Maidin Ibrahim
Maidin Ibrahim atau Mamu Maidin(76 tahun) adalah pelawak veteran dari Malaysia. Maidin juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu
Maidin Ibrahim | |
---|---|
Fail:Maidinibrahim.jpg mamu maidin | |
Kelahiran | 1939 |
Meninggal dunia | 13 Ogos 2014 |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Masjid Jerai, Gurun, Kedah |
Warganegara | Malaysia |
Terkenal kerana | Lawak loghat utara dan dalam Filem Bas Konduktor, Anak Mami,Bakat Rtm. |
Pasangan | Habira Ibrahim |
Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang . Beliau mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampung. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai tentera (Askar Melayu) bermula ketika peristiwa berdarah 13 Mei sehingga 1976. Pak Tam juga pernah menyertai Bakat RTM dan menjadi juara pada tahun 1978 bersama Pak Hassan Putu Mayong dan Din Kachong. Semenjak itu Maidin mula menempa nama dan sering menjadi pelawak undangan Hiburan Minggu ini kelolaan RTM.
Maidin atau mesra dengan panggilan Pak Tam atau Mamu yang dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada 1938 memulakan karier sebagai anak seni pada 1950 dengan menganggotai kumpulan boria di kampungnya.
Ketika era persembahan pentas popular di seluruh pelosok negara, namanya dikenali menerusi gandingan bersama pelawak Pie dengan gaya lawak dialek utara.
Gandingan Maidin dan Pie adalah antara duo komedi pentas paling mantap pernah dilahirkan sebelum kemunculan gabungan pelawak seperti Imuda dan Allahyarham Ahmad Busu, Jozan, Shiro dan Jambu.
Pembabitan Allahyarham bukan setakat itu kerana turut aktif membintangi banyak drama dan filem.
Maidin pernah menggondol anugerah Aktor Pembantu Terbaik menerusi drama Pinang Durian pada Anugerah Skrin 2001. Selain berlakon drama, Maidin Ibrahim juga popular menerusi filem Hantu Siang, Anak Mami The MovieNana Tanjung Mami Jarum dan sitkom Salam Pantai Timur Konduktor Bas. Sepanjang kerjayanya, Maidin selalu digandingkan bersama pelawak, Pie dan mereka terkenal dengan 'lawak loghat utara' ketika membuat persembahan bersama. Beliau juga terkenal dengan album hijau kuning yang dicipta oleh Omara pada tahun 1991.Beliau digandingkan bersama Piee dan M.Shariff.Lagu2 yang dinyanyikan oleh beliau seperti hantu hantu,katil oh katil,jodoh depa,boria skim cepat kaya,muda kembali.Maidin,Piee dan M.Shariff dikenali sebagai The Three Stooge. Pak Maidin atau Pak Tam meninggalkan 5 orang anak dan 14 cucu yang berjaya di bidang pelajaran.
LAYAR KACA
1.Hantu siang
2.Bas konduktor
3.Anak mami the movie
4.Mami jarum
5.Mami jarum junior
6.Nana tanjung
7.Pinang durian
8.Takut bini 1
9. Takut bini 2
10.Saudagar Boria
11.Hantu Motel
12.Sitkom salam pantai timur
dan sebagainya
Lagu-Lagu
1.katil oh katil
2.hantu hantu
3.boria skim cepat kaya
4.muda kembali
5.jodoh depa
6.jodoh anak dara-m.shariff
7.seloka kueh raya -m.shariff&piee
8.main mercun
9.kacang putih
10.tateh tateh
11.Selamat hari raya
12.Maidin gelap-m.shariff
13.boria kedai kopi-m.sharif
14.chok chok kendong
dan sebagainya
*
(-)bersama
Meninggal duniaSunting
Pada 13 Ogos 2014, Maidin Ibrahim meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun,Kedah jam 2 petang ketika dalam solat Zohor .Maidin meninggalkan seorang balu, Habirah Ibrahim dan lima anak serta tiga belas orang cucu. [1] Menantunya Mohd Saiful Nizam Saari memaklumkan jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Sri Jerai selepas solat Isyak.[2]
RujukanSunting
- ^ Oleh HIBURAN, "Pelawak Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat.", www.thestar.com.my Rabu, 13 Ogos 2014 5:12 PM. Diambil 08 Disember 2018
- ^ Oleh NATION, "Comedian Maidin Ibrahim passes away at 76", www.thestar.com.my Wednesday, 13 Aug 2014-6:00 PM MYT. Diambil 08 Disember 2018