pada 21 Mei 2011, beliau meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri selepas sesak nafas. Usianya 68 tahun.[2] Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur.