Buka menu utama
Might Guy oleh Masashi Kishimoto.

Maito Gai atau Might Guy adalah salah satu watak dalam siri anime dan manga Naruto. Mempunyai persona yang luar biasa dan menonjol, serta karisma yang kuat bagi seorang guru ninja

Peminat sering memanggilnya sebagai Maito Gai, terjemahan lansung dari nama watak, tetapi buku data rasmi Naruto kedua (Hiden: Tō no Sho) menyatakan bahawa namanya adalah Might Guy. Versi Inggeris manga dan anime keduanya menggunakan nama Might juga.

Latar belakangSunting

Nama "Might Guy" adalah lawak yang ditujukan kepada "hero berdarah panas" yang biasa (archetype) muncul dalam kebanyakan filem dan anime. Malah terdapat anime robot gergasi Yuusha Tokkyuu Might Gaine bagi sebab yang sama. Dalam anime Might Gaine, "Gaya Lelaki Baik" digayakan oleh robot gergasi. Rupa dan perangainya menyerupai Bruce Lee.

Maito Gai ialah pemimpin yang sangat bertenaga bagi Pasukan Gai yang terdiri daripada Hyuga Neji, Rock Lee dan Tenten. Dia dikenali ramai oleh kening yang tebal, pakaian hijau dan potongan rambut mengkuk yang tampak berkilauan.

Gai agak rapat dengan kesemua anak muridnya tetapi lebih rapat kepada Lee yang mencerminkan dirinya pada waktu muda. Maka, Gai menaruh lebih banyak perhatian terhadap Lee berbanding dengan Neji dan Tenten. Disebabkan keinginan Lee untuk memahirkan dirinya dalam taijutsu, Gai telah mengajarnya beberapa teknik terlarang yang berbahaya dan memesannya agar menggunakan teknik tersebut dalam situasi tertentu. Walaupun Gai tahu tentang risiko mengajar teknik-teknik tersebut kepada Lee, hasrat Gai untuk melihat Lee berjaya sebagai seorang ninja menyebabkannya memejam sebelah mata terhadap akibatnya.

Gai berkemahiran dalam taijutsu dan dapat menggunakan beberapa teknik taijutsu yang hebat. Walaupun dia boleh menggunakan ninjutsu dan genjutsu, Gai lebih suka menggunakan kaedah penyamaran biasa daripada 'Henge no Jutsu, 変化の術' (Teknik Peniruan). Gai pernah menggunakan ninjutsu; dalam satu episod, Gai pernah menyeru Ninkame sebelum menunjukkan dirinya. Gai ialah ninja yang berbakat - tamat pengajian pada usia 7 tahun dan menjadi Chunin pada usia 11 tahun. Uchiha Itachi, seorang ninja pangkat-S pernah memberi amaran agar berwaspada dengan Gai kerana dia bukan calang-calang orangnya.

Gai mendakwa dirinya sebagai pesaing Hatake Kakashi. Namun demikian, Kakashi tidak mengendahkan hal ini menyebabkan Gai berasa amat geram. Gai telah mencabar Kakashi sebanyak 99 kali dan memenangi 50 daripadanya. Akan tetapi, cabaran-cabaran tersebut merangkumi 'Batu, Kertas, Gunting' dan sumo. Maka, tidak banyak yang dapat dikatakan oleh pencapaian Gai. Tetapi, Gai amat bangga dengan hakikat ini. Hasil daripada siri pertarungan kombat dengan Kakashi, Gai telah mempelajari cara untuk mengatasi Sharingan; dengan memberi tumpuan kepada kaki pihak lawan, Gai boleh menjangka pergerakannya sekaligus mengelakkan dirinya daripada bahaya genjutsu Sharingan. Sehingga kini, hanya Gai yang boleh menggunakan teknik ini.

Gai amat popular dengan 'gaya orang baik'nya yang melibatkan penunjukan ibu jari, kenyitan mata dan senyuman dengan barisan gigi yang sangat putih sehingga tampak berkilauan. Aksi ini selalu digunakan oleh Gai dan Lee untuk melambangkan komitmen mereka terhadap sesuatu tugas, tanggungjawan atau janji yang dibuat. Kadang kala, apabila Lee tidak mematuhi arahan Gai, seperti menggunakan teknik terlarang pada masa yang tidak sesuai, Gai akan menumbuk Lee sebagai hukuman. Setelah Gai mengarahkan Lee menjalani latihan-latihan fizikal yang membebankan, mereka berdua akan menangis dan saling berpelukan.


Sumber-sumberSunting

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)|
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.