Main-Main Cinta

(Dilencongkan dari Main Main Cinta)

Main-Main Cinta merupakan filem drama romantik Malaysia 2006. Dibintangi Misha Omar, Adam AF, Dynas Mokhtar, Pierre Andre dan Siti Elizad Sharifuddin.

Sinopsis sunting

Pasangan ideal Kolej Metrowealth, Farah dan Adam sering menjadi bualan tiap warga kolej tersebut. Mereka bukan sahaja popular, bijak dan berpengaruh di kalangan pelajar, malahan kenakalan mereka membuat mereka menjadi 'idola' para pelajar. Bagaimanapun, kemesraan Adam dan Farah menyebabkan pelbagai pihak iri hati, terutama Maya, pelajar cantik yang mahu mengambil alih populariti Farah di kolej. Maya juga ada hati dengan Adam dan cuba bersungguh-sungguh untuk mencuri hati Adam dengan tujuan menyakitkan hati Farah serta untuk kepentingan statusnya. Kehadiran seorang pelajar baru yang tampan, Farid, menggugat populariti Adam. Adam rasa tergugat apabila Farid mula menjadi perhatian di kalangan pelajar, lebih-lebih lagi Farah. Sebagai pelajar baru, Farid berkawan dengan semua orang tetapi sifat sebenarnya lebih suka menyendiri dan suka berfalsafah. Pada suatu malam, Maya berjaya memerangkap Adam untuk keluar dengannya dan mengambil foto yang menunjukkan kemesraan mereka berdua. Gambar tersebut diedarkan melalui e-mel, dan itu menyebabkan Farah menyangka Adam telah berlaku curang terhadapnya. Farah yang kecewa kemudian mahu membalas dendam iaitu dengan cara memikat hati Farid supaya Adam merasa cemburu. Kelakuan Farah membuatkan Adam kecewa dan semakin rapat dengan Maya...

Pelakon sunting

Pengarah sunting

Rujukan sunting