Maia Weinstock ialah seorang penulis sains Amerika dan peminat Lego yang tinggal di Cambridge, Massachusetts. Beliau tamat belajar di Universiti Brown pada 1999,[1] dan kini berkhidmat sebagai ketua pengarang untuk MIT News di Institut Teknologi Massachusetts.[2][3] Beliau merupakan penggemar Lego dan mereka bentuk figura wanita NASA. Idea beliau dipersetujui oleh pihak Lego dan dijadikan sebagai watak mereka.[4]

Weinstock pada 2010

Biografi sunting

Sebelum bekeja untuk MIT, beliau pernah bekerja di BrainPOP.[5] Selain itu, beliau pernah menjadi pengarang penerbitan Discover, SPACE.com, Aviation Week & Space Technology, dan Scholastic's Science World.[6]

Selain bekerja dalam penulis rencana sains, Weinstock merupakan seorang penyunting Wikipedia selama beberapa tahun. Beliau telah terlibat dalam usaha mengurangkan berat sebelah jantina dari penyunting Wikipedia dan rencana-rencanaya. Usaha yang dilakukan seperti mengadakan edit-a-thon pada Hari Peringatan Ada Lovelace.[7] Pada tahun 2014, Weinstock disebut oleh Judith Newman dalam The New York Times sebagai "seorang Wikipediawan yang telah menyumbang dalam meningkatkan kesedaran" atas kesamarataan jantina dalam penulisan ensiklopedia bebas dalam talian tersebut; rencananya mengenai bagaimana ketokohan ditentukan oleh Wikipedia segera menarik penyunting Wikipedia lain untuk membuat rencana tentang Judith Newman.[5][8]

Sebagai seorang peminat tegar mainan Lego, beliau mula membuat mainan kecil untuk ahli sains yang masih hidup, salah satunya merupakan rakannya sendiri bernama Carolyn Porco.[7] Berikutnya, beliau turut serta dalam pameran Lego Ideas yang membolehkan pencinta Lego untuk memberi saranan watak hingga masuk ke dalam proses penghasilan. Dalam acara itu, idea rekabentuk yang diajukan Weinstock iaitu set mainan berjudul "Legal Justice League", yang menampilkan ruang sidang yang dibangunkan dari batu bata Lego, dan berisi versi mainan kecil dari Sandra Day O'Connor, Ruth Bader Ginsburg, Sonia Sotomayor, dan Elena Kagan.[9] Idea reka bentuk Weinstock ditolak oleh pihak Lego kerana dinilai terlalu politik, yang menyebabkan peningkatan pemberitaan dirinya. Pada akhirnya, Weinstock menawarkan kompromi dengan menyertakan versi yang tidak menampilkan tokoh-tokoh sebelumnya.[10]

Pada Mac 2017, Lego mengumumkan akan menjual set mainan "Wanita Nasa", berdasarkan idea reka bentuk yang diajukan oleh Weinstock.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Goodbye, Columbus". Brown University Alumni Magazine. August 2009. Dicapai pada 30 April 2015.
  2. ^ "Who We Are". MIT News. Dicapai pada 30 April 2015.
  3. ^ "Women in science target Wikipedia". Portland Press Herald. 16 October 2013. Dicapai pada 26 April 2015.
  4. ^ a b Kennedy, Merrit (1 March 2017). "Women Of NASA To Be Immortalized — In Lego Form". NPR.
  5. ^ a b Newman, Judith (8 January 2015). "Wikipedia, What Does Judith Newman Have to Do to Get a Page?". The New York Times. Dicapai pada 30 April 2015.
  6. ^ "Index". 2015. Dicapai pada 26 April 2015.
  7. ^ a b Ziv, Stav (18 March 2015). "Legal Justice League Lego Maker on Writing Women Into History". Newsweek. Dicapai pada 4 April 2015.
  8. ^ Newman, Judith (January 16, 2014). "Wiki-Validation: A Wikipedia Page for Judith Newman Is Approved". The New York Times. Dicapai pada April 30, 2015.
  9. ^ Palmer, Anthony (13 March 2015). "Lego Says You Can't Build That — Because Of Politics". NPR. Dicapai pada 4 April 2015.
  10. ^ Weiss, Joanna (4 April 2015). "Dreaming of Lego equality". Boston Globe. Dicapai pada 4 April 2015.

Pautan luar sunting