Maicon Sisenando

(Dilencongkan dari Maicon Douglas Sisenando)

Maicon Douglas Sisenando (lahir 26 Julai 1981), ataupun hanya dikenali sebagai Maicon (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈmaikõⁿ]) merupakan pemain bola sepak Brazil yang kini bermain untuk kelab Itali, Roma. Beliau bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil sejak 2003. Beliau bermain di posisi pertahanan.

Maicon
Maklumat peribadi
Nama penuh Maicon Douglas Sisenando[1]
Tarikh lahir (1981-07-26) 26 Julai 1981 (umur 42)
Tempat lahir Novo Hamburgo, Brazil
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 13
Kerjaya remaja
Grêmio
Criciúma
Cruzeiro
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2004 Cruzeiro 56 (1)
2004–2006 AS Monaco 58 (5)
2006–2012 Internazionale 177 (16)
2012–2013 Manchester City 10 (0)
2013– Roma 35 (2)
Pasukan kebangsaan
2001 Brazil B20 4 (0)
2003–2014 Brazil 76 (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 September 2014

Kerjaya kelab sunting

Maicon mula bermain untuk Cruzeiro pada 2001 dan selepas dua musim di Brazil, beliau telah dibeli oleh kelab Perancis, AS Monaco pada Jun 2004 dengan bayaran sebanyak £2.1 juta.

Internazionale sunting

Pada Julai 2006, kelab dari Itali, Internazionale mengumumkan telah membeli Maicon dengan bayaran sebanyak £4.8 juta bersama kontrak lima tahun. Selain itu, kelab Itali itu juga membeli pemain bek Brazil, Maxwell dan pemain tengah Perancis, Olivier Dacourt.[2]

Beliau mula menjaringkan gol pertamanya pada musim 2009-10 ketika menentang Milan 4–0. Beliau juga bermain dengan bagus ketika perlawanan sengit 0-0 menentang FC Barcelona di San Siro. Beliau menjaringkan gol terakhir, 5-0 menentang Genoa. Beliau menjaringkan gol voli ketika saingan Derby d'Italia menentang pesaing terbesar, Juventus. Gol beliau juga antara gol tercantik pada musim itu.[3]

Sebulan kemudian, Maicon menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona. Pada 22 Mei 2010, selepas membenam Roma dalam perlawanan akhir Coppa Italia, Inter menjuarai Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich di Santiago Bernabéu di Madrid, Sepanyol. Beliau telah dinamakan Pemain Pertahanan Kelab UEFA 2009–2010.

Dalam musim 2011–12, Maicon hanya bermain 23 perlawanan di Serie A. Dalam 23 penampilannya, Maicon hanya menjaringkan dua gol ketika menentang Juventus (Inter tewas 2-1) dan menentang Milan (Inter menang 4-2).

Manchester City sunting

Pada 31 Ogos 2012, Maicon sertai kelab Manchester City dengan bayaran £3 juta dan menyarung jersi nombor 3. Maicon membuat penampilan pertamanya pada 15 September, seri 1–1 menentang Stoke City.[4] Apabila pengurus Roberto Mancini dipecat pada penghujung musim, Manuel Pellegrini menyusun pemain-pemain untuk perlawanan pra-musim City di Afrika Selatan. Maicon mengatakan bahawa beliau tidak akan kekal bersama kelab itu.[5]

Roma sunting

Pada 18 Julai 2013, Maicon kembali ke liga Serie A selepas Manchester City membenarkan beliau berpindah ke Roma.[6] Beliau membuat penampilan pertama bersama Roma menentang Livorno pada 25 Ogos 2013.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Maicon bersama Brazil

Maicon membuat debut untuk pasukan kebangsaannya pada perlawanan pembukaan Piala Emas CONCACAF 2003 menentang Mexico pada 12 Julai 2003.[7] Beliau kemudian menjaringkan gol pertamanya untuk Brazil pada kejohanan yang sama ketika menentang Honduras, Brazil menang 2-1. Beliau telah dimasukkan dalam "pilihan pasukan kejohanan" dan Brazil menamatkan kejohanan itu dengan tempat kedua selepas tewas kepada Mexico.[8]

Beliau menjadi pilihan pertama bek kanan skuad Seleção yang memenangi Copa América pada 2004 dan 2007, begitu juga dengan Piala Konfederasi FIFA pada 2005 dan 2009. Beliau menjaringkan gol pertamanya di kejohanan Piala Dunia 2010 ketika perlawanan pembukaan kumpulan G menentang Korea Utara.[9]

Pada Jun 2014, Maicon telah dimasukkan dalam skuad Brazil di Piala Dunia FIFA 2014. Beliau menggantikan Dani Alves ketika perlawanan suku akhir menentang Colombia, Brazil menang 2-1.[10]

Pada 7 September 2014, Maicon telah keluar dari skuad Brazil akibat "masalah dalaman".[11]

Statistik sunting

Pasukan kebangsaan Brazil
Tahun Kmncln Gol
2003 5 1
2004 5 0
2005 2 0
2006 6 0
2007 15 2
2008 9 1
2009 13 1
2010 8 1
2011 3 0
2012 0 0
2013 5 1
2014 5 0
Jumlah 76 7

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
15 Julai 2003 Mexico City, Mexico   Honduras
1–0
2–1
Piala Emas CONCACAF 2003
2
10 Julai 2007 Maracaibo, Venezuela   Uruguay
1–0
2-2
Copa América 2007
3
22 Ogos 2007 Montpellier, Perancis   Algeria
1–0
2–0
Persahabatan
4
19 November 2008 Brasília, Brazil   Portugal
3–1
6–2
Persahabatan
5
18 Jun 2009 Pretoria, Afrika Selatan   Amerika Syarikat
3–0
3–0
Piala Konfederasi FIFA 2009
6
15 Jun 2010 Johannesburg, Afrika Selatan   Korea Utara
1–0
2–1
Piala Dunia FIFA 2010
7
16 November 2013 Miami, Amerika Syarikat   Honduras
3–0
5–0
Persahabatan

Statistik kerjaya sunting

Sehingga 17 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Cruzeiro 2001 18 0 18 0
2002 19 1 19 1
2003 11 0 11 0
2004 8 0 8 0
Jumlah 56 1 56 1
  AS Monaco 2004–05 30 4 8 1 38 5
2005–06 28 1 7 1 35 2
Jumlah 58 5 15 2 73 7
  Internazionale 2006–07 32 2 8 0 3 1 43 3
2007–08 31 1 1 0 4 0 36 1
2008–09 29 4 2 0 8 1 39 5
2009–10 33 6 5 0 13 1 51 7
2010–11 28 1 2 0 8 0 38 1
2011–12 24 2 2 1 3 0 29 3
Jumlah 177 16 20 1 39 3 236 20
  Manchester City 2012–13 9 0 1 0 3 0 13 0
Jumlah 9 0 1 0 3 0 13 0
  Roma 2013–14 28 2 3 0 31 2
2014–15 7 0 0 0 1 1 8 1
Jumlah 35 2 3 0 1 1 39 3
Jumlah kerjaya 335 24 24 1 58 6 416 31

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Cruzeiro
Internazionale

Antarabangsa sunting

Brazil

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 6. Dicapai pada 10 July 2014.
  2. ^ "DACOURT, MAICON, MAXWELL SIGN FOR INTER". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 12 July 2006. Dicapai pada 23 June 2011.
  3. ^ "Video of Maicon's wonder strike against Juventus".
  4. ^ "Stoke 1–1 Manchester City". BBC Sport. 15 September 2012. Dicapai pada 17 September 2012.
  5. ^ http://www.goal.com/en-us/news/69/transfer-zone/2013/07/14/4117666/pellegrini-maicon-will-leave-man-city
  6. ^ http://www.mcfc.co.uk/News/Team-news/2013/July/Maicon-signs-for-Roma
  7. ^ name=fifa>"MAICON". FIFA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 6 July 2014.
  8. ^ name=fifa
  9. ^ "World Cup 2010: Did Maicon really mean to score Brazil's spectacular goal?". The Guardian. 16 June 2010. Dicapai pada 6 July 2014.
  10. ^ "Maicon: 'I was born ready'". Football Italia. 5 July 2014. Dicapai pada 6 July 2014.
  11. ^ "Maicon axed from Brazil squad for 'internal problem'". Goal.com. 7 September 2014. Dicapai pada 9 September 2014.